"Rin oo rin bangunlah!! Anak dara apa bangun lambat ni" lupa harini hari Sabtu. Dahlia tak kerja. Patutla ada orang memekak suruh aku bangun.
"Aku tidur lambat la semalam" Semalam tetiba ada cerita Shah Rukh Khan tu yang layan habis. Feeling bebenor.
"Kau tak habis-habis dengan SRK kau tu. Kalau bukan SRK, Lee Min Ho" Dahlia menggeleng kepala. Kenal sangat si Rin ni. Hantu hindustan dengan korea. Sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok cerita tu. Kalau aku lah, haih takde masa.
"Memekak la kau ni" Rin mengalah. Akhirnya dia bangun.
"Dah pergi mandi pastu siap. Aku nak ajak kau keluar." Kata Dahlia sambil menutup hidungnya. Rin tak busuk pon. Saja je nak action.
"Yelah" Rin mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Dahlia kalau dah ajak berjalan mesti berkepuk duit dia tu.
•••
Dahlia memandu kereta menuju ke Mid Valley. Yeay gaji pun dah masuk, apalagi? Shopping la!
Puas mereka memusing satu Mid Valley akhirnya mereka pergi ke Kenny Rogers untuk mengisi perut.
"Rin, kau tahu kan aku dah tunang"
"Ye aku tahu. So?"
"Tak lama lagi aku nak kahwin dah"
"Kau nak halau aku keluar la ni" Rin membuat muka tak puas hati. Sebenarnya Rin teramat sangat hutang budi dengan Dahlia. Yelah Rin mana kerja. Dahlia yang bayar semua. Dahlia banyak kali suruh Rin cari kerja. Tapi Rin selalu dengan ayat "nantilah"
"Bukan aku nak halau kau. Kau boleh duduk dekat situ sebab aku akan ikut balik rumah Farhan. Cuma kau carilah kerja sebab nanti aku bukannya selalu ada dengan kau pon" Dahlia sebenarnya pelik dengan sikap Rin. Banyak kali suruh cari kerja, tapi tak cari pon. Rin ni berlulusan tinggi mesti ramai punyalah nak dia. Tak pon kerja la dengan abang dia.
"Nantilah" Rin menjawab sepatah.
"Kau kerja la dengan abang kau" Dahlia memujuk Rin.
"Tak, Tak akan dan tak pernah terjadi!" Rin, Rin masih dengan ego kau. Kalaulah kau tahu apa yang terjadi sebenarnya....
•••
"Zaril turun" Puan Sri Wahidah menjerit sedikit supaya anak terunanya tu dengar.
Zaril mendengar bondanya panggil. Dia segera memakai t-shirt dan turun ke bawah. Ni mesti ada benda ni.
Zaril mengambil tempat sebelah kakaknya Zara. Bila masa pulak lah minah ni balik?
"Dah lama tak jumpa adik akak yang gendut ni" Gendut? Hello i'm handsome ok!
Zaril menghiraukan kata-kata Zara. Ada je ayat nak sakitkan hatinya. Tapi bila Zara takde rindu. Yelah takde siapa nak bertekak dengannya. Sekarang Zara sudah berumah tangga memang jaranglah balik rumah.
"Zaril, Ayahanda nak kamu cari PA" Tan Sri Yusri memandang tajam anaknya. Kerja Zaril memang bagus. Cuma kelam kabut. Dah 3 tahun Zaril tiada PA kerana ramai yang berhenti kerja disebabkan tidak tahan dengan perangai panas baran Zaril.
"Ala ayahanda. Zaril takde PA pon, Zaril selalu siap kerja kan"
"Memanglah. Tapi kamu nak kena uruskan semua. Kamu jadi kelam kabut tahu tak" keras Tan Sri Yusri. Zaril ni ada je nak bantah.
"Kalau kamu tak dapat cari dalam minggu ni, Ayahanda akan kahwin kan kamu dengan tipah"
Whattt?! Sally! No way! Never! Tolonglah tak hingin aku mulut tempayan tu. Dah la pakai tak cukup kain. Ergh memang tak ah nak jadi bini aku!
"Yelah. Nanti Zaril cari" Zaril akhirnya mengalah. Tan Sri Yusri tersenyum puas. Tahu takut. HAHAHA!
Zaril mendail nombor Dahlia..
•••
"Ah penatnya" mana tak penat lepas makan tawaf lagi Mid Valley. Boros betul. Orang kalau dah masuk gaji simpanlah duit. Ini tidak shopping je tahu.
"Siapa pulak call malam malam ni" Dahlia mencapai handphonenya. Terkejut beruk dia bila Zaril call.
"Assalammualaikum boss"
"Waalaikummussalam, Dahlia sorry ganggu. Saya nak awak tolong hebahkan tentang saya mencari PA. Saya nak interview diorang isnin ni jugak"
Tak minta tolong dah cakap. Haih sabar Dahlia. Daripada kau kena sound dengan singa buas ni baik kau ikut je arahan dia.
"Ok boss"
Zaril terus menamatkan panggilan. Minta tolong tapi tak reti nak cakap terima kasih. Sombong punya singa buas. Dahlia geram. Nasib baiklah kau tu boss kalah tak dah lama aku ajar kau adab.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...