Allahuakhbar Allahuakhbar..
Suara azan berkumandang menyedarkan Zara yang terlelap diatas sofa. Dengan kaki yang berlunjur dia bangun duduk bersila. Mata masih terkatup, tiada daya untuk buka. Mengantuk.
Telefon Ninetology yang berada ditepi sofa dicapai. Tangan yang tidak sampai untuk mencapainya memaksa tubuh dibongkokkan lagi.
Mata masih lagi terkatup. Fikirannya high. Haih inilah kalau tidur, memang dah tak boleh kata apa. Kalah orang penagih dadah highnya-
4:35 p.m
Butang lock ditekan kembali setelah melihat jam yang tertera diskrin telefon. Matanya ditenyeh dengan jari telunjuk perlahan. Kuap ditahan dengan tangan kanan.
Azan sudah habis. Zara memaksa dirinya untuk mencelik. Celik luas. Tangannya ditadah ke dada membaca doa sesudah habis azan. Kemudian mukanya diraup bagi mengaminkan doa.
Zara meletakkan telefonnya disebelah sofa, meja belajar. Kakinya melangkah ke penyangkut tuala, kemudian dia mengatur langkah ke pintu untuk menguncinya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mandi 'malam' sekali dan mengambi wudhuk untuk menunaikan solat Asar.
Tidur waktu petang memang pergghh- bangun-bangun buat kepala sakit. Tapi fun! Best tidur petang. Hm tapi memalam berjaga. Itu yang selalu membuatkan ibunya membebel.
Setelah sudah membersihkan diri. Zara mencapai sehelai track suit dan sehelai baju t putih bercorak dan dipakainya. Tuala di baling ke atas katil selepas sudah mengeringkan rambut. Kaki melangkah ke arah meja belajar. Bungkusan kain sembahyang yang dilipat ke dalam sejadah diambil.
Sejadah dibentang menghadap kiblat. Zara memakai kain sembahyang berwarna biru terangnya dan terus menunaikan solat Asarnya.
Zara mengangkat takbir. Al-fatihah meniti dibibir dalam solatnya. Berikutnya, solat Zara diakhiri dengan salam. Tangan meraup muka sesudah menunaikan solat Asar.
Tangan diangkat separas dada, "bismilahirrahmanirrahim- Ya Allah ya tuhanku."
"Aku memohon ampun atas segala dosa-dosa ku Ya Allah- ampun segala dosa suamiku, ibu dan ayah ku, keluarga ku dan semua umat muslimin dan muslimat-" Zara tekun berdoa, menghiraukan bunyi mesej yang kedengaran didalam menjengah telefonnya.
Zara meletakkan semula lipatan sejadahnya diatas meja belajar. Telefonnya diambil, peti mesej dibuka sambil kaki berjalan ke arah meja solek. Sikat rambut dicapai, telefon dipegang ditangan kiri sambil tangan kanan menyikat rambut panjangnya.
Mama;
Mama otw ke rumah kamu. Kita keluar, mintak izin Adam dulu.Sikat diletak kembali. tangan pantas menaip diskrin telefon. Membalas mesej mentuanya, Nik Aisyah.
Reply;
Kita dua je ke? Nak ke mana?Sambil menunggu balasan dari mentuanya, Zara mengambil tuala yang sesedap mak nenek belah readers je baling lapuk atas katil. Tuala itu disangkut.
Pop!
Zara terus berlari ke arah meja soleknya.
Mama;
15 minutes!Zara mencebik. Mak borek anak rintik betul. Suka bagi time ciput macam ni. Telefon dibawa ke kepala katil. Plag charger dibuka. wayar usb disambung ke telefon. charging-
YOU ARE READING
4 | Kahwin PT3 ✔
Fanfiction25'Dec2015 13'May2019 Hidup sebagai seorang Zara yang berusia 15 tahun amat mencabar tatkala dia terpaksa meletak 'title' Mrs. di namanya. Mrs. Adam Nur Zahara, That is her new name before having a big examination in her life as a teenager. Macam...