MENGHITUNG DETIK CINTA 13

163 8 0
                                        

Majlis pertunangan berjalan dengan lancar.Mawar masih lagi sibuk mengemas di didapur.Tiba-tiba notification telefonnya berbunyi.

Esok saya ambil awak.ada hal yang patut kita bincang

-Khalif
Mawar melihat cincin dijari manisnya.Dia seakan tidak percaya bahawa dia telah pun menjadi tunang Khalif.

Malam itu dia sibuk mengemaskinikan emailnya sebelum dia menyedari ada email yang belum dibacanya.

Email yang sudah dua hari dihantar.Dia tersenyum.Pemohonannya untuk menyambung lagi pelajarannya diperingkat ijazah sarjana telah diluluskan.Dia membaca lagi.Senyuman dibibirnya tiba-tiba mati apabila melihat tarikh pendaftaran.Tarikhnya sama dengan tarikh perkahwinannya.Iaitu tidak kurang dari sebulan dari sekarang.

Dia memandang ke cincinnya.Fikirannya tiba-tiba kusut.Kalaulah dia membuka email ini terlebih awal,tentu ada cara boleh mengubahnya.

...

Khalif hanya melihat Mawar yang hanya diam sejak mereka sampai lagi.Sebenarnya dia sudah menyedari sikap Mawar sejak dari rumah lagi.

"Hashfiqa..."

Mawar pantas mengangkat kepalanya apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Khalif.

Dia mengerutkan wajah.
"Hashfiqa?"

Khalif tersenyum menunjukkan barisan giginya yang cantik.

"Nama awakkan Mawar Hashfiqa.So tak salah kalau saya panggil awak dengan nama Hashfiqa." Panjang lebar penjelasan Khalif pada dia.

"Iya,memang nama saya Mawar Hashfiqa.Cuma saya rasa kekok.Siapa pun tak pernah panggil nama Hashfiqa."

"Sebab tiada yang panggil lah saya panggil.Biar nampak istimewa.Awakkan bakal isteri saya."

"Err...semalam awak kata nak bincang sesuatu?" Mawar mengubah topik perbualannya.

"Tak ada pun nak bincang.Cuma saya nak jumpa tunang saya.Saya nak bawak awak jumpa parents saya sementara tubuh badan saya masih kuat."

Awak jangan buat saya takut.Kalau awak tak sihat kita pergi hospital sekarang."

"Lah awak ni.kan saya cakap saya okay.Saya nak bawak awak jumpa ayah dan ibu saya di KL."

...

Mawar memandang sekeliling rumah banglo dua tingkat.Besar cantik dan kemas.Dia tidak menyangka bahawa Khalif merupakan anak usahawan di Kuala Lumpur.Manakala dia pula hanyalah anak kepada bekas tentera.

"Jadi awaklah tunang Khalif."

Mawar menoleh kearah suara yang menegurnya.Kelihatan seorang wanita sebaya dengan arwah ibunya berjalan mendekatinya.

"Ibu please,jangan buat tunang Khalif takut."

Wanita itu tertawa.

"Ibu hanya bertanya Khalif.Ibu nak tahu juga apa berbezanya dengan perempuan-perempuan yang ibu kenalkan pada Khalif."

Mawar hanya tersenyum lalu menyalami wanita tersebut.

"Datin apa khabar?"

"Hey you ni nak jadi menantu I ke nak kerja dengan I?panggil la ibu.macam Kahlif panggil.Okay dear?"

Mawar mengangguk.Dia masih takut-takut dengan ibunya Khalif.

Suasana di meja makan tidak seperti selalu.Datin Asmah banyak bercoleteh.Kahlif tidak langsung menyampuk apa yang ibunya bualkan.

"Sikit kamu makan Khal?" Datin Asma terus menegur apabila melihat Khalif bangun dari kerusi.

"Kenyang.Khalif naik dulu."

Datin Asmah hanya mengangguk.

...

Mawar mengambil angin di balkoni biliknya sambil memikirkan pertanyaan Datin Asma sebentar tadi.

Telefon ditangannya bergetar.

Jom borak kat bawah.saya tahu awak tak tidur lagi.
-Khalif

Mawar merengus.Dia ke almari dan mencapai selendang sebelum turun kebawah.

"Hasfiqa selesa dengan ibu saya?"

Setelah beberapa minit mereka tidak bersuara akhirnya Khalif memulakannya.

Mawar hanya mengangguk.

"Sebenarnya dia hanya ibu tiri saya je.Tapi baguslah awak selesa dengan dia."

Mawar terkejut.Jika Khalif tidak menyatakan hal sebenar,pasti dia tidak tahu.

"Ibu kandung awak?"

"Ibu kandung saya dah meninggal dengan adik saya tujuh tahun lalu.Masa tu diorang ingin pulang dari menghantar saya ke luar negara.Kapal terbang terhempas."

Mawar terdiam mendengar perjelasan dari Khalif.Sungguh dia tidak menyangka nasib dia dan Khalif sama.Masing-masing kehilangan ibu.

"Saya minta maaf.saya tak tahu.Nasib kita sama."

"Bukan salah awak.Tapi nasib awak lebih beruntung dari saya tau."

"Maksud awak?"

Khalif hanya menggeleng.Dia malas menceritakkan perihal ayahnya.

...

Sudah seminggu sejak mereka pulang dari Kuala Lumpur.Khalif tiba-tiba tidak dapat dihubungi.Pelbagai kemungkinan berlegar difikiran Mawar.Jujur dia akui,hatinya makin terbuka untuk menerima Khalif.

Dia menghantar pandangan kearah sawah padi.Sesekali dia memerhati skrin telefonnya.Patutkah dia menelefon Saif bertanya tentang Khalif.

Punat panggilan telefon disentuh.Kini baru dia tahu bahawa Khalif sedang menjalani kimoterapi.Dia tidak mahu sesiapa mengganggu.Lagipun pula sejak dia menjadi tunangan Khalif,lelaki itu telah memberhentikan dia bekerja.




Harap korang suka.Please vote & comment

MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang