MENGHITUNG DETIK CINTA 14

198 10 1
                                    

Khalif memuntahkan semula makanan yang baru dijamahi sebentar tadi.

"Air..air.." Saif menghulurkan botol minuman pada Khalif.

Saif memapah rakannya itu kembali ke katil semula.

"Kau nak apa-apa?"

Khalif hanya menggeleng lemah.

"Aku dah minta pihak sini siapkan dokumen pertukaran kau ke KL."

"Biarlah aku habiskan rawatan disini."

"Nope.Susah kalau terjadi apa-apa.Kalau disana kau ada aku."

"Tapi Saif,aku cuma tak nak susahkan kau."

"Sudah.Aku tak nak dengar ayat susah tu lagi.Kau rehat.Aku nak jumpa Dr Herman kejap."

Saif lantas bangun dari kerusinya menuju ke pintu.

...

Dari jauh Fizah sudah nampak Mawar terkial-kial membawa barangan basah yang baru dibelinya.

Dia terkocoh-kocoh mendekati Mawar dengan melanggar bahu perempuan itu.

"Maaf.tak sengaja."

Mawar yang hampir terjatuh menoleh ke sisi melihat gerangan yang melanggar bahunya.

Dia tergamam.Wanita itu tersenyum sumbing memandangnya.Mawar yang malas bertegur sapa terus melangkah pergi.

"Sombong kau sekarang Mawar.Mentang-mentang nak kahwin dengan orang kaya.Kau tunggu."Kata Fizah sendiri.

...

Mawar tidak dapat menahan air matanya untuk mengalir apabila Puan Salmi dan Shifa menghaburkan kata-kata benci padanya.Sudahlah beberapa orang kampung mengumpatnya.Memang dia akui tindakannya beberapa bulan lalu,merupakkan tindakan yang gila.

Malam itu Mawar tidak dapat tidur lena.Fikirannya kusut.Pelbagai masalah bagaikan datang tidak henti.Majlisnya perkahwinannya akan berlangsung minggu hadapan.

...

Lama Khalif berdiri dihadapan cermin. Memerhati tubuhnya yang kian lama kian susut.Rambutnya dipotong kemas kerana sudah banyak yang keguguran.Dia mencapai bingkai gambar disisi katil lalu menciumnya.Terbit rasa rindu apabila melihat dua wajah yang tersenyum manis.Dia rindukan keluarganya yang dahulu.Dia rindukan pelukkan ibunya,keletah adiknya dan ketegasan ayahnya.Semua bagaikan mimpi apabila ia lenyap bergitu sahaja.

"Khal.." Khalif kaku mendengar suara itu.Suara yang dia rindukan setiap hari.Dia mencari di setiap penjuru ruang biliknya.Namun,susuk tubuh pemilik suara itu tiada.

Dia duduk terjelompok di atas lantai.

"Khal..kenapa ni?" Datin Asmah meluru kepadanya saat wanita itu membuka pintu bilik.

Khalif tidak mampu berbica.Dengan keadaan sebegini dia rindukan ibunya.

"Sudah Khal.Kita dah nak gerak masjid.Khal nak ibu panggilkan Saif ke?"

Dia menggeleng.

"Okay.ibu keluar dulu. Cepat sikit bakal pengantin."Datin Asmah menampar lembut bahunya.

Khalif mengesat sisa air mata yang mengalir sebentar tadi.Dia mengemaskan dirinya semula sebelum keluar dari biliknya.

...

Mawar memandang sekelilingnya.Kelibat Khalif tidak lagi kelihatan.Dia resah.Khalif sepatutnya sudah sampai 15 minit yang lalu.Pelbagai kemungkinan yang dia fikirkan.Dia takut jika majlis perkhawinannya dibatalkan.

"Pihak lelaki dah sampai" kata-kata itu membuatkan Mawar tenang semula.

Dia memandang susuk lelaki yang berjalan dihadapannya itu.Segak.

"Dah sedia semua?" Khalif mengangguk setelah mendengar pertanyaan dari tok kadi.

"Aku nikah akan dikau dengan Mawar Hasfiqa binti Ismail berwakil walikan aku dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya MAwar Hashfiqa binti Ismail dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit tunai."

"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"

Khalif menoleh kebelakang melihat Mawar.Kini sah wanita tersebut menjadi miliknya.

Khalif mengambil tempat disisi Mawar untuk menyarung cincin.

Mawar tunduk menyalami suaminya itu.

Pandangan mata Khalif kelihatan kabur.Dia merasakan dunia berputar.Tanpa dia sedari,saat dia mahu mencium dahi Mawar,Khalif terus rebah tidak sedarkan diri.






Tak tahu best ke tak bab ni.Idea kurang.Tapi yang penting Khalif dan Mawar dah jadi suami isteri.

MENGHITUNG DETIK CINTAWhere stories live. Discover now