01

29.9K 551 83
                                    


Tokk Tokk.

"Zara! Hang dak bangkit lagi ka? Matahari dah terpacak atas kepala tu. Bangkit! Pergi sekolah!"dengan pelat Kedah Puan Khadijah selaku ibu kepada Nur Zahara mengetuk pintu sambil berleter dihadapan bilik anaknya, membuatkan tidurnya  terganggu.

"Ei dok beletiaq ja keja. Yalah. Orang bangun! 5 minit bu." Zara meramas rambutnya. Boleh gila agaknya dia hari-hari dengar suara ibunya berleter. "orang dah bangun, lagi paksa. eih." Tubuhnya bangkit dengan mata yang masih tertutup.

"Zahara Mustapha! i count on three, Zara tak bangun ibu off wifi sampai bila-bila."

Ya baik.

Bantal peluknya dibaling ke dinding. "Ey dok bising sungguh." Jam loceng ditepi dikerling. 6:40. okay. Ha baiklah, aku dah lambat. Subuh gajah anak zirafah aku harini.

Kaki diturunkan menjejak lantai yang sejuk. Pergh sejak bila aku tinggal dekat kutub utara kutub selatan ni? Sejuk kemain.

Tanpa buang masa yang sudah tersedia membuang dengan sendirinya, tuala didalam almari dicapai. Ya baik, harini hari Isnin dan jadual Isnin aku dalam jamban agak sempoi dan slowly molly. Mandi lama bapak ekau.

Picit sabun.

Picit shampoo.

Picit ubat gigi buh atas berus gigi.

Cuci muka.

Ha apalagi apalagi? ha belum masuk sesi membuang bahan kumbahan yang terperuk sejak semalam.

Kelam kabut aku menyiapkan diri untuk ke sekolah. Aha tak ah, sempoi ja. Rileks, bak kata Fiqh, benda yang  dikejar takkan lari, kecuali awek jadi chill. Nasib baik uniform sekolah dah iron semalam. Buku pun dah dikemas rapi lagikan tertib dan toma'ninah. MashaaAllah makeluk mana ni rajin sangat.

Lepas siap semua, aku berlari anak menuju ke dapur. "Bu! Zara nak berangkat dah ni, pergi dulu ya?" Tangan ibu aku capai lalu dicium. "Ha. Ni hang taknak sarapan dulu ka?" Dahi anaknya dicium. "Um. Zara tapau dekat sekolah ja la. Pergi dulu ibu ya, doakan Zara tau. Harini pereksa!"

Aku berlari ke muka pintu seraya mengambil kasut sekolahnya diatas rak. "Hati-hati jalan Zara oi!" Ibu sekadar menggeleng melihat telatah anak daranya itu. Ya aku ah tu. Eh ke kau?

"Roger. Assalamualaikum!" Laungan diluar rumah dijawab perlahan dimulut ibu. Haih apa nak jadilah dengan anak bongsunya ini. Ibu berpaling apabila suara garau menyapanya dibelakang.

"Awal anak manja ibu bangkit." Mohd Fiqh, anak lelaki ibu itu lepasan universiti. Kerja? Peladang anggur paling terhormat dalam rumah ni. Haih–

"Hm. layan youtube lah tu semalam agaknya." Ibu mengambil tempat disisi Fiqh dimeja makan. Pinggan kosong yang telah licin di makan Aina dan suaminya diletak sekali.

"Ibu tu.. manjakan sangat budak tu, haih macam manalah nak jawab pereksa petang karang nuh. Pagi petang siang malam, youtube memanjang. Apa yang ditengok dalam tu tak tahulah tu. Bahaya tu bu. Cukup bahaya" Fiqh menggeleng sambil mulut membuat mimikan suara cicak.  Sekeping roti bakar dikunyah sambil menujah tujahan berisi santapan kesahihan dipagi hari.

4 | Kahwin PT3 ✔Where stories live. Discover now