9 bulan kemudian...
Perut aku makin memboyot menandakan aku tak lama lagi bakal menjadi seorang ibu. Zaril happy memanjang.
Semenjak aku pregnant ni, Zaril balik awal. Pukul 5 sharp dah ada dekat rumah. Dia yang masak, dia yang kemas rumah. Sekarang dia masak, tak pedas lagi. Sedap gila!
Aku masa pregnant tak banyak mengidam. Entah kenapa, aku pon tak tahu. Aku hilang selera makan. Tapi kalau Zaril masak selera aku naik. Nampak tak yang aku gedik?
•••
"Kenapa dari tadi sayang senyum" Zaril tidak kerja. Sekarang aku berada di hospital. Tunggu masa nak bersalin.
"Lawakkan. Saya tak sangka saya akan kahwin dengan manusia yang saya selalu menyumpah dia" Zaril ketawa. Geli hati mendengar ayat Rin.
"So awak selalu menyumpah saya lah?"
"Yes, first day saya jumpa awak. Saya dah menyumpah awak, sebab awak kerek" Zaril ketawa lagi. Memang betul. Dulu dia kerek gila. Tapi sekarang dah jadi sotong.
"Dan saya tak sangka, itik potpet ni jadi isteri saya"
"Maksud awak?"
"Awak ingat awak sorang je menyumpah?" Zaril menaikkan kening. Aduh geli hati bila throwback ni.
"Awak pon menyumpah saya?"
"Yes, first day saya jumpa awak. Awak dah nasihatkan saya. Macam awak tak tahu yang saya ni boss awak. Awak lagi kerek" ketawa besar tercetus. Okay okay. Dua-dua kerek.
"Awak, awak rasa anak ni lelaki ke perempuan?" Semenjak pregnant ni, bila ada appointment dengan doctor, doctor tak bagitahu kami dapat anak jantina apa. Dia kata tunggu bila dah bersalin nanti.
"Saya nak lelaki"
"Kalau lelaki, saya taknak dia suka angkat bakul sendiri, gedik, annoying, singa macam daddy dia" Zaril ketawa. Okey okey mengutuk saya kan.
"Kalau perempuan, saya taknak dia suka membebel potpet sepanjang masa tak berhenti henti. Pastu tak nak dia suka menyumpah nyumpah. Ha lagi taknak yang suka tarik muka macam mummy dia." Amik kau! Kutuk orang lagi kan.
"Eleh" Rin menjeling menyampah. Tahpape je si Zaril ni.
Keadaan menjadi senyap.
"Awak sakit" Rin tersenyum menahan sakit. Dia tidak mahu melihat Zaril melihat dirinya kesakitan. Zaril memberi kata kata semangat pada Rin.
"Awak janji dengan saya, awak akan teruskan hidup eh. Thankyou for everything. I love you singa buas" Kata kata terakhir Rin sebelum dia masuk ke bilik operation.
•••
Doctor keluar dari bilik pembedahan dan membawa satu beg plastik.
"Tahniah encik dapat anak perempuan" Zaril sujud syukur apabila doktor berkata begitu. Yeay aku jadi daddy!
"Dukacita saya maklumkan, kami hanya dapat menyelamatkan kandungan. Maaf. Kami tidak dapat menyelamat Puan Erin." Gelap. Dunia kini gelap.
"Doktor main main kan?" Zaril seolah olah tidak percaya. Dia menganggap doktor itu berkomplot dengan Rin untuk mengenakannya.
"No. I'm serious. Puan Rin telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi" Zaril terduduk apabila doktor berkata begitu. Erin...kenapa awak tinggalkan saya.
"Dalam beg plastik ni ada surat untuk semua ahli keluarga. Puan Rin telah amanah kan saya untuk memberi surat ini" Zaril mengambil surat yang tertera namanya. Perlahan lahan dia membuka surat itu dan membaca isi kandungannya.
*buka lagu diatas*
Dear my singa buas ❤
Assalammualaikum suami. Mungkin saat awak baca surat ni, saya tiada di dunia lagi. Saya pergi menemui pencipta. Saya nak awak tahu. Saya tak pernah tinggalkan awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak, terima kasih melengkapkan hidup saya. Terima kasih sudi gembirakan saya. Terima kasih diatas semua yang awak berikan pada saya. Hanya Allah je dapat membalas jasa awak. Awak, halalkan makan minum saya. Maafkan dosa yang pernah saya buat dekat awak dari hujung rambut sambai hujung kaki. Awak, kalau kita dapat anak perempuan awak bagi nama Tiara Eril eh. Kalau lelaki awak bagi nama Taufiq Eril. Eril tu nama yang saya cipta dari gabungan nama kita berdua. Sweet kan saya. Awak, saya insan yang bertuah. Saya ada singa buas dalam hidup saya. Singa buas yang jadi kucing parsi. Hehe. Awak terima kasih sudi jadi tempat untuk saya lompat bila saya tengok cerita hantu. Terima kasih sudi menadah telinga 24/7 untuk mendengar saya membebel dan menyumpah. Saya gembira sangat sebab saya jadi itik potpet awak. Awak, janji dengan saya awak akan teruskan hidup walaupun saya tiada disisi awak. Awak jagalah anak kita. Saya izinkan awak berkahwin lain sekiranya awak perlu. Okey last. Saya sayang awak singa buas. Sayang sangat sangat sangat sangat. I love you!Air mata Zaril menitis. Ya allah...kuatkan aku untuk terus hidup ya allah...
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Ficção AdolescenteZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...