MENGHITUNG DETIK CINTA 4

186 6 0
                                        

Bab 4.

"Awak dah gila ke?awak ingat dengan perbuatan awak ni,semua masalah selesai?"

Khalif bertanya kepada gadis dihadapannya.Suara yang dia dan Shifa dengar sebentar tadi datang dari gadis ini. Dia mencuba untuk terjun dari jambatan tersebut.

"Awak siapa?tolong jangan sibuk hal saya.Lagipun kita tak ada kena mengena" jawab gadis tersebut dalam sedu.

Shifa hanya diam dari tadi.Dia mahu bersuara namun dihalang oleh Khalif.

"Kita memang tak kenal.Tapi awak saudara seislam saya.apa yang saya nak jawab jika ditanya diakhirat kelak?"

"Pergi..pergi aku cakap pergi.Jangan ganggu aku.Pergi!!!!" Pekik gadis tersebut.

"Okay.kalau awak nak terjun juga,saya dengan dia akan terjun.Biar kita bertiga mati bersama.Nanti awak jawablah ye."

Shifa meneguk air liur apabila mendengar ugutan Khalif.Dia memandang ke bawah.

"Ha..cepatlah terjun.saya dah tak sabar ni." Khalif cuba memancing gadis tersebut.

Belum sempat gadis itu berbuat apa-apa,tiba kakinya tergelincir.Membuatkan sebelah kaki gadis tersebut tergantung.

"Arghhh..tolong.."

Gadis itu menjerit.
Khalif tersenyum sinis.

"Baru tergelincir macam tu awak dah jerit.Tadi berani sangat nak terjun."

"Abang Khalif,kesian dia"

Shifa yang diam dari tadi akhirnya bersuara.

"Mari saya tolong." Khalif menghulurkan tangannya kepada gadis tersebut.

...

Gadis itu menangis teresak-esak sebelum dipeluk Shifa.

"Jom saya hantar awak balik" kata Shifa lembut kepada gadis tersebut.

"Tak perlu.biar saya balik sendiri." Gadis tersebut menolak pelawaan Shifa.

"Awak ingat kami nak percaya dengan awak lagi ke?mana tahu niat awak nak bunuh diri tu ada lagi.." Khalif bersuara kembali selepas dia membiarkan Shifa memujuk gadis tersebut.

"Tapi.." belum sempat gadis itu bersuara,Khalif memotong kata-katanya.

"Awak ingat awak tu tuan puteri ke?cepat naik.saya hantar awak kerumah."

...

"Mawar...nak kamu kemana?puas ayah cari kamu"

Seorang lelaki separuh abad berlari anak mendekati basikal Khalif.

Gadis tersebut turun dari basikal lalu memeluk ayahnya.

"Maafkan Mawar ayah.Mawar bukan anak yang baik" Dia menangis teresak-esak dalam perlukan ayahnya.

Setelah berbual sebentar,Khalif dan Shifa meminta izin untuk pulang.Baru mereka tahu kenapa Mawar, nama gadis tersebut berbuat tindakan yang drastik.

Mawar bakal mendirikan rumah tangga namun,tunangnya Anwar membatalkan perkhawinan mereka selepas jatuh cinta dengan rakan baik Mawar sendiri.Lebih menyedihkan,dia hampir diperkosa.Semua ini rancangan rakan baiknya itu.

...

"Kemana kamu berdua pergi ha?dah nak maghrib tahu?" Pak Ngahnya bersuara selepas melihat mereka memasukki rumah.

"Panjang ceritanya Pak Teh.Kalau Shifa cerita sehingga subuh pon tak habis."

Khalif mengangguk setuju.Mereka lalu beredar ke bilik masing-masing.

MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang