"Baik-"
"Jaga diri-"
"Baik- ai ai chip"
"Jangan menggatal"
"Ha? Gatal ngan siapa?"
"Kau tinggal rumah mama, berapa orang laki ada?"
Aku menggaru kening. Siapa ah?
"Tiga-" aku tersengih bila ahli sorang tu entah bila bertambah. Hew.
" Siapa sorang lagi?" Adam berhenti menggulung bajunya. Aku juga. Aku mengangkat kepala memandangnya.
"Kira-" dia berjalan ke arah meja solek lepas pandang aku lama. Botol perfume diragutnya sebelum minyak rambut disambarnya juga.
"Ah bedak tak bawak ke weh, awak?" Aku memasukkan gulungan baju t-shirtnya ke dalam bagasi berwarna hitam. Kah! Aku yang suruh dia gulung pakaian dia, aku cakap save space. Memandangkan dia nak pindah sana 4 hari, hilang dari mata aku. Jadi aku suruh dia bawa baju banyak-banyak sebab dia suka mandi. Ah patutlah sakan shopping barang-barang dekat mall haritu. Adam nak gi hiking. Tapi bukan anjuran sekolah, dia join kelab luar mana entah.
"Kira aku cakap" dia duduk atas katil sambil melemparkan barang yang dia ragut atas meja solek tadi. "Kira apa? Baju? awak nak bawa baju kurang 50 kan tadi?" Aku bertanya, dengan bengapnya. Ha eleh.
"Aku belum tinggal kau lagi, dah lembap. Asal ni? Aku cakap kira siapa yang tiga lelaki tu-" Aku mencebik. Entahpapa, bila masa dia mention suruh kira yang 'tiga' tu? Belum hilang dari pandangan aku lagi dah tunjuk selekeh dia.
"Entah. Awak rasa?" Aku tersenyum tipis tanpa memandangnya. Tangan aku sibuk membuat lambang 'peace' dihadapan cermin meja solek bilik Adam. Eh comel juga aku ni.
"Akhmal papa then?"
Aku tersengih hingga menampakkan barisan gigi. "awak, kut?"
"Dalam hati kau, kan?" senyuman aku mati. ha alah- tak seronok ah gini, asyik ada soalan bocor ja.
"Nak saya chia-chia tak?"
"Boleh juga-" dia berkata sambil menundukkan badan menzip bagasi dia. Bawa satu beg ja, alah biasa. Lelaki kan?
"Ha aachi-"
"Then, jangan menggatal dengan Akhmal-" jari telunjuknya tepat dituju pada batang hidung aku.
Weh apa ni?
--
"Iya- datang ni " ha alah dia dah sampai bawah senang ah cakap. aku menarik bagasi aku turun dari tangga. Saya pun ada bagasi juga. Apa kata anda?
Sebelum itu, aku memasuki kubu dapur, beg roda tadi aku dah tolak dengan kaki hingga ke pintu rumah.
Gedegang!
Bunyi bagasi aku bertempur dengan pintu rumah kayu berbunyi. Jap kenapa lambat sangat sound dia ni?
"ZARA! CEPAT LAH" ha tu dah bunyi.
Mug yang sudah kosong aku teguk tadi diletak dalam sink, alah nanti-nanti ler basuh.
Aku melajukan langkah keluar dari dapur bila sudah check pintu dapur sudah dikunci dan dimangga dengan santunnya.
"Lambatlah-" aku menarik nafas dalam. Dia gesa aku ke dia tengah kritik sekarang ni? Alah nyampahnya kita. Aku mengerutkan dahi. "Datang ni-" suara aku bertukar keras.
Pintu rumah dikunci selepas mencapai sepasang flat shoes dan dipakai. Terus aku berlari anak ke porch sambil menarik beg roda ni.
YOU ARE READING
4 | Kahwin PT3 ✔
Fanfic25'Dec2015 13'May2019 Hidup sebagai seorang Zara yang berusia 15 tahun amat mencabar tatkala dia terpaksa meletak 'title' Mrs. di namanya. Mrs. Adam Nur Zahara, That is her new name before having a big examination in her life as a teenager. Macam...