MENGHITUNG DETIK CINTA 11

158 7 0
                                    

"Pleaselah Khalif,Saif.Jangan simpan rahsia apa-apa dari saya.Saya tahu,sakit Khalif ni parah kalau tak,takkan sehingga perlu cari penderma."

"Mawar,awak duduk dulu."

"Tak..tak.saya tak akan duduk selagi korang tak cakap hal sebenar."

"Mawar..awak dah salah faham.Saya tak sakitlah.Cuma penat sikit."

"Enough Khalif.Tolong jangan berlakon dengan saya.Saya dah..."

Saif bangun terus menarik Mawar keluar dari tempat Khalif.

...

Mawar bersandar dikerusi selepas mendengar dari penjelasan dari Saif.Bagaimana dia mahu berdepan dengan Khalif.Dia tak sanggup nak menatap wajah lelaki tersebut.

Flashback.

"Khalif tak nak orang lain kasihan tengok dia."

End of flashback.

Dia mengangkat wajahnya apabila mendengar suara yang dikenali.

"Katil Khalif ada dihujung sana.Saif pun ada melawat Khalif."

"Kamu tak nak ikut sekali ke?"

"Tak kot Pak Bakar.Saya nak ambil angin kat sini.Lagi pun malas nak ganggu Khalif dengan Saif."

"Iyelah.Kami pergi dulu."

Mawar mengangguk.

...

"Saya tak fahamlah.Macam mana kita yang keluarga dia boleh tahu lambat.Lepas dua hari kat sini baru diorang cakap.Saya rasalah selagi kita tak sampai depan rumah along tadi,maybe diorang tak beritahu langsung."

"Dahlah tu Salmi.Along tu tak nak susahkan kita."

"Tapi Pak teh,kita ni keluarga dia.Mawar yang tak ada kena mengena boleh pula diorang beritahu dia."

"Sudahlah pak teh kata.Dengar dek Mawar,kecil hati dia pula."

"Biar didengarnya.baru puas hati saya." Puan Salmi membalas laju.

Apa yang mereka tidak sedari,Mawar memang berada tidak jauh dibelakang mereka dan dia mendengar semua perbualan tersebut.

Dia baru sedar,sikap acuh tak acuh mak ngah Khalif dan Shifa sebentar tadi rupanya hasil daripada ketidakpuas hati.

Dia berperang dengan diri sendiri.Patutkah dia menegur keluarga itu dan menceritakan segalanya.

"Pak Bakar..."

"Kau pun ada kat sini juga Mawar."

"Saya..saya..nak minta maaf.bukan saya tak nak beritahu Pak Bakar perihal Khalif,tapi..."

"tak palah Mawar.Kami kenal Khalif tu macam mana.Kami tak kesah langsung."

"Tahu pun kau nak minta maaf.Ingatkan..."

"Salmi!hal tadi sudahlah.Mawar,Pak Bakar minta diri dulu.waktu-waktu gini takutnya sesak kat jambatan tu nanti." Puan Salmi berubah wajahnya sebaik ditegur oleh suaminya.

"Iyelah Pak Bakar."

...

Khalif terpisat-pisat membuka mata setelah mendengar bunyi troli yang ditolak oleh beberapa orang jururawat pelatih.Dia melihat jam di iphonenya.Masih awal.Jarum belum lagi menginjak ke jam 7 pagi.

"Selamat pagi Encik." Seorang jururawat pelatih menyapa Khalif.

Khalif hanya tersenyum.Sebelum membalasnya kembali.

"Kami nak ambil tekanan darah encik"

Kali ini Khalif hanya mengangguk.

Fikiran dia tetiba melayang ke tempat kerjanya.Rindu rasa hati untuk berjumpa rakan sekerja dan pesakit,bertanya masalah yang dihadapi para pesakitnya sebelum memberikan rawatan.

"Awak.." Khalif tersedar dari lamunan dia apabila mendengar suara yang amat dikenalinya.

"Awal awak datang" suara Khalif hanya senada.Dia kembali pada pembaringannya semula.

Jururawat tadi telah pun pergi ke katil sebelah.

Mawar meletakkan bungkusan makanan di atas meja hadapan Khalif.

"Awak nak minum?"

"Saya tak dahaga."

"Tapi.."

Mawar ingin meneruskan kata-katanya namun apabila dia melihat Khalif bangun dari pembaringan,dia terpaksa batalkan niat tersebut.

"Saya boleh buat sendiri." Kata Khalif setelah Mawar mendekatinya apabila dia ingin berdiri.

Mawar kelu disisi Khalif.

Sikap dingin Khalif pada Mawar pada pagi itu terbawa-bawa sehingga waktu melawat.

...

"Malam ni biar Shifa teman abang."

"Baliklah Fa,abang boleh jaga diri.lagipun kita tak ada apa-apa ikatan."

"Abangkan bakal suami Shifa.Jadi tak salah Shifa temankan abang."

"What!" Suara Khalif nak seoktaf.sebahagian pesakit dan pelawat memandang kearah mereka.

"Siapa kata aku nak kahwin dengan kau?"

"Mak teh.Dia dah bincang dengan Mak Shifa.Katanya kalau abang kahwin,nanti adalah orang jagakan abang."kata Shifa manja.

"Nope.Selagi benda tu tak keluar dari mulut aku,aku tak setuju."

"Tapi abang...Shifa sayangkan abang.Shifa nak jadi isteri abang." Shifa cuba merayu.

"Kau pergi balik sebelum sakit aku bertambah parah.Pergi." Khalif menolak tubuh Shifa yang cuba duduk berdekatan disisinya.

Shifa bangun dan berlalu pergi sebelum dia bertembung dengan Mawar yang baru sampai.

"Kalau perempuan gila ni boleh pula nak tergedik-gedik dengan abang."

"Maaf apa awak kata?"

"Hey perempuan.." Shifa menunjai dahi Mawar. "Kau tak payah la tergedik-gedik nakkan Khalif.Dia bakal suami aku."

Mawar terdiam.Dia memandang Khalif yang terbaring sambil memejamkan matanya.

"Shifa,kalau kau nak buat kecoh kat sini,baik kau balik.aku nak rehat."

...

Selepas seminggu dia menerima rawatan dihospital,baru hari ini Khalif dibenarkan pulang.

Pak ngahnya seperti tahu apabila dia dibenarkan keluar.Elok sahaja dia berkira menunggu doktor pelatih menyiapkan dokumen sepatutnya,pak ngahnya sampai.

Oleh itu,dia terpaksa menurut kata pak ngahnya untuk balik berehat rumah orang tua itu.

MENGHITUNG DETIK CINTAWhere stories live. Discover now