Part 13
"Kau carik pasal ke hah?!" Jihyo terus berdiri tegak di hadapan Taehyung. Anak matanya merenung tajam wajah Taehyung.
"Aku lagi?" Taehyung bersuara dengan nada kesal.
"Yalah! Tak hilang lagi parut dekat kaki tangan aku ni, kau nak tambah dekat dahi pulak?"
"Huh! Kau tak payah risau lah! Dahi kau ni jendul! Keras pun mengalahkan batu! Takkan ada apa punya!"
"Mwo? Biadab!"
"Yaa~!" Tiba² sahaja Jungkook dan Irene kembali ke kelas. Aura pergaduhan mereka boleh di rasa dari jauh. Sebab tu lah Jungkook dan Irene tampil untuk menjadi penyelamat situasi, kononnya.
"Apa masalah korang ni?" Soal Jungkook lemah.
"Dia carik pasal!" Serentak dua orang ini menunding jari antara satu sama lain.
"Kau ni pun satu lah Taehyung. Dulu masa bercinta... nyamuk gigit sikit je pipi Jihyo tu, kau dah penyekkan nyamuk tu sampai mati. Sekarang kau pulak lagi melampau dari nyamuk." Omel Jungkook.
"Hah! Aku lagi?! Salah aku lagi? Aku tak faham lah kau ni! Betul ke kau ni kawan aku?! Asyik nak back up dia tu apsal!" Marah Taehyung terhadap Jungkook.
"Aku bukannya nak back up lah."
"Sudah lah kau! Teruk betul!" Taehyung menghentak kakinya geram.
"Eh kau ni. Aku nasihat je."
"Dah! Aku tak nak dengar apa² lagi! Kau pergi lah dengan Jihyo tu! Jangan carik aku lagi!" Teriak Taehyung sambil melangkah keluar dari kelas. Perasan marah dan geram menyulubungi hatinya.
Jihyo, Jungkook dan Irene hanya memerhati langkah Taehyung berlalu pergi.
"Tak pe ke? Dia dah merajuk tu." Soal Irene pada Jungkook.
"Alah, merajuk sekejap je tu. Nanti nak pergi tandas mintak aku jugak yang teman." Ujar Jungkook dengan nada menyampah.
Mereka terus mengatur langkah menuju ke kantin. Taehyung dibiarkan sendirian.
Taehyung yang asyik di bakar dengan perasaan marah dan geram terus mengatur langkah tanpa hala tuju.
"Taehyung~!" Kedengaran satu suara menyeru namanya. Dengan wajah kelat itu Taehyung berpaling kearah pemilik suara tersebut. Entah siapalah gadis kecil ini. Dia pun tak kenal.
"Apa?" Soal Taehyung dingin.
"Taehyung, kenapa marah² ni?" Soal gadis itu.
"Kau siapa? Kenapa nak ambil tahu urusan aku?" Soal Taehyung lagi. Huh, tak berubah kedinginan suaranya.
"Nana lah. Saya Nana. saya tanya je. Tak payah lah marah²." Gadis itu menarik wajah manja. Kononnya dia comel lah tu.
"Sibuk lah kau. Tak payah ambil tahu urusan orang." Sinis Taehyung kejam sebelum berlalu meninggalkan gadis itu terpinga-pinga sendiri.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/57388158-288-k896713.jpg)
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...