MENGHITUNG DETIK CINTA 12

150 8 0
                                    

Khalif merebahkan kepalanya di atas sofa milik mak ngahnya.Dia memejamkan matanya sebentar sebelum Shifa yang datang dari dapur mendekatinya.

Shifa duduk perlahan-lahan disisi Khalif sambil tangannya diletakkan di paha lelaki tersebut.

"Apa yang kau buat ni perempuan" Khalif yang terkejut hal tersebut bingkas bangun dari pembaringannya.

"Shifa cuma nak minta maaf dengan abang"

"Minta maaf dengan cara ni?ini cara perempuan murahan tahu.."

"Shifa..Shifa..." Shifa berpura-pura menangis agar Khalif kasihani dia.

"Kau jangan dekat dengan aku.kau pergi sebelum sabar aku habis" suara Khalif yang meninggi menarik perhatian Puan Salmi yang berada didapur.

"Kenapa ni along?Shifa kenapa nangis?"

"Shifa cuma ajak berbual aje.Tapi abang Khalif marahkan Shifa" Shifa cuba menarik perhatian Mak tehnya.

Khalif hanya mendegus kasar.

"Along,kenapa ni?tak kasihankan Shifa ke?diakan bakal isteri along."

Panas telinga Khalif mendengar ayat 'bakal isteri'

"Sejak bila along nak ambil perempuan ni jadi isteri along?along masih waras lagi lah mak ngah.Seingat along,along tak pernah sebut pasal kahwin.tambahan pula perempuan ni bakal isteri along."

"Memanglah along tak cakap.Tapi mak ngah dah bincang dengan mak Shifa.kami nak jodohkan kalian berdua."

"No.along tak setuju.kalau mak ngah nak juga Shifa ni kahwin,apa kata mak ngah ajelah yang kahwin dengan dia.Along tetap dengan keputusan along."Khalif lantas bangun dan keluar dari rumah tersebut.

...
Mawar memakirkan motorsikalnya dihadapan rumah tersebut.Salam diberikan beberapa kali sebelum tuan rumah menjawabnya.

"Ha!nak apa?" Shifa bersuara keras setelah melihat gerangan tetamu diluar rumah.

"Khalif ada Shifa?"

"Buat apa kau nak jumpa anak buah aku ha?" Kali ni suara Puan Salmi pula kedengaran apabila dia menghampiri Shifa dimuka pintu.

"Mak chik.." Mawar senyum melihat Puan Salmi. "Ada hal sikit nak jumpa Khalif." Dia kemudian sambung kembali kata-katanya.

"Kau tak malu ke datang rumah lelaki?kau ingat aku tak tahu apa niat kau datang sini.Kau nak goda anak buah aku tu kan?"

"Tak lah mak chik.Mak chik dah salah faham.sebenarnya..."

"Sebenarnya kau memang ada hati dengan abang Khalif aku kan?"

"Tak Shifa.Saya..."

"Mawar..." Mawar menoleh ke sisinya.Khalif berdiri sambil tersenyum.

"Along yang panggil Mawar ke sini.Kami ada hal nak bincang."

...
Mawar berkurung didalam bilik setelah pulang dari rumah Mak Ngahnya Khalif.Kepalanya kusut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Khalif petang tadi.

Flashback.

"Along dan Mawar nak kahwin."

"Apa?"suara Puan Salmi Shifa naik seoktaf.

"Mak ngah tak setuju."

"Shifa pun.Abangkan dah janji nak kahwin dengan Shifa."

"Bila masa aku janji nak kahwin dengan kau ha?"

"Along...

End of flashback.

Mawar mundar-mandir didalam biliknya.Betulkah Khalif ingin jadikan dia isteri.Khalif tak pernah sekalipun meluahkan perasaan pada dirinya.

Kali ini dia berbaring pula diatas katilnya.Otaknya terus ligat berfikir.Dia takut Khalif juga seperti Anwar.Dia takut keluarganya dipermalukan sekali lagi.
Akhirnya dia terlelap bergitu sahaja.

...
Pagi itu suasana dalam rumah Encik Bakar amat tegang.Puan Salmi dan Shifa sejak semalam menentang perkahwinan Khalif dan Mawar.

"Bila Along nak pak Ngah pergi merisik?" Encik Bakar yang baru tiba dari luar melontarkan pertanyaan.

"Apa abang cakap?nak pergi merisik si budak tu?abang dah giler ke?ni yang depan mata abang ni bakal isteri along,bukan perempuan tu."

Shifa lantas berlari keluar dari rumah.Khalif pula dari tadi membisu.Dia sudah malas ingin bertekak dengan mak ngahnya.

"Shifa..Shifa!..abang tengok.Shifa dah pergi.Abang sukalah kalau saya dengan adik beradik lain bermasam muka?"

"Biarkan dia.kejap lagi dah sejuk baliklah."

"Saya dah malas nak bertengkar dengan abang.ikut suka hati abang je nak buat keputusan.Cadangan saya langsung tak nak dengar."Puan Salmi terus berlalu meninggalkan Khalif dan suaminya didapur.

"Terima kasih pak ngah."

"Sama-sama along.Pak ngah buat semua ni sebab tak nak hilang kamu sekali lagi.Kamu janji ye jangan tinggalkan pak ngah."

Khalif terkedu mendengar permintaan Pak Ngahnya.Dia hanya senyum dan mengangguk.








Vote & comment✌

MENGHITUNG DETIK CINTAWhere stories live. Discover now