28

2.8K 100 10
                                    

Ceni, bahagian ni dia masih ada POV, tapi dia campur- rania & zafri. Tapi kaurang mesti faham punya, yang mana tk faham sila pm tepi. Saya terangkan.

--

" Pasti ke dia balik masa ni? " Kerlingan dibalik cermin kereta kembali menghala ke depan. Tangan disilangkan ke dada, selesa.

" Nampak macam budak-budak keluar tanpa beg sekolah ni, mungkin ada kelas ke pula nanti? " Jari menekan butang untuk menurunkan cermin tingkap kereta di bahagian belakang.

" Mm.. Betul juga "

" Wah kau, aku tanya kau buat bodo. Kira tanya kau sembang pula! " Rania menjeling abangnya tajam. Ee! Kenapalah aku terfikir nak ikut dia ni! Dari tadi aku sembang, dia hanya 'hmm', angguk-angguk. Macam tak layan kewujudan aku dekat sini!

Rania membentak kasar dalam hati.

" Tunang dengan stranger, mana lagi layan? Tak payah banyak bunyi, kau yang gatal nak mengekor eh. Dahlah duduk depan! "

What! Dia panggil aku stranger? Apa punya mangkuk dia ni! Ee kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.

Tangan disilang ke belakang kepala sebelum tubuh menyandar di dada kerusi. Kepala dipusing ke belakang.

" Sayang okay duduk belakang? Rasa aircond tak? " Zafri membetulkan talaan aircond ke belakang tanpa menunggu jawapan Kira.

" Eh, Ya Allah. Tak pa-tak pa. Kena dah, dah sejuk saya dekat belakang ni. " Kira menggeleng ayu, dia hanya tersenyum simpul bila bertentang mata dengan Zafri.

Rania menggulingkan biji matanya ke atas. Mentanglah orang ada tunang, aku ni dia tak kalih pun. Ee sabar Rania sabar. Ingat tujuan kau bertepek dengan Zafri ni sampai ke sini! Sampai nak mencari ke sekolah budak Zahara tu. Kenapa tak jumpa depan-depan? Lagipun rumah yang budak tu duduk dekat KL ni pun, aku rasa Zafri kenal.

Tangannya mengambil begnya ditepi paha kiri. Beg dibuka dan spek mata diambil dan terus dipakai. Tanpa menunggu lama, pintu kereta disebelah pemandu dibuka. Laju Rania keluar dan menapak ke pintu pagar sekolah.

Zafri yang menyandar elok, menutup mata terus terbuka. Tak jadi terlelap. Keningnya bertaut bila matanya melihat susuk tubuh berjalan dihadapan keretanya.

" Rania! Rania! "

" Weh perempuan! Kau nak pergi mana! "

" Rania! Weh setan!! "

" Sayang, duduk depan. Saya keluar pergi dekat budak tu. Jangan buat apa-apa sebelum saya suruh. Faham? " Lagi, sebelum menunggu Kira membalas Zafri sudah keluar. Berlari laju ke arah Rania yang menapak tangkas ke arah pintu pagar.

" Rania! Sini kau! Kau ni-" Lengan Rania disambar pantas bila langkahnya dapat menyaingi kaki gadis itu, kaki Rania sudah berhenti, bila disentap tubuh Rania, gadis itu terhuyung ke belakang namun cepat saja lengan Zafri menahan.

" kau kenapa perempuan! " Aku dah lengah habis taknak bagi dia ikut, lagi mengada tunjuk muka kucing dekat Kira! Kira pula ee jenis lembut, sibuk aja melembut dengan aku suruh kasi si Rania ni sekaki. Ee dahlah duduk depan!

" Lepasla sengal, aku nak beli aiskrim je pun. Kau blah la, pergi dekat tunang kau tu." Suaranya kedengaran mendatar. Lengan yang dipegang kejap oleh Zafri direntap kasar oleh Rania. Zafri bercekak pinggang.

Ya Tuhan.

" Pakcik, keladi dua ya? " Suaranya sama, mendatar. Tapi lebih kepada bergetar. Zafri melangkah setapak ke hadapan gadis itu, merenung wajah yang tidak ada sekelumit kecacatan. Hidung Rania merah. Haila, cengeng la. Ni yang aku tak suka ni.

4 | Kahwin PT3 ✔Where stories live. Discover now