MENGHITUNG DETIK CINTA 7

169 9 0
                                        

Bab 7.

Saif memandang rakannya yang masih tidak sedarkan diri. Kata-kata doktor tadi menambahkan kerisauannya.

Bagaimana dia harus memberi tahu semua ini pada Khalif.

Walaupun dia tahu bahawa rakannya itu boleh menerima kenyataan ini,namun jauh disudut hati Khalif pasti tidak kuat jua.

Flashback.

"Macam saya cakap tadi,sel kansernya semakin aktif.hampir keseluruhan tubuh badannya diserang.Kita kena cepat.Rawatan kimoterapi hanya boleh memperlambatkan sel-sel kansernya merebak."

"Saya tahu.Tapi keluarganya yang lain masih tidak tahu keadaannya bergini"

"Apa maksud Encik Saif?"

"Perihal penyakitnya ini hanya saya seorang sahaja yang tahu memandangkan saya doktornya sebelum ini.Dia tak nak sesiapa kasihankan dirinya"

"Encik Saif ni doktor?" Doktor Herman terkejut mendengar pengakuan dari Saif.

Saif hanya tersenyum dan mengangguk.

End of flashback.

Saif memandang semula kearah Khalif yang sudah sedarkan diri.

"Ada kurang sikit tak?"

Khalif mengangguk lemah.

"Tak pa lah.Kau rehat dulu.Aku keluar kejap.Kau nak pesan makanan ke?"

"Nope.aku nak rehat."

"Okay.aku gerak dulu."

Khalif menghantar Saif dengan pandangan mata.Setelah Saif hilang dari pandangannya,dia gagahkan dirinya untuk bersandar.

Air mata Khalif mengalir keluar dari tubir matanya.Dia sebenarnya sudah sedar dan mendengar segala perbualan Saif dan doktor Herman.

Penyakit sepertinya sukar mendapatkan penderma kerana selalunya penderma haruslah dari kalangan keluarganya.

"Aku kena terima hakikat." Desis hatinya.

Siapa dia mahu menolak takdir.Dia mungkin akan pergi tidak sampai setahun lagi.

...

"Kau betul kuat?aku malam ni dah nak gerak balik KL."

"Jangan risau.Kau baliklah. Kesian patients menunggu."

"Kau kalau ada apa-apa terus call aku atau Hospital."

"Yelah Doktor Saif Isqandar.Patik menurut perintah."

"Berpatik-patik pula ye Doktor Khalif."

Saif menumbuk bahunya.Sebelum menyambung kembali aktiviti mengemas bag Khalif.

"Kau nak aku hantar ke rumah pak ngah kau ke atau singgah mana-mana?"

"Rumah sewa aku."

Saif memandang wajah rakannya itu.

"Kau biar betul bro.Kalau iye pon biarkan diri kau betul-betul kuat."

"Aku dah kuat ni.Nak bergusti dengan kau pun boleh."

Khalif cuba mencuri tumpuan Saif.
...

Saif memperlahankan kenderaannya apabila Khalif tetiba menyuruh berbuat demikian.

Khalif menurunkan sedikit cermin dibahagian penumpang.Dia tersenyum.

"Mawar dari mana?berpayung bagai?"

Mawar yang terkejut melihat Khalif terus mendekati kereta hitam itu.

"Eh awak.Saya dari pekan.Cari kerja."

"Dalam keadaan panas macam ni awak ke pekan?"

Khalif menekan perkataan panas berulang kali pada Mawar.

"Iye awak.saya dah grad hampir 4 bulan.Satu kerja pun tak dapat lagi."

"Pasai kerja letak tepi dulu.jom Saya hantar awak balik."

"Eh ta payah lah.Rumah saya dah nak sampai.Susahkan awak je."

"Ala..bukan susahkan saya pon.Hari ni kita susahkan mamat ni." Khalif menampar bahu Saif.

Saif yang tadi hanya diam memandang perbualan Khalif dan gadis yang dikenali sebagai Mawar.

"Awek baru ke bro?" Saif terus melontarkan pertanyaan sebaik sahaja Mawar hilang dari pandangan mereka.

"Eh..mana ada.Kau ni sembang macam aku ada banyak pula awekkan.."

"La..betulkan apa yang aku kata.Habis tu Wida MO Paed bukan salah satu awek kaukan bro?"

"Sesedap ajinamoto kau aje kata Wida tu awek aku.Aku tak ada apalah dengan dia.Dia tu aje terhegih-hegih kejar aku"

"Kira kau nak kata kau ni hot eh?"

"Eh sudah semestinya." Khalif menjongketkan sedikit keningnya itu.

...

Rumah Encik Bakar riuh rendah apabila Khalif dan Saif pulang.

"Kamu makan dululah sebelum balik."

Puan Salmi mencelah perbualan suaminya bersama Saif.

"Eh tak sempat rasanya. Flight saya pukul 9malam.Kejap lagi dah nak kena gerak.Takut sesak pula."

Saif menerangkan semuanya.Dia tidak mahulah ibu saudara rakannya berkecil hati dengan menolak perlawaan tersebut.

"Baiklah dah kamu cakap bergitu.Pergilah kalau kamu nak rehat atau nak mandi.Buat macam rumah sendiri."

Saif mengangguk tanda faham.

MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang