Part Thirty Three

21.7K 647 9
                                    

Setahun kemudian....

Tak sangka dah 1 tahun aku duduk dekat bora bora. Bora bora nilah tempat aku cari balik siapa diri aku. Kat sini jugaklah aku tenangkan diri aku.

Cakap pasal bora bora, teringat pulak moment aku dengan Zaril. Haih Rin tak yah ingat Zaril lagi. Macam mana lah keadaan dia sekarang kan....

Aku tahu bukan salah Zaril. Tapi entahlah. Aku tak bersedia nak kembali balik padanya lagi. Memori dulu selalu menerjah otak aku.

Dah setahun aku tinggalkan Zaril. Jahat jugak aku ni kan, biarkan laki macam tu je. Tapi kalau korang kat tempat aku, korang akan rasa apa yang aku rasa. Sakitnya tu disini di dalam hatiku.

•••

"Auch" nasib baik coffee ni suam. Kalau panas, aku rasa melecur badan aku. Siapa pulak yang langgar aku ni? Buta ke apa?

Aku mengankat muka untuk melihat siapa yang melanggar aku tadi. Diam. Orang yang melanggar aku tadi pon diam. Mungkin terkejut.

"So setahun awak hilang, awak ada kat sini?"

"Awak buat apa kat sini?" Rindu dengan singa buas.

"Bonda and ayahanda annivesary harini. Diorang nak honeymoon kat sini. Saya pon ingat honeymoon dengan isteri saya memandangkan saya dah janji dengan dia nak bawak dia pergi sini. Malangnya dia hilang" Zaril mengeluh. Agak kecewa juga bila dia tahu yang Rin dah tahu perkara sebenar tapi masih tidak balik ke pangkuannya.

Diam. Sebak. Bersalah. Semua perasaan itu menyambar diri Rin.

"Memandangkan awak ada kat sini, jom jumpa bonda. Dia dah lama nak jumpa awak" Zarik dengan selamba derk tarik tangan Rin.

Rin hanya menuruti langkah Zaril. Tidak terbit di hatinya untuk melawan Zaril. Bonda terkejut melihat Rin. Menangis bonda melihat Rin. Dia terlalu rindukan Rin. Rin memujuk bonda. Bersalah jugak sebab pergi macam ni.

"See ramai sayang awak kan? Saya pon sayang awak..." Zaril mengenggam tangan Rin. Erat. Dia tidak mahu kehilangan Rin buat kali kedua.

Diam. Terkedu.

"Sayang, please. I need you in my life sayang. Setahun saya cari awak. Betul cakap hati saya. Hati saya, suruh saya pergi sini. Sebenarnya saya taknak sebab yah you know tempat ni lah kita honeymoon dulu. I got a lot sweet moment with you. Saya gagahkan diri pergi sini. Dan saya dapat jumpa awak. Saya teramat gembira dan bersyukur."

Diam. Tak tahu nak cakap apa.

"Sayang... i'm begging you. I need you 24/7" Zaril merayu lagi.

Rin terus memeluk Zaril dan menangis. Jujur dia sangat rindukan Zaril. Setahun dia cuba melupakan Zaril tapi dia tidak berjaya.

Zaril mengelap air mata Rin. "Setahu sayakan air mata itik potpet saya ni mahal" Ketawa. Ah gembiranya.

"Kesian saya tau. Asik terngiang je suara awak membebel and panggil saya singa buas. Pastu asik teringat awak lompat atas saya bila tengok cerita hantu" ketawa lagi.

"Eleh cakap je la rindu orang"

"Saya tak rindu orang. Saya rindu Erin Alana" Zalir membuat muka nakalnya.

"Loya buruk" Rin menjeling. Yeay itik potpet dah jual mahal lah.

"Jom honeymoon nak" Zaril mengenyitkan matanya pada Rin. Aduh cair cair

"Nak nak" Memang aku takkan tolak lah! Dah la aku rindu kau separuh mati.

"Jom lumba lari, siapa sampai laut dulu dia menang" Zaril terus berlari apabila dia berkata begitu.

"Mana aci! Awak tak cakap start pon" Rin mendengus. Dia mengejar Zaril.

"Yeay menanggggg" Okay harini Zaril pulak macam budak budak.

"Main tipu"

"Disebabkan saya menang, saya nak hadiah" Zaril menaikkan kedua dua keningnya.

"Hadiah apa?" Gerun jugak lah. Selalunya dia naikkan sebelah kening je. Harini dua dua sekali.

"Saya nak awak"

"Bukan saya memang awak punya ke?"

"Tapi saya nak awak. All of you" okay gerun. Ah Zaril.

"Omg she blushing" memang aku blushing la! Janganlah mintak benda tu. Tapi tu kan tanggungjawab aku.

"Ah tak boleh. Awak main tipu"

"Takde nak jugak" Zaril menghentak hentak kakinya. Alahai suami.

"Belanja saya makan"

"Okay no hal" ala ingatkan dia tak nak belanja. Dia nak la pulak. Aduh cari alasan Rin, cari alasan!

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now