MENGHITUNG DETIK CINTA 10

167 11 1
                                        

Khalif hanya terbaring lemah dikatil selepas solat subuh tadi.Matanya memandang noti Iphonenya.Kak Kalsom tidak dapat datang hari ini kerana ada hal penting.

Dia cuba untuk bangun perlahan-lahan kerana pagi ini dia perlu berjumpa Doktor Herman.

...

"Eh,aku ni awal sangat ke, hinggakan Kak Kalsom pon tak datang lagi?" Desis hati Mawar apabila dia sampai di hadapan rumah Khalif dan melihat kereta Kak Kalsom masih tiada seperti selalu.

"Assalamualaikum..." Mawar mengetuk pintu rumah Khalif beberapa kali.Setelah lama menunggu dan tiada sebarang jawapan,dia bercadang untuk menelefon lelaki tersebut.
Namun belum sempat dia menekan butang pemanggil,pintu rumah dibuka dari dalam.

"Awak siapkan sarapan ye.Kak Kalsom cuti hari ni."

"Oh" jawab Mawar pendek.
Dia malas untuk menanyakan lagi perihal Kak Kalsom kerana dia takut dibebel lagi oleh Khalif.
...
Setelah selesai dia menyiapkan sarapan untuk Khalif,dia terus memulakan pekerjaannya yang lain.

"Pranggg...."

Bunyi kaca jatuh mengejutkan Mawar yang sedang sibuk mengemas didapur. Dia bergegas ke bilik Khalif kerana dia yakin bunyi tersebut memang datang dari bilik itu.

"Ya allah Khalif!"

Mawar mendekati Khalif yang sedang mengerang kesakitan di tepi almari.

"Awak,tolong..sakit"

Suara Khalif kedengaran merintih.

"Awak jangan buat saya takut.Awak?"

Air mata Mawar mengalir deras apabila Khalif sudah tidak sedarkan diri lagi.

Mawar yang masih terkejut dengan perkara tersebut masih lagi duduk disisi Khalif.

...

Mawar hanya memerhati Khalif disebalik tirai berdekatan katil lelaki tersebut. Dari tadi Khalif tidak sedarkan diri.Doktor yang bertugas telah menasihatinya agar tidak menganggu Khalif.

"Adik,nanti kalau pesakit dah sedar cepat-cepat bagitahu kami ye"

Mawar mengangguk sambil tersenyum pada jururawat yang tetiba datang kepadanya.

Mawar beranikan dirinya duduk berdekatan Khalif.Dia menatap wajah Khalif lama.Wajah tidak seperti selalu.Pucat.Seolah-olah menyimpan seribu kesakitan.

Dalam pada Mawar menatap wajah tersebut,Khalif membuka matanya perlahan-lahan.

"Handsome sangat ke saya?"

"Ha?kenapa pulak?"

"Awak pandang saya macam nak terkam"

Mendengar ayat terakhir dari lelaki tersebut membuatkan Mawar tertunduk malu.memang salah dia memandang lelaki tersebut. Bagi mengelakkan dia bertentang mata lagi dengan Khalif,dia terus bangun dari tempatnya.

Tiba-tiba,Khalif terus menarik tangannya.

"Awak.." perlahan suara Khalif memanggil Mawar.

"Kenapa?"

"Nak pergi mana?saya melawak aje.Sorry okay?"

"Saya nak pergi jumpa nurse yang kat depan tu" Mawar mengarahkan jari tunjuknya kearah kaunter dihadapan wad tersebut."

"Buat apa?" Khalif menjongketkan keningnya.

"Tadi ada akak nurse tu pesan,kalau awak dah sedar,terus beritahu diorang."

"Ala..nanti-nantilah.Awak duduk dulu"

"Tak nak lah.nanti akak tu marahkan saya."

Mawar terus berjalan meninggalkan Khalif terbaring dikatil.

...

"Nasib baik hari ni aku off.Bila aku dapat call dari Doktor Herman,itu yang terus ke sini."

"Aku rasa selalu sangat susahkan kau Saif.Aku ingat bila aku dah datang sini,jauh dari semua orang,tak susahkan sesiapa."

"Ishh kau ni.Aku sikit tak rasa disusahkan oleh kau.Aku lagi suka bila berdekatan dengan kau."

"Ha?weh kau jangan buat aku seram.Kalau nak berdekatan aku baik kau balik KL.Tak sanggup aku nak layan nafsu sonsang kau."

"Hahahahaha..aku melawak aje.Kau ni sejak sakit sensitif dia lain macam."

"Dah lah.malas aku nak layan kau." Khalif memalingkan wajahnya kearah lain.

"Khalif,weh bro,aku ada benda nak cakap ni."

"Apa?"Khalif memalingkan kembali wajahnya kearah Saif apabila mendengar kata-kata rakannya seakan serius.

"Kau kena dapatkan penderma."

"Penderma apa lagi kau maksudkan lagi?kau pun tahu siapa yang layak jadi penderma."

"Tapi kau masih ada.." belum sempat Saif menghabiskan ayatnya,Mawar datang dari arah belakannya.

"Penderma?siapa penderma?"

Wajah Khalif bertukar cemas apabila Mawar menanyakan soalan tersebut.













Saya minta maaf sangat-sangat sebab lama tak update.Hidup sebagai student tak boleh lari dari segala macam kerja.Saya harap korang semua suka bab ni.

Jangan lupa vote dan komen tau.

MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang