MENGHITUNG DETIK CINTA 18

195 7 0
                                        

Mawar memakirkan kereta ditempat yang disediakan.

"Abang tunggu kejap ye.Biar Fiqa masuk dan uruskan semua."

"Eh...tak perlu.Abang nak ikut sekali.lagipun Saif dah uruskan semua."

Mawar berubah wajah.Dia tidak menyangka bahawa rakan baik suaminya terlalu baik.

Khalif dan Mawar keluar dari kereta dan beriringan menuju ke pintu masuk hospital.

Mereka berdua menghampiri kaunter pendaftaran diklinik pesakit luar.Mawar melihat sekeliling klinik pesakit luar tersebut.Pesakit sudah pun memenuhi ruang tempat menunggu dan hanya menanti nombor dipanggil mengikut giliran.

"Eh?"  Salah Seorang jururawat terkejut melihat Khalif berdiri dihadapan mereka.Manakala Khalif hanya tersenyum

Surat ditangan Mawar bertukar tangan.Jururawat tersebut membaca isi surat yang kini berada ditangannya.

"Abang kenal ke nurse tu?"
Khalif tergelak kecil.

"Fiqa cemburu ke?"

"Eh..tak lah.Fiqa peliklah macam mana abang kenal dia"

Khalif memejamkan matanya.Nafas ditarik sebelum menjawab pertanyaan Mawar.

"Abang pernah ngorat dia dulu."

Mawar yang terkejut dengan kenyataan tersebut terus menampar lengan Khalif.

...

"Kau seorang je?" Kata Saif tatkala melihat Khalif menolak pintu biliknya.

"Taklah.Mawar ke toilet.Jap lagi dia masuklah."

Saif mengangguk.

Saif memeriksa keadaan Khalif.Setelah berbincang rawatan selanjutnya,kelibat Mawar baru muncul disebalik pintu bilik Saif.

"Kita akan pantau keadaan Khalif macam mana.Rawatan yang dia telah terima di Penang akan tetap dijalankan disini.Saya sudah beri tarikh pada Khalif.Tiga hari lagi kita akan mulakan rawatan tersebut."

Mawar mengangguk faham.

...
Khalif hanya memerhati Mawar dari jauh.Sejak keluar dari bilik Saif tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulutnya.Apa yang ditanya Khalif hanya diangguk ataupun digeleng.

Khalif mendekati Mawar yang sibuk memanaskan lauk didapur.Kepalanya dilentokkan keatas bahu isterinya.

"Suara tertinggal kat hospital?" Khalif memandang wajah isterinya.

"Pergilah duduk,rehat.Nanti penat bising itu ini."

Khalif menegakkan semula kepalanya.Kedua-dua tangannya memegang bahu Mawar sebelum mata mereka bertembung.

"Kenapa ni?abang ada buat salah ke?"

"Mana ada.dah lah.Fiqa sibuk ni.Abang rehat kat sana"

"Nope!abang akan ada depan Fiqa sampai Fiqa cakap apa masalah Fiqa.Okay now cakap"

Flashback.

Mawar masih lagi berada didalam tandas.belum sempat kaki dia ingin melangkah keluar,perbualan dua orang wanita menarik minatnya.

"Patutlah Dr Aryan ambil cuti berbulan-bulan.Rupanya dia sakit."

"Itulah.Terkejut juga.Yang paling aku terkejut tu dalam senyap dia kahwin.Tup-tup bawa isteri ke sini."

End of flashback.

Mawar memandang kosong kearah wajah Khalif.

"Cepatlah Fiqa.Abang nak tahu salah abang ni."

"Jom makan.malaslah Fiqa nak cakap hal ni."

Suasana dimeja makan hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu.Khalif malas bersuara takut rajuk isterinya makin menjadi.

...

Mawar menyerahkan segelas air suam pada Khalif.Dia kemudian mendaki anak tangga untuk kebilik.

"Mawar tunggu" Mawar yang terkejut mendegar Khalif memanggil nama depannya terus menoleh.

"Abang tak nak salah seorang dari kita tidur dengan bermasam muka."

Mawar mahu menyambung langkahnya semula namun ditahan oleh suara Khalif.

"Mari duduk sini dan kita bincang apa yang Fiqa marah sangat kat abang."

Mawar melangkah lemah menuju ke Khalif.

"Abang minta maaf kalau abang ada salah.Pasai nurse tadi abang gurau je.Tak pernah pun abang cuba nak ngorat dia."

Mawar hanya diam.

"Habis tu macam mana abang ngan nurse tu boleh kenal?" Mawar cuba memancing hal sebenar dari Khalif.Dia ingin dengar sendiri dari mulut suaminya siapa diri Khalif yang sebenar.

"Ooo nurse tu...jadi memang betullah Fiqa cemburu dengan nurse tu?"tempelak Khalif.

"Abang,Fiqa tanya macam mana abang boleh kenal nurse tu.Fiqa tak cemburu langsung tahu."

"Okay.okay.Abangkan kawan dengan Saif.So,diorang memang kenal abanglah."

Mawar terdiam lama.Dia memandang wajah Khalif.

"Sampai hati abang bohong Fiqa.Fiqa dah tahu Dr Aryan."

Khalif terkejut mendengar ayat terakhir dari mulut isterinya.Dia kemudian bangun dan duduk bersebelahan isterinya.Tangannya terus mencampai tangan Mawar.

"Maaf.abang bukan nak bohong atau nak sembunyikan apa-apa dari Fiqa.Abang cuma..."

"Cuma apa?abang malukan?seorang doktor kahwin dengan perempuan macam Fiqa ni."

"Fiqa tak faham..."

"Memang Fiqa tak faham.Fiqa tak faham kenapa abang sembunyikan dari Fiqa.Fiqa..."

"Fiqa tak tahu rasanya bila seorang doktor yang selalu merawat orang lain,tiba-tiba jatuh sakit.Jatuhnya ego abang bila terpaksa akur dengan penyakit ni.Abang malu nak akui dengan orang lain terutama sekali Fiqa yang abang doktor.Doktor yang tidak dapat merawat dirinya sendiri bila terkena penyakit ni."

"Abang..."

Khalif bangun dan terus mendaki anak tangga menuju kebilik mereka.

...

Mawar menolak pintu bilik air.Sejak tadi Khalif sudah terlena.Dia mendekati balkoni bilik mereka sebelum duduk dikerusi yang disediakan.

Malam itu bintang dilangit boleh dikira dengan jari.Angin malam bergitu lembut meniup.Dia menghela nafas dengan panjang apabila memikirkan kejadian tadi.Jika dia tidak berkeras mendesak Khalif,pasti suaminya tidak bergitu.Dia meraup wajahnya sebelum bangun menuju ke katil mereka.







































Hai Hai.

Maaf sangat-sangat sebabnya buat korang semua tertunggu-tunggu.

Mesti korang semua rindukan Khalif dan Mawarkan?Okeh nah bab baru untuk korang.

Jangan lupa vote dan komen tau.

P/S: So sekarang musim cuti semester,so berdoalah agar saya rajin mengUpdate bab baru ek.



MENGHITUNG DETIK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang