Part 19

2K 193 18
                                    

Part 19

Tiba² sahaja lengan Taehyung di tarik oleh Nana. Tubuh lelaki itu di dakap kuat dari arah belakang. Terbuntang anak mata Taehyung kerana terkejut dengan tindakan Nana, lelaki itu terus tergamam.

"Saya dah lama sukakan awak."

Buk! Tubuh Nana di tolak dengan kasar sekali oleh Taehyung. Nana terkejut besar dengan tindakan Taehyung tadi. Gadis itu tergamam.

Taehyung merenung wajah gadis itu. Riak wajah Taehyung kelihatan curiga. "Maaflah. Tapi aku tak pernah berminat dengan engkau."

Gadis itu masih lagi kaku. Tak sangka dia ditolak secara mentah-mentah.

"Aku masih sayang kan Jihyo. Dan hati aku takkan pernah berubah." Pandangan Taehyung serius dengan setiap perkataan yang dilafazkan.

Taehyung terus berlalu pergi. Sedikit pun dia tidak berpaling ke belakang.

Nana pula masih lagi kaku. Adakah ini satu tamparan buatnya? Kejutan ini cukup besar dan memberi kesan kepadanya.

Sementara itu, Jihyo dan Irene berjalan berdua. Baru sahaja mereka ingin melintasi koridor itu mereka bertembung dengan Taehyung yang baru selesai urusan bersama Nana.

Wajah Taehyung berubah merah serta merta. "Kau buat apa dekat sini?" Soal Taehyung. Risau sekiranya perbualannya tadi dicuri dengar oleh mereka.

"Takde kaitan pun dengan kau." Sinis Jihyo.

"Kau curik dengar perbualan orang kan?" Taehyung tetap bertegas inginkan kepastian.

"Mwo? Curik dengar perbualan?" Irene terkejut. Lantas dia meninjau kearah gadis yang berada di hujung koridor.

"Maaflah. Tapi kitorang tak berminat nak tahu kisah percintaan baru kau." Sinis Jihyo lagi sebelum berlalu pergi. Alahai~ Jihyo dah salah faham.

"Jihyo, bukan macam tu lah." Taehyung bersuara perlahan. Memang tak lah Jihyo yang sudah jauh mampu mendengar suaranya.

"Kadang² kau perlu berani dalam melakukan sesuatu." Tiba² sahaja satu suara berbisik kearahnya.

Anak mata Taehyung membulat terkejut. "Jungkook..." Sayu sahaja nada suara Taehyung.

Jungkook berhenti setapak dihadapan Taehyung. Dia menggosok bahagian belakang kepalanya sendiri. "Aku mintak maaf sebab pukul kau hari tu. Aku harap kau tak kisah."

"Tak kisah?! Sakit lah! Kau ingat senang je aku tak nak kisah?!"

"Aku buat macam tu sebab Jihyo! Kau tau tak betapa dia masih sayang kan kau?! Tak kan aku nak diam je?"

Taehyung tergamam. Dia kemudiannya menghampiri Jungkook dan memeluk kuat tubuh Jungkook. Air mata Taehyung mengalir.

"Kau tau tak aku takut pergi tandas sorang²?! Jangan tinggalkan aku lagi..." Ujar Taehyung sambil menangis. Jungkook hanya mampu tertawa kecil mendengar kata² Taehyung tadi.

Taehyung tiba² menolak bahu Jungkook. Anak matanya fokus kedalam anak mata Jungkook. "Betul ke Jihyo masih sayangkan aku?" Soal Taehyung, senyumannya panjang sehingga ke telinga.

Jungkook tertawa mendengar soalan Taehyung. "Kenapa? Kau mengharap dia masih sayangkan kau?"

"Ish! Kau ni penipu!" Taehyung mencebik.

"Mestilah dia masih sayangkan kau. Kalau tak kenapa je dia nak pukul budak perempuan tu hari tu? Lagipun kau sendiri tahu, Jihyo takkan cari pasal dengan sesiapa selagi orang tu tak mulakan dulu."

Taehyung terdiam. Sebentar kemudian dia tersengih kecil. "Jadi dia masih sayangkan aku lah kan?"

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now