Bab2.
Khalif meletakkan stetoskopnya di atas kaunter Wad Bunga Raya.Dia menghantar pandangan kearah pesakit yang bakal discharge sebentar lagi.Terserlah riak muka gembira pesakit tersebut selepas 3minggu berada dihospital.
"Doktor Aryan..ini file pesakit katil 12.Doktor Aryan.."
Khalif masih lagi termenung sebelum jururawat yang bernama Lisa menepuk meja kaunter tersebut.
Khalif tersentak sebelum memandang jururawat tersebut.
"Yes?"
"Doktor ni berangan teringat girlfriend ke?Sampaikan saya panggil pun tak dengar"
"Eh..mana ada.Asal awak cari saya?"
"Ini file pesakit katil 12.Kan tadi doktor minta."
"Oh.thanks."
...
Khalif mengacau kopi diatas meja sambil tersenyum kearah sekumpulan HO yang melambai kearahnya.
"Kami nak join doktor boleh tak?" Ujar salah seorang dari mereka apabila mendekati Khalif.
Khalif mengangguk tanda membenarkan mereka duduk bersamanya.
Keriuhan HO tidak diambil pusing oleh Khalif.Dia kini lebih suka termenung dan memerhati keadaan sekeliling kafe.
Iphonenya bergetar.Dia bingkas bangun setelah menjawab panggilan tersebut.
"I got to go now.Korang jangan nak berjimba kat sini pula.Naik atas siapakan apa yang I minta tadi." Kaki dia terus melangkah menuju ke pintu keluar kafe tersebut.
"Kenapa dengan Dr Aryan ha?lain la." Kata salah seorang HO yang memakai tag nama Azmil.
Rakanya yang lain hanya membuat reaksi tidak tahu.
...
Khalif menyandar kepalanya di dinding selepas dia melabuhkan punggungnya dikerusi tempat menunggu jabatan kecemasan.
Sudah dua hari dia tidak pulang kerumah memandangkan jadual oncallnya bergitu padat minggu ini.
Dia cuba untuk bangun setelah mendengar namanya di panggil.Namun,keadaan disekeliling tiba-tiba berputar.Dia cuba memaut pada kerusi tersebut,tetapi dia tidak dapat mengimbangi badannya.Khalif akhirnya jatuh terjelompok disudut kerusi.
"Doctor's down" jerit seorang MA tatkala melihat Khalif jatuh.
Tubuh Khalif dipapah oleh 2orang MA menuju ke ruang yang lebih selesa.
Dia masih tidak sedarkan diri.IV drip dipasang di tangan kanannya menitik sedikit demi sedikit.Suasana yang bising tadi kembali normal.Para jururawat dan doktor menyambung kembali tugas mereka.
Setelah hampir setengah jam berlalu,akhirnya Khalif tersedar setelah terdengar suara jeritan dan tangisan kanak-kanak. Dia menoleh ke kanan dimana suara tersebut muncul.
Dia cuba untuk bangun dari pembaringan tersebut namun ditegah seseorang.
"Lebih baik you rehat secukupnya.I tak nak you jatuh lagi." Dr Rajesh bersuara apabila mendekati Khalif.
"Sorry boss.My bad.Saya janji perkara macam ni tak akan berulang"
"It's okay Aryan.I tak salahkan you.You all semua manusia biasa.Cuma I harap benda ini tak jadi semasa kita rawat pesakit.I cuma nak you ingat nyawa pesakit lebih penting dari segalanya.Faham?"
"Faham boss." Lemah jawapan yang keluar dari mulut Khalif.
"Okay.I gerak dulu.You rehat secukupnya.Kerja you I dah serahkan pada Dr Izhar.Lagipun malam ni tak ada kes yang berat.I pergi dulu." Dr Rajesh mengatur langkah meninggalkan Khalif.
Khalif baru berkira-kira mahu melelapkan matanya sementara menunggu cecair yang mengalir ditangannya habis.Tiba-tiba seseorang berdehem kepadanya.
"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini ha?" Laju soalan yang terpancul dari mulut Khalif pabila melihat Saif tersenyum sumbing kearanhnya.
"Relax bro.Aku duduk pun belum kau dah serang aku."
Saif melabuhkan punggungnya disisi Khalif sebelum menarik nafas panjang.
"Hospital kita ni bukannya besar.Tadi masa aku buat round kat wad,ada staff nurse bagitahu aku.Itu yang aku turun bawah."
"Ohhhh..cepat jugak berita ni tersebar.Hahahahaha..kiranya aku famous malam ni?"
Saif menumbuk bahu Khalif.
"Perasan.Ermm..ini bro,aku cuma nak ingatkan kau yang appointment kau dengan specialist HPP tu next Wednesday.So, next Monday kita dah boleh gerak."
"Ha?" Khalif terkejut dengan berita yang baru diterima.
"Cuti aku belum approve lagi la bro" ujar Khalif lemah.
"Lagi lambat kau buat treatment lagi lambat lah kau...
Kau faham sedirilah"Khalif mengangguk tanda faham.
...
Khalif membetulkan tali lehernya dihadapan cermin.Semalaman dia diberi peluang untung berehat.
Pagi ini dia akan menghadiri seminar anjuran jabatan pembedahan didewan hospital.
Dia membetulkan rambutnya sebelum duduk dikatil untuk memakai stokin.
...
Dia bersandar di dinding koridor hospital selepas menerima panggilan dari Mak Mah.
Dia harus pulang awal memandangkan ibu tirinya ingin makan malam bersamanya.
Khalif tersenyum sendiri.Pasti ibu tirinya ada agenda tersendiri.
Flashback.
"Khalif,ini ibu perkenalkan Yana.Anak kawan ibu.Yana ni baru pulang dari US."
End of flashback.

YOU ARE READING
MENGHITUNG DETIK CINTA
RomanceMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...