MENGHITUNG DETIK CINTA 16

169 8 0
                                        

"Kenapa ni?masih teringat ke?Senyum please..." Khalif menegur Mawar apabila melihat wanita itu terdiam dari tadi.

Fikiran Mawar masih lagi teringat hal yang terjadi tadi.Mujur Saif sempat mengelak.Kalau tidak mungkin nyawa kanak-kanak itu terancam.

"Sudahlah...cuba Hashfiqa senyum sikit.Inikan majlis kita,janganlah macam ni." Khalif cuba memujuk Mawar sekali lagi.

Mata Mawar memandang tepat kearah Khalif sebelum dia melemparkan senyumannya itu.

Senyum Mawar pada Khalif tiba-tiba mati bergitu sahaja apabila melihat Anwar dan Fizah mendekati mereka.

"Selamat pengantin baru Mawar."

Mawar cuba berlagak  tenang.Khalif hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Riak wajah Mawar berubah apabila Anwar membisikkan sesuatu.

"Kesian laki kau,dapat bekas aku."

Mawar ingin mencuba membalasnya namun,pertanyaan dari Khalif membuatkan dia kembali diam.

...

Khalif memasukkan bagasi ibunya kedalam bonet kereta.Sudah 4 hari ibu tirinya berada Penang bagi menghadiri majlis perkahwinannya.

"Betul ibu tak nak tinggal lama lagi?"

"Bukan ibu tak nak Khal,ibu datang ni pon dengan cara menipu.Kalau dia tahu ibu datang majlis kamu,mesti dia mengamuk."

"Tak pa lah ibu.Terima kasih sebab sudi datang dan terima Mawar jadi menantu"

"Sama-sama.ibu seronok dapat menantu walaupun Khal ni bukan anak kandung ibu."

Khalif hanya tersenyum.

"Ayah ada mesti seronok juga" kata Khalif perlahan.

"Sudah lah.Lewat ibu kamu nak sampai KL nanti." Encik Bakar menyampuk perbualan anak beranak itu.

Sebelum Datin Asmah bergerak,dia sempat membisikkan sesuatu pada Khalif.

...

Khalif menutup daun pintu bilik dan mendekati Mawar yang sedang mengemas katil mereka.Khalif melabuhkan punggungnya diatas katil.

"Awak!"

"Kejap lagi Hashfiqa sambung ye.Sekarang abang nak Hasfiqa kemas baju,tengah hari nanti kita balik rumah sewa abang."

"Ayah?"

"Abang dah beritahu ayah."

Mawar mengangguk dan berlalu ke almari pakaian.Khalif hanya memerhati sambil terseyum.Dia kemudian bangun dan duduk disisi isterinya.

"Awak,kita tak nak pergi rumah pak ngah awak ke?"

"Hashfiqa nak ke?abang takut Hasfiqa tak tahan nanti.Lidah mak ngah dan Shifa tu dah banyak menghiris hati orang."

"Saya okay.Awak jangan risau."

Khalif merenung tajam ke arah anak mata Mawar.Mawar yang sedar lantas menundukkan wajahnya.Tiba-tiba tangan Khalif mencuit lembut hidungnya.

"Kenapa degil sangat Hasfiqa ni?gigit nak?"

"Ke...na...pa...?" Suara Mawar seakan-akan terketar.

"Berapa kali abang nak cakap.Panggilan tu tukar dari saya-awak ke abang-Hashfiqa."

"Ouh"

"Ouh je?abang nak dengar,cuba Hashfiqa sebut"

"Abang..."

"Wahh sejuk hati abang dengar.sekali lagi Hashfiqa"

Mawar menampar lembut lengan Khalif.

"Nanti-nantilah.Nak kemas pakaian dulu."

"Iyelah.Nanti dah siap kemas panggil abang" Khalif lantas bangun meninggalkan Mawar didalam bilik.

...

Khalif memandang lama wajah isterinya meminta kepastian.Mereka berdua kini dihadapan rumah encik Bakar.

"Hashfiqa betul-betul okay?"

Mawar mengangguk.

"Jom"
"Jom"

Mendengar gelak tawa dua beranak tersebut membuatkan hati Mawar tersenyum.Mak ngah Salmi menyambut baik kedatangannya kerumah itu.

Mawar membilas beberapa gelas yang masih berbaki didalam sinki.Matanya sesekali menghantar pandangan melalui tingkap menghala ke kebun pisang. Suara keras tiba-tiba menegurnya lantas membuatkan gelas yang berada ditangannya jatuh ke lantai.

"Oi perempuan!kau tengok apa yang kau dah lakukan ha?" Shifa menolak bahu Mawar dengan keras.

"Maaf.saya terkejut awak datang tadi."Mawar terketar-ketar mengutip kaca dilantai.

"Apa yang bising sampai ke hadapan dengar?" Puan Salmi terburu-buru datang bersama suaminya dan Khalif.

"Ya Allah gelas aku!"suara Puan Salmi naik seoktaf sebelum mendekati sepihan gelas tersebut.

"Kau sengajakan nak sakitkan hati aku ha?" Puan Salmi tetiba menampar Mawar.

"Mak ngah!"

Air mata Mawar deras mengalir sambil tangannya laju membersihkan sisa gelas tersebut sehingga jarinya terluka.

"Along sekali pun tak pernah tampar dia Mak ngah."

"Dah perempuan ni kurang ajar sangat!"

"Salmi!"

Shifa hanya memerhati keadaan Mawar.Dia tersenyum puas apabila Mawar diperlakukan sebegitu.

"Jom balik!"Khalif lantas menarik tangan Mawar.

"Tapi.."

"Benda ni biar je Shifa habiskan.Apa gunanya dia ada kat sini.Pak ngah,along balik dulu." Khalif lantas menyalami orang tua tersebut.

...

Khalif memberhetikan keretanya disimpang keluar kampung tersebut.Dia mengeluarkan botol mineral serta kotak first aid dan menuju ke arah Mawar.

"Sakit lagi ke?" Khalif bertanya sambil mengesat air mata dipipi Mawar.Dia kemudian menyimpan semula perkakasan didalam kotak first aid.

Mawar hanya menggeleng.

"Maafkan Fiqa,Fiqa dah buat abang dan mak ngah bergaduh."

Khalif tersenyum.

"Hasfiqa tak salah.Mereka berdua yang salah."Khalif meyakinkan isterinya.

Khalif menghidupkan kembali enjin keretanya dan bergerak keluar dari kawasan kampung tersebut.

Perjalanan mereka hanya ditemani dengan lagu-lagu diradio sahaja.Mawar dari tadi senyap sambil memerhati jarinya yang luka.Dia masih lagi terbayang hal tersebut.



















Makin hari rasa cerita makin hambar.betul tak?

MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang