MENGHITUNG DETIK CINTA 1

501 16 5
                                    

BAB 1

Khalif bersandar dikerusi dalam pejabatnya. Mata coklatnya memandang kertas diatas meja itu. Dia tidak dapat berfikir. Kata-kata rakannya tadi telah pun mengubah keseluruhan hidupnya seratus peratus.

Flashback.

"I'm sorry bro,hasil dari makmal menunjukkan kau memang menghidap luekemia type AML. Aku harap kau dapat terima dengan hati yang terbuka. Banyak berdoa dengan Allah." Doktor Saif bangun menepuk bahunya.

End flashback.

Khalif menarik rambutnya. Dia kusut. Banyak persoalan yang sedang beregar di fikiranya.

"Ya Allah,kenapa ujian yang Kau berikan padaku bergitu berat" tanpa dia sedari air matanya jatuh ke pipi.

Dia mengambil dan menatap semula kertas diatas mejanya. Patutlah sejak beberapa bulan yang lalu kesihatannya semakin merosot. Dia terlalu kerap demam, cepat berasa lemah, hilang selera makan dan beberapa simptom lain.

...

"Awal Khalif balik. Mak Mah belum sempat masak lagi." Ujar Mak Mah pembantu rumah Khalif sejurus dia melihat majikannya berjalan menaiki tangga.

"Khalif penat sikit. Itu yang balik awal. Mak Mah tak perlu masak. Khalif tak ada selera." Khalif menjawab wanita yang sudah separuh umur itu.

Mak Mah mengangguk faham. Dia kemudian berlalu kedapur menyambung kembali kerja yang tertangguh.

...

Khalif duduk termenung ditepi katilnya sementara menunggu azan maghrib berkumandang. Dia mengambil bingkai gambar lalu mengucupnya.

"Ibu..adik..along rindu. Along tak kuat ibu. Along nak ibu." Tangisan khalif tidak boleh dikawal. Dia terlalu rindu akanarwah ibu dan adiknya. Ibu dan adiknya meninggal akibat kemalangan kapal terbang 7 tahun yang lalu. Pada masa itu mereka ingin pulang ke Malaysia selepas menghantarnya ke Ireland. Sejak itu,ayahnya meminggirkanya. Nasib ada Mak Mah. Pembantu rumah yang bekerja sejak dia kecil. Pada Mak Mah dia menumpang kasih sayang memandangkan Mak Mah tiada anak.

...

Kali ini dia duduk lama lebih lama dari selalu ditikar sembahyang. Air mata lelakinya tidak habis-habis mengalir ditubir matanya. Pada yang Esa dia mengadu.

Khalif bangun menuju ke mejanya. Kepalanya tiba-tiba terasa sakit. Dia mencapai ubat yang dibekalkan Doktor Saif.

Dia duduk bersandar di dinding. Rasa sakit yang mencengkam belum berkurang. Dia cuba untuk bangun,namun dia tidak berupaya. Akhirnya dia tertidur seperti itu.

...

Khalif terpisat-pisat mengosok matanya sebaik sahaja mendengar ketukkan diluar pintu biliknya.

"Ada apa Mak Mah?" Khalif bertanya sebaik sahaja membuka pintu dan melihat tubuh Mak Mah dihadapanya.

"Kamu tak kerja ke Khalif. Dari tadi Mak Mah ketuk tak ada yang menyahut." Mak Mah menjawab soalan Khalif dengan pertanyaan.

" Khalif tak sedap badan la Mak Mah." Ujar Khalif perlahan.

"sejak dua menjak ni Mak Mah tengok kamu asyik tak sihat je. Risau Mak Mah dibuatnya Mak Mah dibuatnya."

"Mak Mah jangan risau.Mak Mah turun dulu.Khalif nak mandi kejap lagi Khalif turun sarapan ye."

