Bab3.
Seperti yang dijangka.Ibu tirinya membawa seseorang dan apa yang pasti,ayahnya tidak pernah sesekali menjejak kaki kerumahnya.
"Pergilah berbual dengan Qisha tu.Kesian dia ibu tengok." Datin Asmah menghampiri Khalif yang leka bermain game di iphonenya.
"Ala..ibu yang bawa dia.Ibulah yang berbual.Khalif penat.Banyak patient kat hospital tadi."
Walaupun hubungannya bersama ayahnya tidak ada-ada tanda untuk berbaik,dia masih menerima dan menghormati ibu tirinya itu.
"Ishh kamu ni." Puan Sri Mariati menarik tangannya keruang tamu.
...
Saif memasukkan bagasi Khalif didalam kereta.
"Kau betul tak nak bagi aku ikut?"
Khalif menggeling.
"Betul.Lagi pun tugas kita tak macam orang lain.Lebih baik kau tumpukan pasai kerja kau.Dan pasai aku,biar aku sendiri uruskan."
Saif memeluk rakannya itu.
"Kalau kau perlukan apa-apa jangan lupa call aku.Aku janji bila aku tak sibuk aku lawat kau."
"Yelah bro.Aku gerak dulu.Kau tolong tengok-tengokkan rumah aku.Lagipun aku bagi Mak Mah cuti sebulan."
Saif mengangguk lemah.Bergitu sukar hendak melepaskan rakannya itu.
Khalif melambai tangan kearah rakannya setelah keretanya mula bergerak perlahan keluar dari kawasan rumahnya. Dia menghidupkan radio agar pemanduannya ke Pulau Pinang tidak bosan.
...
Khalif membetulkan badannya setelah beberapa jam memandu.Dia kini sampai ke destinasi yang ingin ditujui.Dia menutup pintu kereta setelah dia benar-benar yakin rumah yang berdiri teguh dihadapannya itu peninggalan arwah neneknya.
Kakinya melangkah kearah pintu rumah tersebut.Belum sempat dia memberi salam,dia ditegur seseorang.
"Encik.."
Khalif menoleh kearah suara tersebut."Encik cari siapa ya?"
"Betul ke ini rumah Pak Chik Bakar?"
Belum sempat orang itu memberikan jawapan,tuan rumah tersebut telah terpancul dihadapan mereka.
"Along?"
"Pak Ngah Bakar?"
Mereka berdua berpelukan setelah masing-masing terkesima sebebtar tadi.
Pak ngah Bakar merupakan adik bongsu arwah ibunya.Setelah kematian ibunya,ayahnya juga melarang Khalif bertemu keluarga sebelah ibunya.Sehingga kini dia kurang pasti mengapa ayahnya melakukan hal sedemikian.
...
"Pak ngah sebenarnya terkejut juga bila kau tertiba ada depan rumah tadi.Rasa macam mimpi"
"Maaflah pak ngah.Along dah lama tak jejak kaki disini.Pak ngah tahulah papa,along sebenarnya sampai sekarang tak tahu kenapa papa tak izinkan along kesini"
"Sudah-sudahlah along.Hal dah bertahun berlalu.Yang penting sekarang kau dah ada depan mata kami.syukur sangat"Mak ngah yang tiba-tiba datang dari dapur menatang sedulang minuman.
Gelak tawa mereka tiga beranak tertiba berhenti apabila seseorang datang dari dapur membawa semangkuk bihun goreng.
Khalif hanya diam sambil memandang perbuatan gadis itu dihadapanya.
"Jemput makan mak teh,pak teh.Jemput makan encik"
Khalif hanya mengangguk.
"Kamu mesti terkejutkan along.Ini pak ngah kenalkan,ini Shifa.Anak saudara mak ngah.Dia ni praktikal cikgu kat sekolah hujung kampung ni.Itu yang dia tinggal dekat sini."
Khalif tersenyum memandang Shifa.
"Awak yang kat luar tadikan?"
Shifa mengangguk sambil tersenyum kembali kepada Khalif.
...
Khalif menghantar pandangan ke sawah padi dihadapan rumah Pak ngahnya sebelum Shifa menegurnya."Abang Khalif jauh termenung.Ingatkan seseorang ke?"
Khalif memandang Shifa sambil tergelak kecil.
"Shifa ni..mana ada abang teringatkan sesiapa.Abang saja tengok sawah tu.Tenang ja."
"Ya lah.Shifa percaya abang.Erm abang..abang tak bosan ke?jom Shifa bawak abang jalan pusing kampung ni.Lagipun abangkan dah lama tak balik sini."
"Bagus juga idea Shifa tu.Kita naik kereta abang ajelah."
"Ishh abang ni.Mana best naik kereta.Tak rasa angin petang.Kita naik basikal je."
"Naik basikal?" Khalif bertanya sambil berkerut dahi.
"Tu bawah rumah ada dua basikal.Shifa naik basikal Shifa.Abang pula pinjam basikal Pak teh."
...
"Woahhh!!!!! bestnya Shifa..angin kuat sangat." Khalif menjerit pada Shifa kerana Shifa jauh dihadapannya.
"Abang tengok tu.." Shifa menghala jarinya sekumpulan anak-anak kampung yang asyik memancing berdekatan sawah padi."
"Jom Shifa.Abang dah lama tak memancing."
"Eh tak nak lah.Kita mana bawa alatan pon.Nanti-nantilah."
Khalif mengangguk laju.
Tidak pernah dia berasa setenang ini selepas apa yang berlaku diKL.Hari ini dia dapat melupakan kasakitannya. sebentar.
Mereka berhenti seketika diatas jambatan setelah penat mengelilingi kampung.
"Bestkan kampung ni?"
"Yup.Hilang semua masalah abang di KL."
"Hahaahaha..sebab itulah Shifa suka duduk sini.Nyaman.Tak macam bandar.Tak macam KL.Sesak."
Sedang asyik mereka berdua bergelak tawa sambil berbual tiba-tiba,
"ARGHHHHHH!!!!!"
Shifa berhenti ketawa.Dia lalu memandang Khalif dengan pandangan aneh.
"Shifa dengar juga ke?"
Shifa mengangguk.
"Abang jom baliklah.lagipun dah lewat.Shifa takutlah."
Khalif mengangguk laju sebelum menolak basikalnya.
"ARGHHHHH!!!aku nak mati!!!"
Mereka tersentak apabila mendengar suara itu kembali.
"Abang tengok tu.." Shifa menunjukkan sesuatu kepada Khalif.

ANDA SEDANG MEMBACA
MENGHITUNG DETIK CINTA
RomanceMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...