Babak 30

3.9K 74 2
                                    

Aku dan Izz menunggu di salon. Ramai sangat orang. Aku mencapai surat khabar. Muka paling depan. Izz! Tengok ni! Aku  menunjukkan kepada Izz yang sebok dengan COC.

"Umpama Malaikat Dari Langit"

Ada gambar Faiz dengan result dia di hadapan sekolah. Gambar aku dan Izz yang ada dalam kereta, tingkap terbuka masa tu.

"Kuala Lumpur - Miskin itu bukan penghalang untuk berjaya . Faiz Haikal bin Razali, pelajar dari SMK Seri Sentosa mencapai 8A 1B dalam SPM. Kami  tidak sempat menemukan pelajar cemerlang yang lain kerana kami lewat sampai ke Sekolah ini. Hanya Faiz yang  tinggal bersama rakannya, termasuk juga Iskandar Zulkarnaen, Anak Dato Harith dan Putra Muazrill, anak Dato Shamsul Azhar yang tidak kurang keputusannya.

Bagaimanakah kejayaan anda tercapai?

"Kejayaan saya berkat daripada Usaha saya, Doa Ibu bapa, guru dan kawan-2 saya serta dorongan mereka.

Kejayaan saya yang saya kecapi sekarang mungkin tidak akan tercapai tanpa bantuan kawan saya, Iskandar Zulkarnain bin Dato' Muhammad Harith."

Bagaimana beliau membantu anda?

"Sebagai seorang pelajar miskin, hidup di hempap pelbagai masalah. Ayah sakit. Mak yang menyara kami 4 adik beradik dengan menjual nasi lemak.Makan ala kadar. Kadang ikat perut. Yuran tak mampu bayar. Biasiswa juga duit saya gunakan untuk membantu Mak saya. Kadang tu agak terguris hati bila kawan-kawan memberikan pelbagai tomahan. Mereka tak alami keadaan saya. Mereka cakap sesedap mulut.

Saya mula jatuh. Saya mula pasrah. Saya rasa saya nak berhenti sekolah!

Tapi... Hidup saya mula berubah bila Iskandar selalu menyokong saya. Suatu hari tu... waktu rehat,saya berseorang di perpustakaan. Kawan saya semua ke kantin. Tatkala sedih menanggung pilu, Iskandar dan kawan-2 dia datang. Memang terasa bawah tapak kaki taraf saya. Dia memandang saya. Dia hampiri saya dan tinggalkan kawan-2 dia. Izz tanya masalah sayaa. Saya tak menjawab..

Daripada haritu, Dia selalu jumpa saya .. Bagi duit , bagi makanan..Dan yang paling saya terharu, dia bayarkan kos perubatan ayah saya. Saya benar-2 malu dengan Anak Dato'. Saya sangka anak Dato' sombong. Tapi ternyata saya salah, Iskandar lain, dari sudut pandangan,dia seorang yang agak lagak. Tapi bila bicara, dialah yang paling ramah. Dia mendorong saya untuk berjaya. Setiap kali keputusan saya bagus, dia mesti bagi hadiah.

Iskandar Zulkarnaen, Dia Umpama MALAIKAT dari langit daripada Tuhan untuk membantu saya."

-----

Izz tergelak. "Haha!!! Malaikat mende! Iblis adalah!! Malaikat dia kata. Apelah si Faiz ni! petang ni siap kau aku datang rumah kau. Nahlah. Taknak aku baca dah!!" kata Izz meyerahkan surat khabar pada aku masih sengih.

"Malaikat.Hehe" aku tak cakap banyak.

Izz berbisik "Iloveu.Dont leave me"

"Kau ni malu la. Orang tengok!" marah aku.

Izz menjelirkan lidah.

BrotherRomanceWhere stories live. Discover now