Part 3
"Eh.. aku pulak..." Jungkook menarik muncung panjang
Taehyung hanya menarik muka melihat respons yang diberikan oleh Jungkook. "Kau nak apa ni?" Soal Taehyung, hairan melihat rakannya datang tanpa diundang.
"Nak ajak kau keluar.."
"Dating?"
"Yup"
"Kita dua je?"
"Yup"
"Gila..." Taehyung menjeling tajam wajah Jungkook.
"Takdelah... aku nak keluar dating dengan girlfriend aku... dia cakap dia nak bawak kawan dia... kau ikut je lah... mana tahu boleh berkenalan... untung-untung boleh lupakan Jihyo tu..." Jelas Jungkook panjang lebar.
"Ah... malasnya..." Taehyung mengeluh.
"Ala... jom lah..." Jungkook membulatkan matanya seperti sugar glider. Eleh, perasan comel lah tu.
"Aish... yalah yalah... jangan buat macam tu lagi! Aku cium nanti!" Taehyung memberi amaran keras.
"Euw... mulut busuk... yucks..."
Gadis-gadis yang memerhati dari tadi terkedu melihat cara perbualan Jungkook dan Taehyung. Mesra? Macam terlebih saja.
Hari yang dijanjikan pun tiba.
"Cepatlah Taehyung! Kau ni selalu lambat." Marah Jungkook sambil berlari-lari anak menuju ke sebuah pusat beli belah.
"Ish bising betul..." Taehyung tetap berjalan dengan perlahan sambil merungut.
"Yaa~ Jungkook... kenapa lambat sangat?" Tiba-tiba seorang gadis yang sangat dikenali menghampiri Jungkook dan Taehyung.
"Eh?! Irene?!" Lantang sahaja suara Taehyung.
"Taehyung... awak buat apa dekat sini?" Irene juga turut cuak.
Tiba-tiba seorang lagi gadis menghampiri mereka.
"De… devil yeoja?!" Taehyung tergagap melihat wajah Jihyo.
Mata Jihyo membulat. "Pabo namja? Kau... kau..." Jihyo terus berpaling kearah Jungkook dan Irene. "Kenapa tak bagitau boyfriend kau ni Jungkook?" Jihyo berbisik geram.
"Err..." Irene sendiri tidak tahu jawapan apa yang perlu di serahkan pada rakannya itu.
Taehyung menarik telinga Jungkook. "Kenapa tak bagitau girlfriend kau tu Irene?" Bisik Taehyung ke telinga Jungkook.
"Tak masuk akal... mana lah aku tau Irene nak bawak Jihyo..." getus Jungkook pula.
Mereka semua mengeluh lemah. Mereka merenung wajah sesama sendiri.
"Dah lah Irene... jom makan..." Jungkook terus menarik lengan Irene berlalu dari situ.
"Tunggu! Aku?!" Jihyo dan Taehyung bersuara serentak. Kemudiannya mereka saling menjeling antara satu sama lain.
Dalam pusat beli belah
Irene dan Jungkook rancak berbual sambil berjalan-jalan melawati setiap inci pusat beli belah yang besar itu. Suasana ceria antara dua pasangan kekasih itu, seakan ada matahari terbit di belakang mereka. Hakikatnya... di sudut belakang mereka bagai ada langit gelap yang diiringi ribut petir serta taufan yang melanda. Dua insan yang pernah bercinta ini saling menarik muka ketat.
'Kenapalah pabo namja ni tak balik lagi...' rungut Jihyo dalam hati.
'Kenapalah devil yeoja ni masih dekat sini...' getus hati Taehyung pula.
Mereka saling melemparkan jelingan maut antara satu sama lain.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
SonstigesAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...