Part 8
Pulang dari sekolah.
Jihyo mengatur langkah laju sahaja keluar dari kawasan sekolah. Jihyo terus meluru untuk menaiki bas. Baru sahaja Jihyo ingin melangkahkan kakinya masuk ke dalam bas, tiba² langkah Taehyung mengganggu gadis itu. Alahai~ bertembung lagi.
"Buta ke? Tak nampak ke aku sampai dulu?" Sinis Taehyung tajam.
"Aku yang sampai dulu. Baik kau bagi aku naik dulu." Sinis Jihyo pula.
"Ke tepi sekarang."
"Kau lah ke tepi. Aku yang sampai dulu."
"Mengarut. Aku yang sampai dulu!" Jihyo mula meninggikan nada suaranya.
"Aku yang sampai dulu lah!"
"Hei! Nak naik ke tak?! Cepat sikit!" Teriak pak cik yang berada di tempat pemandu bas itu.
Laju saja Taehyung menyelit dan terus berjaya masuk ke dalam bas terlebih dahulu.
"Yaa! Pabo namja!" Teriak Jihyo geram sambil menyusuli langkah Taehyung.
Taehyung terus mencari tempat duduk yang kosong tanpa mempedulikan Jihyo. Yeah! Tinggal satu je tempat duduk! Taehyung terus berjalan untuk mendapatkan tempat duduk tersebut.
Bam! Tubuh Taehyung terus tertiarap diatas lantai bas apabila di tolak oleh Jihyo dengan ganas sekali. Tanpa perasaan bersalah, Jihyo terus mendapatkan satu² nya tempat duduk kosong tadi.
Semua penumpang di dalam bas tertawa melihat Taehyung yang sudah menyembah lantai. Habis bertambah comot pakaian Taehyung.
Taehyung dengan perasaan geram, malu, marah dan berbagai perasaan negatif bangun dari tempat dia tersebam lalu berjalan menghampiri Jihyo yang bersenang-lenang di tempat duduk yang seharusnya menjadi milikya tadi. "Ni tempat aku lah. Pergi." Arah Taehyung.
"Hurm? Tempat kau? Mana nama kau?" Jihyo berpura-pura tercari-cari. "Takde pun. Ni tempat awam lah Pabo~" Jihyo bernada mengejek.
Taehyung melepaskan nafas geram. Mahu sahaja dia pukul gadis itu, namun dia asyik bersabar.
Bas mula bergerak dan Taehyung yang berdiri hilang keseimbangan badan. Taehyung menggenggam kuat rambut Jihyo dan ditarik. Kononnya mahu berpaut lah tu.
"Arghhh!! Sakit lah!" Teriak Jihyo geram.
"Aku tak sengaja lah." Taehyung tersenyum puas apabila mendengar erangan Jihyo.
Jihyo yang penuh rasa geram bangun dari tempat duduknya. Dia menarik kepala Taehyung lalu menggigit kepala lelaki tadi.
"Arghh!! Argh!!! Argh!!! Sakit!!!" Taehyung mengerang kesakitan.
Jihyo kembali duduk di tempat duduknya. "Aku tak sengaja." Ujar Jihyo selamba.
Taehyung menggosok bahagian kepalanya yang digigit Jihyo tadi. "Bo? Tak sengaja? Jelas sangat kau memang sengaja lah!" Bentak Taehyung geram.
"Padan lah muka kau!"
"Kau ni memang teruk lah! Devil yeoja!"
"Kau lah pabo namja!"
Skrett!! Bas itu berhenti secara mengejut. Sedar² dua pelajar ini sudah pun berada di luar bas. Bas tersebut terus meluncur laju selepas meninggalkan mereka berdua.
Bersambung...
*how about this story? Drop your comment please^^ thanks reading*
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...