Bab 8.
Khalif memasukkan bagasinya kedalam kereta.Kelihatan Mak ngah dan Pak ngahnya berdiri disebelah keretanya.
"Kamu ni betul ke nak pindah.Hari tu cakap nak duduk dengan Mak ngah.Ini tak sampai sebulan kamu dah balik."
Khalif menyalami tangan Pak ngahnya.
"Betul la mak ngah.Duduk disana mudah Along nak berulang-alik dari tempat kerja."
"Ya sudahlah kalau bergitu.Pak ngah tak boleh nak menghalang kamu.Nanti senang-senang jenguklah kami kat sini ye."
"Insyaallah.Nanti Along balik lagi.Along gerak dulu ye.Takut jem kat jambatan tu."
Khalif masuk kedalam kereta sebelum perlahan-lahan dia memandu keluar dari halaman rumah bapa saudaranya.
...
Secawan kopi dihirupnya sebelum dia melambai tangannya kearah seseorang."Awak dah lama sampai ke?"
Mawar bertanya sebelum dia menarik kerusi duduk dihadapan Khalif.
"Baru je."
Mereka berbual tanpa mengambil kesah keadaan sekeliling.
"Khalif.."
Khalif memandang lama wajah Mawar dihadapannya.
"Khalif!" Mawar yang tidak selesa pandangan dari Khalif terus menepuk meja mereka.
"Awak,saya dengar la..tak perlu nak menepuk tampar meja.Malu diorang pandang kita"
"Tahu pun malu.Back to topic,awak kata nak tolong saya cari kerja?"
"Oh ya.kejap saya ambilkan sesuatu."
Khalif bingkas bangun berjalan keluar dari restoran tersebut menuju ke keretanya.
Tidak kurang 10 minit Khalif kembali semula.Ditangannya terdapat sebuah fail.
"Sebelum saya menyerahkan kontrak ini,saya nak awak dengar dengan jelas.Dan semua apa yang saya akan katakan sebentar lagi hanyalah rahsia kita berdua.Faham."
Mawar mengangguk faham.
...Mawar berbaring diatas katilnya setelah pulang berjumpa Khalif.
Dia kemudian bangun mencapai fail didalam bagnya.
Kontrak itu dibaca semula.
Nampak memang mudah pekerjaan yang Khalif berikan tapi mengapa dia harus bekerja dirumah lelaki tersebut.Itulah persoalannya sekarang.
...
Mawar bergerak awal keluar dari rumah memandangkan hari ini hari pertamanya bekerja.
Alamat yang diberikan oleh Khalif dua hari lalu ditatapnya sekali lagi.
"Biar betul ini rumahnya." Desis hati Mawar.
"Itu nampak macam keretanya." Mawar bergumam sendirian.
"Adik ni Mawar ke?"
Mawar tersentak kebelakang tatkala mendengar suara seseorang.
Dia menoleh kesisinya.Seorang wanita lewat 30-an berbaju kurung tersenyum.
"Err..akak kenal saya?"
"Tuan Aryan cakap hari ini ada pekerja baru namanya Mawar."
"Tuan Aryan?" Mawar terkejut.Ini pertama kali dia mendengar nama Aryan.
"Tuan Aryan.Majikan kita."
"Majikan?"
Wanita tersebut tersenyum.
"Mungkin Mawar masih keliru.jom kita masuk dan berkenalan dengan Tuan Aryan."
Wanita itu berjalan dahulu meninggalkan Mawar yang masih terpingga-pingga.
...
Mawar memerhati keadaan sekeliling rumah.Rumah teres kos rendah.Ruang tamu yang bergitu kecil hanya terdapat sebuah sofa.Dia kemudiannya berjalan ke bahagian dapur pula.Otaknya mentafsir ruang dapur tersebut.Ruang yang hanya mampu menampung 2-3 orang dalam satu masa pasti menyulitkan jika ramai tetamu.
Lama dia berlegar dibahagian dapur sehingga suara seseorang berdehem diruang tamu tidak didengarinya.
"Tahulah rumah saya tak besar macam rumah awak"
Mawar terpana.Khalif kini berada dihadapannya.
"Jom saya kenalkan awak dengan Kak kalsom."
Mawar mengangguk.Dia kemudian mengikuti Khalif ke ruang tamu.
...
"Mawar awak kalau ada masalah cakap je pada saya.Kalau awak malu,dengan kak kalsom pon boleh."
"Baiklah Tuan."
Khalif tersengih.
Mawar menjongketkan keningnya seolah-olah bertanya.
"Nothing.Hahahaha"
..................
Tetiba kering idea pulak.
Tapi jangan lupa vote n comment.
Saya tunggu tau.
![](https://img.wattpad.com/cover/57449808-288-k223834.jpg)
YOU ARE READING
MENGHITUNG DETIK CINTA
Любовные романыMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...