Mawar menyanyi kecil sambil menyediakan sarapan sehingga tidak menyedari kehadiran Khalif dibelakangnya.Tangan yang dulunya sasa kini makin kurus memeluk pinggan isterinya sambil melentokkan kepalanya dibahu wanita itu.
Mawar yang terkejut dengan situasi tersebut menjerit kecil.Walaupun sudah seminggu mereka menjadi suami isteri,dia masih lagi berasa kekok.
"Sorry.Abang buat Fiqa terkejut."
"Eh..Fiqa okay.Dah la.Jom sarapan."
...
Mawar menuangkan segelas air suam sebelum menghantarnya kepada Khalif.Dia melabuhkan punggungnya dihadapan suaminya sambil mengemas bekas ubat-ubatan milik Khalif.
Khalif mengeluh panjang.Dia menghantar pandangan keluar rumah sebelum kembali memandang Mawar.
"Saif call tadi."
Mawar menghentikan aktiviti yang sedang dilakukan sebelum fokus pada perbualan Khalif.
"Dia cakap urusan pertukaran hospital abang dah berjaya.Dia dah tempah tiket flight.Lusa kita balik KL."
Mawar bangun dari tempatnya dan duduk disisi Khalif.Dia tersenyum.
"Fiqa ikut je kemana abang pergi.Fiqa cuma..." dia tidak mampu menghabiskan kata-katanya kerana terlalu sedih apabila teringat ayahnya keseorangan dikampung.Bukan dia tidak pernah berjauhan dengan ayahnya,4tahun dia belajar di Sarawak dan hanya pulang cuti perayaan dan cuti semester sahaja.Itupun dia hanya sekali menangis kerana terlalu rindukan ayahnya.Namun kali ni,dia merasakan bakal berjauhan dengan ayahnya buat selama-lamanya meski dia tahu Khalif tidak sesekali akan menjauhkan dia dan keluarganya.
"Fiqa cuma apa?Fiqa cuma risaukan ayahke?" Khalif seakan mengerti apa yang mahu Mawar sampaikan.
Mawar mengangguk dan menunduk wajahnya.Dia takut jika dia bersuara lagi,mungkin air matanya akan mengalir.
Khalif mengenggam erat jari jemari Mawar.Dia memandang tepat ke mata isterinya itu.Dia melemparkan senyuman sehingga terbentuk lesung pipi.
"Tentang ayah,Fiqa jangan risau.Kalau Fiqa rasa rindu pada ayah,kita balik sini."
Riak wajah Mawar berubah.Dia mengukir senyuman dan meminta kepastian dari Khalif tentang apa yang didengarinya sebentar tadi.
"Abang janji?"
"Ye.Selagi kudrat abang kuat,abang akan bawa Fiqa pulang jumpa ayah."
"Terima kasih abang."Mawar menarik tangan Khalif lalu disalaminya.
"Sama-sama"lelaki itu membalas dengan ciuman di dahi Mawar.
...
Khalif membelek iphonenya melihat jika Saif ada menghantar mesej whatsapp.Sudah 10 minit dia dan Mawar berada di lapangan terbang.
"Abang okay ke?"Mawar mendekatinya sambil menghulurkan botol mineral.
"Abang okay.Cuma rasa penat sikit."
Dari jauh kelihatan Saif berlari anak kearah mereka.Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan perbualan.
"Sorry sangat-sangat.Tetiba ada HO refer patient Doktor Musa kat aku.Itu yang sibuk sikit."
"Aku yang patut minta maaf kat kau.Pura-pura tak faham tugas doktor."
"Eh..ehh..tak payah nak buat drama kat sini.Jom.Aku tengok kau macam dah lemah semacam je.Sampai nanti aku periksa kau ye." Kata Saif sambil tangannya laju menarik luggage suami isteri tersebut.
Mawar hanya diam sepanjang berada didalam kereta Saif.Dia hanya menjadi pendengar cerita Khalif dan Saif.Kebanyakkan cerita yang keluar dari mulut Saif semuanya berkisar di hospital.Tentang pesakit yang enggan menerima rawatan,penyakit yang makin banyak dan pelik,staf dan doktor yang masing-masing mempunyai nilai ego tersendiri.Sehingga dia sendiri tidak menyedari bila dirinya tertidur.Apa yang dia sedari kereta Saif sedang memasuki taman perumahan mewah seperti rumah mertuanya.
...
Khalif dan Saif duduk bersandar di sofa milik Khalif.Mereka berborak kosong sebelum Mawar mendekati mereka berdua.
"Fiqa kedapur nak buat air,tapi tak ada apa-apa."
Khalif ketawa kecil.
"Memanglah.sebelum ke Penang,abang dah minta Mak Mah bersihkan semua."
"Mak Mah?" Mawar terkejut.Belum pernah dia mendengar nama tersebut.
"Mak Mah tu mak kitaorang."Saif menyampuk perbualan mereka selepas melihat Mawar seperti ingin tahu siapa sebenarnya Mak Mah.
"Yup.Mak Mah tu abang dah anggap macam mak abang sendiri.Dia dah kerja dengan keluarga abang sejak arwah ibu ada lagi.Lepas abang habis belajar,dia tinggal dengan abang.Tapi bila abang pindah ke Penang,abang cutikan dia sebulan sebelum meenghantarnya kembali kerumah ibu." Panjang perjelasan Khalif sehingga membuatkan Mawar ternganga.
"Tapi haritu masa kita kerumah ibu,Fiqa tak jumpa pun dia?"
"Ouh.masa tu Mak Mah balik kampung.ada hal katanya."
"Ooo..."Mawar kini faham apa yang dijelaskan oleh suaminya.
Saif hanya tersenyum melihat keletah Mawar.Dia hanya mampu menggeleng mendengar perjelasan rakan baiknya itu.Bergitu terperinci....
Mawar memasukkan kakinya kedalam kolam mandi diluar rumah Khalif.Dia memandang kelangit melihat bintang pada malam itu sebelum Khalif mendekatinya.
"Fiqa tak sejuk ke main air"
"Sejuk."jawab Mawar pendek.
"Jom masuk.Dah lewat ni.Nanti Fiqa tak sihat.Abang pula susah."
Mawar bangun mendekati Khalif.
"Kenapa abang pula susah?Dah Fiqa yang sakit,Fiqa lah susah."
"Yelah.abang susah sebab Fiqa yang sepatutnya jaga orang sakit macam abang,ini tak.Abang yang terpaksa jaga Fiqa."
Mawar mencubit pinggang suaminya.
"Sampai hati abang tak nak jaga Fiqa." Dia berlalu pergi meninggalkan Khalif keseorangan disitu.
Akhirnya Khalif mahu juga pulang ke KL semula.
Okaylah.Nak tidur.Sebab dah berjaya habiskan bab 17 ni.
Please vote and comment✌

ANDA SEDANG MEMBACA
MENGHITUNG DETIK CINTA
RomanceMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...