Part 17
"Apa maksud kau ni? Apa kaitannya dengan aku pulak?" Soal Jihyo dengan nada tak berpuas hati.
"Memang ada kaitan dengan kau pun! Kau ingat kitorang tak nampak apa yang terjadi?!"
Irene menolak kasar tubuh gadis² tadi. "Semua tu bukan urusan korang lah!" Bentak Irene geram.
"Kau jangan masuk campur lah!"
"Kalau korang bercakap pasal Jungkook, itu ada kaitan dengan aku." Ujar Irene.
Gadis² tadi terdiam sejenak. "Oh, jadi betul lah kau kekasih Jungkook?" Soal salah seorang dari gadis tadi.
"Kalau 'ya' sekali pun kenapa? Ada masalah ke?" Sinis Irene.
Tumpuan gadis² tadi terus beralih kearah Irene. Tubuh Jihyo di tolak ke tepi.
"Oh, jadi kau lah kekasih Jungkook?" Salah seorang gadis tadi mula menolak bahu Irene. Jelas hubungan Irene dan Jungkook selama ini masih tidak jelas di mata mereka.
"Macam mana lah dia boleh pilih perempuan macam kau ni?" Sinis seorang lagi pula.
"Mungkin dia terpaksa je sebab kau merayu."
"Baik kau rampas je Jungkook tu. Dia tak sesuai langsung dengan Jungkook." Tawa salah seorang gadis pada rakannya.
Wajah Irene berubah merah. Hina sungguh dirinya di mata mereka. Bebola mata Irene mula berkaca.
"Maaf lah, tapi aku tak pernah berminat dengan perempuan mulut busuk." Sinis Jungkook yang tiba² sahaja terpacul.
Kesemua gadis² itu terkejut melihat wajah Jungkook yang serius dan menakutkan. Mereka terus beredar dalam keadaan gopoh.
Jungkook menghampiri Irene yang sudah tertunduk. "Irene..." Jungkook menyentuh lembut bahu Irene.
Air mata Irene jatuh ke pipi. Dia mendongakkan kepalanya menatap wajah Jungkook. Irene mengesat air matanya dengan jari jemarinya. Dia tabah dan terus mengukirkan senyuman. "Kenapa saya tak boleh agak dari awal? Saya memang tak sesuai untuk awak." Ujar Irene sambil tertawa.
"Apa kau cakap ni?"
"Jangan lah paksa diri lagi. Kita memang tak sesuai pun." Ujar Irene lagi sambil mengesat air matanya. Bibirnya pula tidak lekang mengukirkan senyuman.
Kata² gadis² tadi memberikan kesan yang mendalam buat Irene.
"Irene... jangan macam ni. Saya memang sukakan awak. Saya ikhlas. Tolonglah jangan buat saya macam ni." Rayu Jungkook sambil melutut dihadapan Irene. Kedua-dua belah lengan gadis itu digenggam erat oleh Jungkook.
Irene terus membisu. Dia langsung tidak dapat bersuara.
Jihyo hanya mampu memerhati. 'Aku kah punca semua ini?' Persoalan itu bermain diminda gadis itu. Dia langsung tidak berani untuk bersuara.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...