Part 5

2.1K 202 0
                                    

Part 5

Lamunan Jihyo termati. Jihyo terus melangkah masuk kedalam rumah. Yalah, malam semakin larut dan dia juga malas mahu mengenang kisah lelaki itu.

Keesokan harinya...

  Jihyo melangkah masuk ke kawasan sekolah seperti biasa. Hatinya rasa bahagia sahaja, entah apa lah yang bermain di kepalanya itu. Tiba² bisik² beberapa orang pelajar menukar mood Jihyo.

  "Haish… tak habis lagi ke diorang ni…?" Berat keluhan yang dilepaskan oleh Jihyo.

  "Annyeong!" Sergahan Irene dari belakang hampir menyebabkan Jihyo tersembam ke tanah.

  "Ish kau ni! Jangan lah sergah macam tu…! Terkejut lah!" Marah Jihyo.

"Ala~ tu pun nak marah²… orang lain pagi² semuanya dah boleh jadik model ubat gigi… kau ni pagi² dah macam ikan buntal kenapa?" Rungut Irene dengan nada kesal.

  "Hurm… bukan urusan kau…" mendatar nada Jihyo sebelum membuka langkah untuk berlalu. Sebaik sahaja Jihyo berpaling kebelakang buk! muka Jihyo melanggar seseorang.

  "Yaaa~!!! Devil yeoja!! Kau jalan pandang mana?!" Tengking Taehyung lelaki yang dilanggar oleh Jihyo sebentar tadi.

  "What?! Hei Pabo Namja~! Kau yang jalan bersepah kau nak salahkan aku pulak." Bantah Jihyo.

  "Aku jalan bersepah?! Kau tu yang jalan tak pandang depan!" Marah Taehyung kembali.

  "Hei! Aku punya mata! Suka hati aku lah nak pandang mana!"

  "Habis tu yang kau nak marah aku kenapa pulak?!"

  "Dah memang salah kau pun!" Tengking Jihyo dengan nada amat marah. Memang salah kau pun kan Jihyo?

  "Kau memang suka letak kesalahan dekat aku kan?!" Bentak Taehyung pula penuh kesal.

  "Kau jugak yang cakap dulu! Kalau aku buat kesalahan kau sanggup tanggung!" Kata² itu terkeluar sendiri dari mulutnya. Jihyo menutup mulutnya menggunakan hujung jarinya.

  Taehyung terdiam begitu juga Jihyo. Taehyung mengerutkan mukanya dengan perasaan bercampur baur sebelum berlalu tanpa sepatah kata.

  'Apa yang aku cakap tadi?!' Jihyo memukul mukanya sendiri.

  Irene setia menjadi pemerhati. Irene menggelengkan kepalanya sambil mengeluh lemah.

  "Apsal kau geleng²? Salah ke apa aku cakap?" Soal Jihyo sinis.

  "Tak salah pun… tapi… kalau kau masih sayang kat dia, baik kau jujur je… tak payah nak nafikan sangat perasaan kau tu…" pesan Irene.

  "Aku? Sayang kat dia?! Mengarut lah kau!" Jihyo terus berlalu dengan muka yang merah.

  "Eleh." Irene menjeling sebelum turut menyusuli langkah Jihyo.

Di kelas.

  Jihyo terus menumpukan pandangannya kearah papan tulis..tetapi…fikirannya melayang entah ke mana.

  Jihyo kemudiannya mengalihkan pandangannya kearah Taehyung ditepi tingkap. Tanpa di duga anak mata mereka bertembung. Pantas Jihyo mengalihkan pandangannya, begitu juga Taehyung.

  'Andwae! Dia pandang! Ah! Mustahil aku masih suka dia!' Teriak Jihyo dalam hati.

  "Jihyo! Kamu berangan apa tu?!" Tengking Seosaengnim menyebabkan Jihyo terus berdiri tegak.

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now