Part 7
"Ish, dia pijak pulak. Kotor lah kasut tu!" Huhu. Jungkook, tak payah kau bebel lah kawan kau tu. Tak ada gunanya, dia bukan dengar cakap.
Taehyung terus berlalu tanpa mempedulikan Jungkook. Laju sahaja Taehyung menyusun langkah disepanjang koridor sekolah itu. Bam! Tiba² kepala Taehyung terhantuk pada pintu kelas yang di buka secara tiba². Aduh! Taehyung menekup dahinya yang sudah membiru.
"Mi.. mianhe." Jihyo rupanya. Mahu balas dendam kah?
Sebaik sahaja Taehyung mendongak melihat wajah Jihyo, dia sedikit terkejut. Begitu juga Jihyo. "Yaa! Devil yeoja! Kau ni memang suka carik masalah dengan aku kan?!"
"Bo?! Carik masalah dengan kau?! Kau tu yang carik masalah dengan aku!" Bentak Jihyo geram.
"Kau ni memang tau buat orang marah je kan?!"
"Kau pun sama! Memang nak carik kesalahan orang je!"
"Eii! Kau ni!!" Taehyung yang mula geram mengangkat penumbuk kanannya.
Jihyo terkejut. "Kau nak tumbuk aku?! Tumbuk lah!" Cabar gadis itu penuh berani.
'Ikutkan hati memang aku nak tumbuk kau ni. Aku fikir kau ni perempuan je.' Getus hati Taehyung penuh kegeraman sebelum menurunkan menumbuknya perlahan-lahan.
Dush! Serta merta tanpa sebarang isyarat Jihyo menumbuk tepat pada wajah Taehyung. Alahai~ dia lupa ke Jihyo ni dengan lelaki takde beza?
"Pabo namja." Sinis Jihyo.
Taehyung tergamam. Kesakitan yang teramat sangat menyebabkan dia terkaku. Darah mengalir dari hidungnya perlahan-lahan. Tubuh Taehyung terus rebah serta merta.
Jihyo berlalu pergi tanpa mempedulikan lelaki itu. Kejam sungguh sikap Jihyo. Langsung tiada belas kasihan.
"Taehyung-ah!!" Jungkook yang baru tiba berlari mendapatkan Taehyung yang sudah terlentang di lantai koridor kosong itu.
Ketika berada di dalam kelas.
Dengan hidung yg disumbat tisu, Taehyung melangkah masuk ke dalam kelas. Pandangannya tajam tertumpu pada Jihyo yang asyik mengunyah gula² getah di hujung kelas.
Jihyo dengan wajah tidak bersalahnya terus mengunyah gula² getah sambil merenung wajah Taehyung.
"Dah² lah makan tu perempuan gemuk. Asyik mengunyah je sepanjang masa. Patutlah gemuk!" Sengaja Taehyung menyakitkan hati Jihyo.
"Bo? Gemuk?" Jihyo merenung tajam wajah Taehyung. Taehyung turut membalas renungan Jihyo.
'Fikir aku takut ke?' Getus hati Taehyung.
Jihyo berjalan menghampiri Taehyung. Gula² getah dari dalam mulutnya dikeluarkan dan di lekat pada baju Taehyung.
"Yaa!!!" Taehyung menjerit terkejut. "Devil yeoja!!! Tak guna betul lah kau ni!!!" Teriak Taehyung sekuat hatinya.
"Herh…" Jihyo tersenyum sinis. "Ya, memang aku devil yeoja." Ujar Jihyo dengan senyuman kejamnya sebelum berlalu pergi.
Irene dan Jungkook yang dari tadi memerhati melepaskan keluhan berat melihat dua sahabat mereka itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...