Part Thirty Two

20.2K 634 7
                                    

Harinya telah tiba. Harini Zaril akan diijab kabulkan dengan Qaseh. Harini Zaril akan menyakiti hati Rin. Dan harini juga, Rin akan bermadu...

Semua sanak saudara berkumpul di rumah Qaseh. Zaril tidak berasa teruja atau gembira saat ini. Dia tahu pasti Rin tidak akan datang majlis ni. Isteri mana je yang sanggup tengok suami dia kahwin lain?

Seperti biasa macam-macam soalan akan ditanyakan oleh Tok kadi. Zaril boleh menjawab semua soalan itu. Dulu dia bersemangat jawab. Tapi harini, dia lesu.

"Pandang belakang cuba tengok betul ke itu bakal isteri kamu" Zaril hanya pandang sekilas. Dulu, masa kahwin dengan Rin, dia tenung Rin lama. Sampai jadi hiburan dalam masjid.

"Aik pandang sekilas je, kenapa takut cair eh?" Tok Kadi cuba membuat lawak. Mungkin orang lain gelak. Zaril hanya mendiamkan diri. Tak cair lansung. Meluat adalah.

Zaril sudah berjabat tangan tok kadi untuk melafazkan akad nikah. Zaril mahu lari dari sini. Tetapi dia tidak mahu malukan keluarga sekali lagi.

"Tunggu"

Semua pandang ke arah pintu? Kamil? Apa dia buat kat sini?

"Zaril, kau tak boleh kahwin dengan Qaseh" Kamil cuba nak rosakkan perkahwinan ni ke? Terima kasih Kamil aku hargai!!!

"Kenapa?" Ayahanda bertanya pada Kamil.

"Sebab Qaseh mengandung anak saya" diam. Rumah Qaseh yang meriah tadi jadi diam.

Zaril menarik tangan Kamil ke bilik persalinan. Zaril menukar baju nikah kepada baju melayu.

"Nah pergi pakai"

"Ha?" Kamil pelik apabila Zaril bagi baju melayu itu padanya.

"Kau kena akad lafaz. Pergilah tukar baju bakal pengantin" Zaril cuba membuat lawak untuk menghiburkan hatinya. Tapi hambar.

Kamil menukar baju. Dia tahu Zaril tidak mahu kahwin dengan Qaseh kerana Zaril teramat sayang pada Rin.

Qaseh meminta maaf pada Zaril dan keluarganya. Zaril sudah memaafkan mereka. Zaril menganggap ini ujian daripada Allah.

"Aku harap satu hari nanti Rin akan balik ke pangkuan kau" Kamil kasihan melihat keadaan Zaril. Kalau dia tak suruh Qaseh gugurkan kandungannya pasti keadaan takkan jadi begini.

Zaril tersenyum hambar. Jujur dia harapkan Rin kembali padanya. Hanya Rin seorang berada di dalam hatinya dan tiada insan lain dapat mengganti Rin.

•••

Kamil menelefon Rin apabila dia mendapat tahu nombor baru Rin. Mereka berjanji akan jumpa dia tempat biasa mereka lepak.

"Thankyou sudi datang" Kamil memulakan bicara.

Rin melihat kanan Kamil. Itukan Qaseh. Apa dia buat kat sini? Perut dia pon makin memboyot. Betullah dia mengandung anak Zaril...

"My wife Qaseh" Kamil perasan Rin asyik memandang Qaseh.

"What? Your wife? Bukan ke Qaseh kahwin dengan Zaril?" Rin seolah olah tidak percaya.

"Dia tak jadi kahwin dengan Zaril. Dia kahwin dengan i" jawab Kamil tenang. Qaseh dari tadi menundukkan mukannya. Dia malu atas apa yang dia dah buat pada Rin dan Zaril.

"So kandungan tu anak you lah?" Rin masih tidak percaya.

"Yes"

"Rin, i dengan Zaril tak buat apa apa malam tu. I masukkan ubat tidur dalam minuman dia. Walaupun kitorang takde sehelai pon kain menetupi badan. Kitorang tak buat apa apa" Airmata Qaseh mengalir. Rin terdiam. Dia hanya ingin mendengar apa yang Qaseh katakan.

"I ugut Zaril, kalau dia tak berbaik dengan i, i akan bunuh you. Rin you percayalah i bukannya nak rosakkan rumah tangga you. Tapi bila Kamil suruh i gugurkan kandungan ni, i terdesak. Sebab tu i gunakan Zaril" Qaseh masih menangis.

"Rin i nak mintak maaf i dah porak perandakan rumah you. Tapi i nak you tahu, Zaril sayangkan you sorang je. Dia tak pernah pandang orang lain. Semenjak you pergi, hidup dia tak terurus" kini, giliran Rin menangis. Dia sebak apabila Qaseh memberitahunya keadaan Zaril sekarang.

Rin pulang ke rumah selepas berjumpa dengan Kamil. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia tidak tahu apa samaada dia perlu balik pada Zaril atau tidak. Kusut.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now