Suasana gembira sebentar tadi bertukar cemas.Saif meluru mendapatkan Khalif. Denyutan nadi Khalif diperiksa.
"Dia tak dak apa-apa.Mungkin dia penat.Kita tunggu aje dia sedar"
"Betul ke Khalif okay?" Datin Asmah meminta kepastian dari Saif.Mawar hanya membatu.Peristiwa yang lalu tiba-tiba terlintas difikirannya.Dia takut penyakit Khalif semakin parah.
Saif dan rakannya menolong memapah Khalif hingga ke kereta.
"Belum apa-apa lagi Khalif dah terkena badi sial dia."
Langkah Mawar terhenti seketika.Dia kenali benar pemilik suara tersebut.Dia hanya menoleh pada pemilik suara tersebut sebelum mengatur langkahnya semula ke kereta.
...
Mawar melihat beberapa orang kampung diluar halaman rumahnya.Aktiviti gotong royong untuk majlis esok sudah dimulakan sejak sejam lalu.
Dia menoleh pula kearah katilnya.Khalif masih lagi tertidur kesan daripada ubat yang diambilnya selepas makan tengah hari tadi.
Dia membetulkan selendangnya dihadapan cermin sebelum mengatur langkah ke pintu biliknya.Belum sempat dia memulas tombol pintu tersebut Khalif menegurnya.
"Awak..."
Mawar menoleh.Dia melemparkan senyumannya kepada lelaki itu.
"Awak nak kemana?"
"Saya ingat nak menolong kat dapur sana.kesian diorang."
Khalif mengangguk.Dia menyandarkan tubuhnya pada katil.
"Tunggu abang.Abang nak tukar baju kejap."
Mawar tersenyum."iyelah"
Mawar menukar posisi kedudukannya kerana tidak selesa apabila melihat aktiviti yang dilakukan Khalif.
Khalif tersenyum.Dia berasa geli hati melihat kelakuan isteri yang baru dinikahinya itu.
"Hashfiqa..." Khalif cuba untuk mengusik Isterinya.
Kedudukkan Mawar masih lagi tidak berubah.Dia mahu cepat-cepat hal ini berlalu.
"Kalau awak dah siap,jomlah kita keluar."
"Hashfiqa pandang sini dulu."
"Tak naklah saya.Awak sengaja nak kenakan sayakan?"
Khalif ketawa terbahak-bahak.
"Mana ada.Abang dah lama siap.Pandang la sini"
Mawar akhirnya tertewas dengan kata-kata Khalif.Dia memberanikan diri menoleh kearah suaminya itu.
"Dah siap!" Khalif mendepakan kedua belah tangannya.
Mawar ketawa kecil.Hatinya tersentuh dengan kenakalan suaminya itu.
"Jom?"
"Jom"
...
Malam itu Mawar membentangkan tilam nipis disisi katil.Dia berkira untuk tidur sebelum Khalif masuk.
Senyuman diwajah Khalif terus mati tatkala melihat aktiviti yang sedang dilakukan Mawar.
"Hashfiqa buat apa?"
"Nak tidur.kenapa?"
"Katil ni tak cukup besar ke untuk kita berdua?"
"Saya takut awak tak selesa."
"Selesa atau tak itu masalah abang.Masalah sekarang tempat Hashfiqa disisi abang."
"Maafkan saya awak."
"Mari..." Khalif menepuk tempat disebelah sisinya mengajak Mawar untuk tidur.
Jam di meja sisi diambilnya.Jarum jam sudah menganjak ke pukul 3 pagi.
Mawar masih lagi tidak dapat memejamkan matanya.sesekali dia mengubah posisi tidurnya. Kini wajahnya bergitu hampir dengan wajah Khalif sehingga kedengaran dengkuran halus lelaki itu.Jari jemarinya perlahan-lahan menyentuh wajah Khalif.Belum sempat jarinya menyentuh lebih lama wajah tersebut..ada tangan lain yang mencengkam pergelangan tangannya."Nakalnya isteri abang ni.."
"Sorry"
"Dah lewat.tidurlah.Esok kita berborak ye?"
Mawar mengangguk sambil memejamkan matanya.
...
Khalif membetulkan tanjaknya dihadapan cermin apabila melihat Mawar menguap berulang kali.Dia menggelengkan kepalanya.
Khalif menghampiri Mawar yang masih lagi bersolek.
"Mengantuk?"
Mawar hanya mengangguk.
"Semalam tak nak tidur.Hari ni asyik menguap."
Mawar menjegilkan matanya pada Khalif sambil menampar lembut tangan lelaki tersebut.
Mak Andam yang berada berdekatan tersenyum-senyum.Sesekali dia ketawa kecil melihat keletah pengantin baru tersebut.
"Dah siap ke?" Tanya Saif yang tiba-tiba datang.
Mawar dan Khalif mengangguk serentak.
"Okay.Rasanya kita dah boleh gerak." Saif memberikan kata putus.
"Nervous?"
"Sikit."
"Jangan risau abang ada.Kalau takut sangat,peluk aje tangan abang." Khalif memberikan cadangan.Mawar tunduk tersipu malu.Sejak dia menjadi isteri Khalif,lelaki itu suka menyakatnya.
Saif hanya memerhati gelagat rakan baiknya itu disebalik cermin pandang belakang.
Tiba-tiba kereta dipandunya hilang kawalan...
Akhirnya..siap juga bab ni..
Please vote and comment✌

YOU ARE READING
MENGHITUNG DETIK CINTA
Roman d'amourMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...