Part 2
Sabar sahaja dua sahabat ini. Mereka terus duduk sambil menikmati makanan mereka yang sudah tercemar dengan kata² busuk pelajar di sekeliling mereka
Tiba-tiba seorang gadis berjalan kearah mereka berdua. Splash! Tubuh Jihyo basah akibat disimbah air. "Waah! Maaf tak sengaja! Tangan saya licin tadi..." gadis itu bernada nakal.
Semua pelajar yang berada di kantin terus tertawa tanpa henti melihat situasi tersebut.
Irene bangun dari tempat duduknya. "Kau memang sengaja kan?" Soal Irene pada gadis tadi.
Gadis itu hanya tersenyum sinis apabila disoal sebegitu. "Tu lah sibuk sangat nak couple dengan Taehyung tu siapa suruh. Kan dah kena tinggal." Bisik gadis itu perlahan.
Tiba-tiba Jihyo pula bangun dari tempat duduknya. Dia menolak perlahan tubuh Irene ke tepi.
Pang! Gadis itu kaku. Begitu juga dengan pelajar lain. "Kenapa kau nak dengki? Kitorang putus pun bukan ada kaitan dengan kau..." sinis Jihyo sebelum menarik lengan Irene berlalu dari situ.
Di tandas...
Jihyo sibuk membersihkan pakaiannya yang kotor itu. Sementara Irene hanya memerhati.
"Kau suka bertindak melulu." Kata Irene.
"Apa masalahnya?"
"Kau tak boleh macam tu..."
"Kenapa pulak?"
"Kau tak bagi aku peluang langsung..." Alahai, Irene pun nak jadi hero jugak ke?
Jihyo hanya tersenyum mendengar kata-kata Irene.
Sementara itu di sudut lain.
Taehyung asyik di kerumuni oleh pelajar-pelajar perempuan disekolah itu.
"Kenapa korang putus?"
"Mesti sebab Jihyo tu teruk kan?"
"Jihyo tu memang tak sesuai langsung dengan awak."
Taehyung hanya tertawa mendengar kata-kata gadis² itu. 'Devil Yeoja tu memang teruk pun. Berani betul dia pukul aku...' sinis Taehyung dalam hati.
Kebetulan Jihyo dan Irene melewati kawasan itu.
"Eii pabo namja tu..." Jihyo menjeling tajam.
'Eh devil yeoja ni... nak jeling kat aku pulak... fikir aku takut?' Bisik hati kecil Taehyung.
'Alah... kalau takut cakap takut... tak payah nak tunjuk berani...' kata hati Jihyo pula.
'Eh... aku memang tak takut lah! Kau tu yang cemburu sebab ramai perempuan keliling aku ni...'
'Cemburu? Hahahaha... tolong sikit... pabo namja!' Mereka saling berbisik hati seakan tahu apa yang masing-masing perbualkan.
Lama mereka saling bertentangan mata. Pelbagai sumpah seranah bermain di kepala masing-masing.
"Jihyo... jom lah..." Irene terus menarik lengan gadis itu berlalu pergi dari situ.
Sebaik sahaja Jihyo dan Irene berlalu datang seorang pelajar lelaki menghampiri Taehyung.
"Tak berkelip mata kau pandang bekas kekasih..." nakal senyuman pelajar itu.
"Hey Jungkook... jaga sikit mulut tu..." salah seorang gadis tadi memberi amaran pada Jungkook.
"Eh... tak payahlah marah Jungkook..." tempelak seorang gadis yang lain.
"Eh... jangan gaduh..." Taehyung cuba menenangkan situasi. "Kau lah ni Jungkook... kau datang je dorang terus gaduh..." tambah Taehyung.
"Eh.. aku pulak..." Jungkook menarik muncung panjang.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...