Bab 6.
Minggu ini merupakan minggu pertama Khalif menjalani rawatan kimoterapi.Dia keluar dari kereta setelah sampai di hadapan rumah Pak ngahnya.Dua hari dia tidak pulang kerana menjalani rawatan.Walaupun sudah dua hari rawatan itu dilakukan,tubuhnya masih belum dapat menerima sepenuhnya.
Dia berjalan lemah memasuki ruang kamar biliknya sebelum ditegur Shifa.
"Eh abang Khalif,bila sampai?"
Khalif mengukir senyuman kepada Shifa.
"Baru je."
"Kenapa dengan abang ni.Shifa tengok macam tak sihat aje.muka abang pucat sangat ni."
"Abang okay.Cuma penat.Abang masuk dulu ye."
"Iyelah.Kalau abang nak apa-apa..panggil aje Shifa."
Khalif mengangguk faham.
Dia masuk dan terus menutup daun pintunya.
Dia kemudian menyandarkan tubuhnya pada katil. Ubat didalam clutch dikeluarkan.
Dia mencampai botol mineral disisi katil.Ubat dituang diatas telapak tangannya sebelum menelannya.
...
"Mak ngah tengok nasi kamu dari tadi tak berkurang langsung.Kamu ni okay tak along?"
Khalif hanya menguis-nguis nasi dihadapannya.Dia mengangkat kepalanya lalu tersenyum kepada mak ngahnya.
"Along tak ada seleralah.Along naik dulu."
Encik Bakar hanya melihat perlakuan Khalif.Puan Salmi ingin bersuara tetapi ditegah suaminya.
"Biarkan dia berehat.Nanti kalau lapar pandailah dia cari sendiri."
"Saya bukan apa..risau tengok dia.muka macam orang sakit.minggu lepas ceria aje.ni lepas balik dari bandar sana terus jadi macam tu."
"Dia tahulah jaga diri.Diakan doktor.Pandailah nanti cari ubat, ubatkan diri dia."
"Betul tu mak teh.Dah lah.nanti Shifa tanyakan ye?" Shifa tetiba menyampuk perbualan Bapa saudaranya.
...
"Kau jangan risau.Aku masih kuat untuk bertahan."
"Aku bukan apa,kesiankan kau bro.Sampai bila kau nak rahsiakan benda ni semua dari keluarga kau.diorang patut tahu bro."
Saif berdiri dibalik pintu sebelah penumpang.Dia menepuk belakang Khalif berkali-kali.
"Bro, air." Khalif menghulurkan tangannya kearah Saif.
Dia kemudian berkumur dan membasuh mukanya.
"Aku tak nak keluarga aku risau.Macam yang aku cakap tadi,selagi aku kuat,selagi itulah aku bertahan sendiri."
Saif tidak tahu apa yang harus dinasihatkan lagi.Kawannya itu tetap berdegil.
"Kalau kau dah okay,kita dah boleh gerak."
"Jom.aku okay.aku tak nak pula kita lambat sampai kesana."
...
Mereka berdua sampai dihadapan rumah teres kos rendah.
Saif keluar dari kereta.Dia memandang Khalif yang masih ditempat duduk penumpang.
"Asal kau pandang macam tak puas hati ja?"
Khalif bertanya apabila Saif masih lagi dengan wajah seperti tadi.
"Are you sure nak tinggal sini?"
Khalif menjongketkan keningnya.Dia tersenyum.
"Yup.kenapa?"
"Kenapa kau tanya?.Weh setahun aku Doktor Khalif Aryan yang aku kenal, mana pernah tinggal dalam rumah macam ni."
Khalif ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata dari rakannya itu.
"Saja nak tukar angin.dah jomlah masuk.Tengok tu tuan rumah tu dah tunggu kita."
Dia senyum dan mengangkat tangannya kearah orang tua separuh abad yang berdiri dipintu pagar rumah tersebut.
"Assalamualaikum!Pak Mat kan?"
Khalif menghulurkan tangannya kepada Pak Mat.
"Waalaikummussalam.Khalifkan?"
"Iye pak Mat."
Saif yang dari tadi diam juga menghulurkan tangannya pada orang tua tersebut.
"Saif" Saif mengenalkan namanya.
"Jom masuk.sambil berborak tu boleh la kamu tengok keadaan rumah ni."
...
Mereka bertiga bersalaman selepas hampir sejam berada didalam rumah tersebut.
"Seperti yang kita bincang tadi,InsyaAllah lusa saya akan pindah masuk kesini."
"Terima kasihlah sudi menyewa dengan Pak Mat."
"Kami minta izin dululah Pak Mat.Assalamualaikum."
Saif menghidupkan enjin kereta dan mula beredar dari kawasan perumahan tersebut.
...
"Kau okay tak Khalif?"
Saif memberikan signal untuk berhenti setelah melihat Khalif yang secara tiba-tiba menjerit.
"Kau makan ubat ni dulu.Tahan sekejap.Aku bawak kehospital."
Khalif dengan rakus menelan ubat yang diberikan Saif.
"Arghh sakit Saif.Sakit sangat!" Khalif menjerit sambil memegang kepalanya.
"Sabar bro.Sabar."
Suara jeritan Khalif sebentar tadi terus hilang apabila dia tiba-tiba tidak sedarkan diri.
Saif yang terkejut terus memberhentikan semula keretanya.
"Ya Allah Khal,Khal dengar aku tak?" Saif memeriksa nadi Khalif sebelum meletakkan telinganya berdekatan dengan badan Khalif.Yakin dengan penafasan Khalif yang masih ada,dia terus membawa keluar rakannya itu dipindahkan keruang tempat duduk belakang.
Dia masuk semula ke kereta lalu memecut laju menuju ke hospital.

YOU ARE READING
MENGHITUNG DETIK CINTA
RomansaMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...