Sekolah pun dah bermula.Sekrang dah Form 5. Yes SPM. Aku masih ambik course yang sama.
Aku dengan Iskandar bergaduh..Kesan lebam di mata tak sembuh lagi.Orang tanya kenapa. Aku jawab kena rompak. Ada juga buat gosip murahan, aku berjaya lepaskan diri daripada di liwat. Babi budak sekolah aku nI.Baru 1st day sekolah, awal pagi pulak tu.
---Flashback____
Petang tu aku singgah rumah Datin Rossa, selepas 4hari diorang balik dari lego land.
Aku naik ke biliknya. Aku ketuk pintu.
"Izz,..izz" panggil aku.
Izz tak menyahut.
"Izz...Bukaklah.Tidur ke?"
Izz bukak pintu,lalu dibuka pintu bilik meragut tangan aku.
"Kau nak apa datang sini?" tanya Izz bermuka bengis
"AI..Datang pun tak boleh? Nak jumpa kau lah" kata aku yang tak tahu menahu apa-2.
Pang!!! Satu hadiah lempangan untuk aku.Aku memegang pipi aku.
"Izz!!"
"Sampai hati kau kan tikam belakang aku?!!" kata Izz lalu menerajang aku ke katil.
"Izz! Kenapa ni??!" tanya aku. Izz mengambil telefonnya lalu menunjukkan gambar aku dan Afrina.Berpegang tangan.
"Ni apa bangang!!!" kata Izz lalu menghempas iphonenya ke lantai.Berkecai.
Po! Perut aku ditumbuk.
"Izz!" aku cuba melawan.Tapi aku tak kuat. Izz tinggi kudratnya membelasah aku.
"Kenapa kau khianat adik kau sendiri ! Kau memang binatang! Depan-2 pijak semut pun tak mampos! Belakang-2 kau tikam aku!! Kau bukan tak tahu anak doktor Kamarul tu Ex aku wei! Kau bukan tak tahu aku cinta kan dia! kau jumpa dia mesti buruk-2kan aku." kata Iskandar menolak kepala aku ke dinding."
Akhirnya penderitaan aku berakhir bila Mama Rossa balik dari SPA.
"Izz! Muaz! Apa ni! Sudah-2" Mama Rossa memeluk Izz yang tak sudah mahu membelasah aku.
Julia pun menolong aku. "Izz! Kenapa ni!"
"Selama ni aku berlembut dengan kau ! Aku hormat kau sebagai abang aku! Tapi ni balasan kau untuk aku! Aku dah anggap kau abang aku! Aku mula sayang kau! Tapi kau khianat aku! Start hari ni, kau jangan jejak rumah aku lagi! Start harini! Aku tak mengaku kau abang aku!" kata Izz. Air matanya nampak meleleh perlahan.
"Baru kau kenal Siapa Anak Dato' Harith!" katanya mendepankan dadanya lalu ditumbuk guna tangan lambang kegagahan.
Aku jangan cakaplah.Berjurai. "Dah jom,akak hantar balik" kak Julia mengangkat aku.
----------
Aku balik ke rumah selepas pulang dari hospital.Mummy aku nampak muka aku berlebam,Hidung berdarah. "Muaz! Kenapa ni!!"
"Tak m..Tadi kena rompak,kak julia jumpa Muaz" berang aku.Aku taknak Mummy aku serang Mama Rossa.
"Mummy,tak Mummy,Muaz tipu! Izz belasah!" terang Julia.
"What! Tapi kenapa!!" tanya Mummy.
"Salah faham Ma.Haritu, Kan Julia and family pergi legoland. And haritu juga Muaz pergi library ,terserempak dengan anak doktor Kamarul,and She is ex Iskandar.Tah siapa snap gambar.Afrina yang pegang tangan Muaz mintak Couple.Muaz dah tolak Ma,sebab I tahu Iskandar sayang Afrina" jelas aku.
Mummy diam.Julia pun diam.
"Mummy,Apa kata kita bawa Afrina ke rumah Mama.Biar Izz tahu.Izz tu memang keras kepala" Terang Julia.
"Tak payah.Nanti Muaz settle kan sendiri.Mummy pun jangan masuk campur. Ni hal budak-2.Mummy jangan pandang serong dgn Mama Rossa.I know what I do.Please ma.Taknak korang gaduh.Ni hal budak-2" kata aku .Aku kenal sangat dengan Mummy aku.Tak puas hati terus direct.
"Okay.Kak Julia balik dulu."
"Okay kak.Cakap kat Izz,Muaz kirim salam sayang dekat dia"
"Anak mummy ni lembut hati sangat." kata Mummy setelah Julia berlalu.
"Kerana aku...Anak Datin Rozanna.Mummy borek Anak Rintik" kata Aku memberi senyum kepada Mummy.
----------
Sedang sebok aku menyiapkan baki nota sejarah bersama member-2 aku.Diorang pun dapat agak mata aku lebam pasal gaduh dengan Izz.Yelah,Izz tak rapat dengan aku,memanglah diorang sedar.
Cikgu Nadia,guru kelas masuk ke kelas, ada pelajar baru di pintu.
"Okay semua duduk,cikgu just nak announcement Kelas kita ada pelajar baru ya.Afrina,masuk"
Aku terkejut.Tercengang.
"Hi.My name is Afrina Syahirah binti Kamarul,I'm from Kajang,Selangor.And....Muaz know who I am" kata Afrina memperkenalkan diri.Semua budak kelas pandang aku. Berbisik-2.
Azri,member sebelah meja tanya aku, "Siapa tu? Awek ko? Pergh..Boleh tahan!"
"Banyaklah kau!"
"Dia tu anak Doktor Kamarul,dia yang rawat Mama Tiri aku,Mama Iskandar" kata aku kuat-2.
Penat layan kerenah diorang ni
----------
Masa rehat,aku duduk dengan member2 aku.Member yang jenis pendengar setia,dan bukan kaki gosip.Sekarang ni laki perempuan kuat gosip.
Afrina datang selamba duduk depan aku.Aku perasan Izz yang lalu menjeling tajam ke arah aku.
"Muaz! Kenapa mata tu? Kena rompak?"
"Sebenarnya Afrina,Izz dapat tahu kita terjumpa kat Library.Sebab ada orang yang tangkap gambar kita.Dia ingat kita memang rancang nak jumpa.Dia ingat saya tikam belakang dia" terang aku.
"Huh? Okay.I tak sangka.But,kenapa dia belasah you?"
"Sebab dia taknak aku rampas kau dari dia! Jangan kacau aku lagi Afrina.Aku sayangkan Izz!" kata aku kuat-2 lalu bangun dari situ.Semua pandang aku. Ada yang berbisik-bisik.Aku harap Izz dengar apa yang aku cakap tadi.
"Izz dengan Muaz songsanglah! Gaduh sebab Afrina" tu gosip paling bangang.
Tak sampai 1 Jam, cerita aku gaduh dengan Izz tersebar.Pasal Gosip tadi dah hilang. Gaduh sebab Afrina Syahirah.Memang cepat dapat perhatian. Huh.

ANDA SEDANG MEMBACA
BrotherRomance
Teen FictionPerkenalam aku dan dia bukan sekadar saudara tapi menjadi pasangan kekasih yang mencintai satu sama lain. Pada mulanya hanya menganggapnya tidak lebih daripada seorang adik tiri, Tapi... Kejadian satu malam telah mengubah identiti diri. Ya! Aku me...