Part 16

1.8K 186 2
                                    

Part 16

Jungkook dan Irene terdiam. Mereka hanya mampu memerhati. Mereka sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Pulang dari sekolah.

Langkah Jihyo lemah menuju keluar dari kawasan sekolah. Irene dan Jungkook hanya menyusul langkah gadis itu.

"Hei." Tiba² sahaja Jihyo bersuara sambil berpaling kearah Irene dan Jungkook dibelakangnya.

Irene dan Jungkook menjongketkan kening masing².

"Jom pergi minum dekat kafe." Ajak Jihyo dengan wajah ceria. Seakan tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

Irene dan Jungkook saling berpandangan. Mereka hairan, cepat betul Jihyo dapat menenangkan dirinya?

"Hurm. Okay je." Balas Irene sambil tersenyum.

Jihyo ceria sahaja. Hakikatnya dia menelan sesuatu yang pahit dan menyakitkan. Ia tak ubah seperti racun yang membunuh dirinya perlahan-lahan. Namun, Jihyo tetap menabahkan dirinya untuk mengharungi keadaan itu.

Di kafe.

Tiga sahabat ini duduk di sebuah meja dihujung kafe. Mereka mula berbual sebelum minuman mereka tiba.

Selang beberapa minit, seorang pelayan wanita tiba bersama pesanan mereka. "Eh? Tiga orang je? Mana lagi sorang?" Soal pelayan wanita itu.

Mereka bertiga hanya mampu tersenyum saat soalan itu di lontar.

"Yang sorang lagi tu periang betul. Kalau dia ada mesti kecoh kafe ni jadinya." Tambah pelayan wanita itu lagi sambil tertawa.

Tiga sahabat ini hanya mampu mengukirkan senyuman dan saling menoleh antara satu sama lain. Mahu berkata-kata, risau tersalah kata. Senyum sahaja lah jalan yang terbaik.

Jihyo menoleh kearah satu kerusi kosong disebelahnya. Andai sahaja Taehyung bersama mereka, kerusi itu pasti menjadi takhtanya.

Irene dan Jungkook saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka dapat meneka apa yang sedang bermain di minda Jihyo.

Keesokan harinya, di sekolah.

Jihyo duduk di kantin sendirian sambil merenung telefon bimbitnya. Dia langsung tidak menoleh sekeliling.

"Teruknya! Bergaduh sebab lelaki?"

"Ish, dah kena tinggal tu buat lah cara dah kena tinggal… ni sibuk terkejar-kejar jugak Taehyung tu siapa suruh?"

"Taehyung tak back up dia langsung?"

"Memang patut pun. Nana tu kan cantik. Lelaki mana mampu tolak Nana tu?"

Bisik² pelajar perempuan lebih menyakitkan berbanding biasa. Namun, Jihyo tetap memekakkan telinganya dari mendengar kata² busuk mereka.

Tamat sahaja kelas Sains. Irene dan Jihyo mengatur langkah bersama-sama untuk menuju ke kelas. Mereka menyusuri sepanjang koridor tanpa sebarang perbualan.

Tiba² sahaja beberapa pelajar perempuan datang menerpa kearah mereka berdua. Tubuh Jihyo ditolak rapat ke dinding manakala tubuh Irene di tolak kasar ke tepi.

"Sebab kau lah Jungkook dengan Taehyung dah tak berkawan! Puas hati kau sekarang?!" Bentak salah seorang gadis itu secara tiba². Eh, macam budak kecil lah diorang ni.

"Apa maksud kau ni? Apa kaitannya dengan aku pulak?" Soal Jihyo dengan nada tak berpuas hati.

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now