"Kalau macam tu ada chance la nak jadi menantu bonda"
Tersedak Rin dan Zaril apabila mendengar Puan Sri berkata begitu. Tan Sri hanya gelak melihat Rin dan Zaril minum air dengan rakusnya.
Sebenarnya Puan Sri dah berkenan dengan Rin. Lawa, baik, sopan, hormat orang tua, dan macam-macam lah. Memang pass temuduga menjadi menantu dia. Bila masa pulak la Rin temuduga dengan Puan Sri ni?
Rin hanya diam. Tak berani dia nak cakap apa-apa. Aku kahwin dengan singa buas ni? Takkan takkan. Kang tak pasal pasal aku jadi pekak. Pastu aku selalu makan hati dengan sikap tak endah dia. Blablabla. Baru kenal 3 hari kau dah chop Zaril macam tu. Haih Rin Rin.
Rin jadi isteri aku? Not bad. Semua benda dia pandai buat. Buat air pon sedap. Tapi boleh ke aku cintakan dia? Zaril berteka teki dengan hatinya. Semenjak dia putus cinta dengan Qaseh, dia benci pada perempuan. Tapi entah kenapa dengan si Rin ni, dia dengar kata pulak huhu.
•••
"Morning sayang" terkejut beruk Rin tepi dia ni.... Zaril?
"Awak buat apa kat sini? Saya kat mana ni" Rin menjauhkan dirinya dari Zaril.
"Sayang, relaks kita baru je kahwin semalam" Zaril menenangkan Rin.
What???? Kahwin??????
Zaril mendekatkan dirinya. Rin menjauhkan dirinya dari Zaril dan....
Gedebukkk
"Aduh sakitnya" Rin mengaduh kesakitan. Nasib baiklah mimpi. Dah kenapa singa buas tu muncul dalam mimpi aku? Sebagai suami aku pulak tu? Huh mintak-mintaklah tu mimpi je. Janganlah jadi realiti.
"Kau jatuh katil kan pagi tadi" Dahlia tersenyum sinis.
"Memanglah aku tahu, dah nak runtuh dah rumah ni tahu tak" terus Rin mencubit Dahlia. Hamik kau! Apa kau ingat aku ni berat sangat ke?
"Kau mimpi apa malam tadi sampai jatuh katil?" Dahlia pelik jugak bila Rin jatuh katil. Tah mimpi apa yang minah ni dapat.
Rin mengimbas kembali mimpinya. Huh. Jangan terjadi meremang bulu roma aku.
Harini Rin tidak berapa banyak cakap dengan Zaril. Pelik Zaril dibuatnya. Dah kenapa minah ni? Aku ada buat salah ke?
"Rin masuk bilik saya sekarang"
Aduh aku nak mengelak jumpa kau la singa buas! Salah kau jugak siapa suruh kau masuk dalam mimpi aku.
"Saya ada buat salah dengan awak ke" tah kenapa rasa bersalah menguasai diri Zaril.
Rin terdiam aduh mamat ni.
"Tak"
"Kenapa awak elak dari saya" Zaril menaikkan sebelah keningnya. Fuh. Nasib baik aku takde buat salah kat Rin.
Rin terdiam. Aku taknak throw back mimpi tadi meremang bulu roma aku dibuatnya.
"Saya takde mood" Alasan paling bernas Rin bagi pada Zaril. Haraplah Zaril suruh dia keluar dari bilik lepas ni.
"Awak ada masalah ke? Need friend to share?" aduh mamat ni dah bila masa ambil berat pasal aku.
"No. Saya nak keluar" Rin terus keluar dari bilik Zaril. Menggigil aku dalam bilik dia tu. Huh.
Zaril tersenyum melihat Rin. Comel je bila Rin menggelabah. Sebenarnya semalam Zaril mimpi Rin jadi isteri dia. Tu yang harini segar gila. Siap ambil berat lagi cehh. Dan sekarang Zaril belajar untuk cintai Rin. Dan dia jugak mahu membuat Rin jatuh cinta padanya. Itu misinya!
•••
Rin duduk di tempatnya. Huh. Janganlah menggelabah macam ni Rin oi! Tapi si Zaril tu pelik pulak si Zaril tu. Tetiba ambil berat pasal aku.
Apapun congratulations Rin! Akhirnya mikrophone singa buas tu telah dihadamkan. Takdelah kau bertambah pekak nanti.
Rin berfikir tentang mimpinya. Alahai Rin. Kenapalah kau fikir pasal tu. Tapi ni petunjuk ke mainan mimpi? Zaril akan jadi suami aku ke? Tapi kenapa dia pilih aku? Kenapa aku terima dia? Kenapa kenapa kenapa? Haraplah ni semua mainan mimpi je. Huh.
•••
Entah mimpi apa singa buas tu malam semalam tetiba harini jadi singa betina. Jinak sungguh. Datang kerja awal siap cakap "good morning" pulak tu.
Tapi rasa kelakar pulak bila dia cakap camtu dengan tiada senyuman nya. Suara macam kanak-kanak tapi tak senyum. Faham-faham la ye.
Rin dah cuak dengan perangai Zaril harini. Singa buas ni kena santau ke? Ke kena pukau? Blablabla. Hish melalut la kau ni Rin.
"Kau termenung apa" Zaril merenung Rin tajam.
Rin tersedar fuh malu betul. Macam mana la kau boleh berangan depan singa buas ni?
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Novela JuvenilZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...