"Iyelah.Mak Mah turun.Jangan tak turun pula.Kamu tu dari semalam tak menjamah langsung." Bebel Mak Mak lagi sebelum melangkah turun ke bawah.

...

Khalif duduk termenung melihat Mak Mah melakukan kerja didapur.Nasi goreng dihadapannya tidak menarik selera.Dia hanya meneguk teh o suam sahaja.

Sedang dia leka mengenang nasib diri,Mak Mah menghampirinya.

"Kamu tak jamah langsung nasi goreng itu ye.Tak sedap ke Mak Mah masak sekarang?"

Khalif tergelak kecil.

"Mak Mah ni..masakkan Mak Mah paling sedap tau.Cuma..Khalif tak ada selera sikit"

"Habis tu kamu nak Mak Mah masak apa bagi kamu ada selera?"

"Ermm...entahlah Mak Mah.Mak Mah rasa?"

"Eh budak ni.Kita tanya dia,dia tanya kita balik." Laju tangan Mak Mah menampar bahu Khalif. Khalif bangun sambil ketawa.

"Mak Mah masak aje.Khalif nak naik atas.nanti dah siap Mak Mah panggil ye." Khalif mengatur langkah ke biliknya.

Mak Mah berkira-kira mahu memasak tomyam.Lagipun tomyam yang dimasak Mak Mah tidak pernah ditolak oleh Khalif.

...
Lagu something bout love memenuhi ruang kamar Khalif.Dia jatuh cinta sejak pertama kali dengar lagu ini. Dia bangun menuju ke meja kerjanya.Laci dimeja tersebut ditarik.

Ubat didalam botol dituangkan ke tapak tangannya.Segelas air dicapai. Dia kemudian merebahkan kepalanya diatas meja tersebut dan matanya menghantar pandangan jauh ke luar tingkap.

Khalif terkejut apabila melihat susuk tubuh seseorang dihadapannya sedang tersenyum. Dia merenung tajam.

"Asal kau pandang aku macam singa kelaparan ha?"

"Kaulah.Tahu tak aku terkejut.Sudahlah masuk bilik aku tak minta izin dulu."

"Hahaha..aku dah bagi salam dekat seratus kali tau.Kau tu jauh temenung."

Khalif hanya senyum tawar melihat rakannya Doktor Saif.Memang salahnya yang termenung sehingga tidak sedar rakannya datang.

"Aku pergi cari kau tadi,diorang kata kau ambil EL."

Khalif mengangguk.

"Aku tak ada mood nak masuk kerja.Serabut."

Saif membetulkan kedudukannya. Matanya memandang Khalif.

"Kau tak boleh macam ni bro.Aku nak kau kuat.Mana Khalif Aryan yang aku kenal.Khalif Aryan yang pantang menyerah"

"Aku sakit bro.S.A.K.I.T."

"Kenapa dengan sakit?kau malu sebab kau doktor dan kau sakit?betulkan apa yang aku kata?"

"Ya aku malu.kenapa aku?kenapa tidak orang lain?"

"Kenapa kau tanya?kerna kau juga manusia.Kau berhak sakit.Kau kena redha apa yang terjadi."

Suara Khalif naik seoktaf.

"Dari dulu aku dengar perkataan redha.Mak dan adik aku mati korang suruh aku redha.Ayah aku buang aku korang suruh aku redha.Dan sekarang aku sakit nak mati pun korang suruh aku redha?aku muak dengar perkataan redha"
Khalif jatuh terduduk dilantai.Dia memeluk lututnya rapat.Air mata mula lebat turun.

"Nangis bro.Nangis.Kau berhak.Cuma satu sahaja aku nak kau tahu,aku tak akan jauh dari kau.Kau sahabat aku.Aku ada untuk kau selamanya."

Saif bangun sebelum duduk bersila dihadapan Khalif.










...................

Hai readers!

Please vote and comment.

MENGHITUNG DETIK CINTAWhere stories live. Discover now