(maafyangnirabak:)(ehsiyesahrabak.unedited)
Aku mengetap bibir geram. Sambil tangan lincah membelit shawl dengan pin tudung di bibir aku. Mata aku kerling ke arah telefon. Ada mesej masuk.
Iman;
Dah sampai text tau, kita tunggu awak! MUAHAHAHAAku menjulingkan mata ke atas. Pin aku ambil dan terus pacak tepi kepala. Kaki melangkah ke meja belajar, entah buku apa aku campak sahaja ke dalam beg sandang.
Telefon aku capai, membaca semula text-text yang Adam sempat hantar tadi. Ciah sakit hati ni. Dalam aku membebel suruh dia makan ubat tadi, sempat pula tangan dia gatal balas mesej-mesej Iman ni.
Reply;
Hihi okay, jom kita keluar?Terus pula Iman setuju, siap sampai dekat BR pula dah. Aku mengetap bibir. Ee geramnya, tak pernah-pernah aku rajin nak keluar rumah tetiba ajak orang pula? Siap mention pula 'saya peegi dengan Abang Adam handsome'
Aku menjulingkan mata ke atas. Dah lah ada typo, handsome pula katanya. Sejak bila pula aku bersaya-awak dengan Iman entah.
Takkan nak cancel pula kan? Iman pun dah ada dekat sana, lagipun tak pernah lagi keluar dengan Iman. Kah!
Kaki melangkah keluar. Belum masuk dua tiga langkah keluar bilik kaki aku tersepak sesuatu.
Sreeeettttt
Jauh kotak putih itu terdorong ke depan.
Dahi mengerut. Aku menunduk ambil kotak putih yang ada lambang epal separuh takda, kesan orang makan barangkali. Okay tak tipu ja.
Ni kotak iPhone. Aku membuka kotak itu tanpa ragu-ragu. Seketul(?) telefon pintar menghiasi pandangan aku.
Aku mendongak melihat bilik Adam. Pintu dia tertutup. Beg galas aku sangkut dibahu, sekeping kertas yang terselit ditepi telefon pintar itu aku ambil. Bibir aku terkemut-kemut menahan ketawa bila baca kertas tu.
Sorry pasal phone kau tadi :(
--
"Larat ke awak ni?" Soal Zara. Aku mengambil nafas dalam untuk menjawab soalannya. "Dah separuh jalan, kau baru tanya like what? Kau nampak aku macam mana?" Aku melihat Zara panjangkan tangan dia untuk sentuh dahi aku.
"Sini ler nak tengok demam lagi ke tidak" Zara geram bila aku melarikan muka. "Tengah drive ni kan? Jangan ganggu concentration aku boleh tak-" Aku mengerutkan dahi tanda marah.
Zara mencebik. "Ye lah- dah sihat walafiat. Alhamdulillah, nanti tak payah saya jaga awak lagi" Ayat dia dengar macam meleret. Aku pulak rasa lain macam.
"Dah tengok dalam kotak tu?" Aku bertanya bila masuk kawasan parking. "Haah- terima kasihlah. Nah-" kotak putih yang berlambang apple sekerat itu dihulur kepada aku lepas park kereta.
"Asal?" Aku mengerutkan dahi. Tapaham dia ni manusia ke apa? Orang bagi phone takkan tanak? "Bukan taknak, saya nak awak pegang dulu. Lepas PT3 saya ambil ah, mintak tolong pegang ni okay. " kotak putih sudah terletak diatas paha aku.
YOU ARE READING
4 | Kahwin PT3 ✔
Fanfiction25'Dec2015 13'May2019 Hidup sebagai seorang Zara yang berusia 15 tahun amat mencabar tatkala dia terpaksa meletak 'title' Mrs. di namanya. Mrs. Adam Nur Zahara, That is her new name before having a big examination in her life as a teenager. Macam...