Sudah 5 tahun Rin tiada. Tiara kini berusia lima tahun. Zaril memimpin tiara menuju ke kubur Rin.
"Assalammualaikum mummy" Tiara gembira apabila pergi ke kubur Rin. Zaril membaca surah Yasin manakala Tiara bercakap di hadapan kubur Rin.
"Mummy, Tiara dah dapat adik. Mama lahirkan baby perempuan. Comel macam Tiara" Zaril berkahwin 3 tahun yang lepas. Dia kasihan melihat Tiara yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Zaril bersetuju kahwin dengan Aisya, isteri keduanya apabila dia melihat cara Aisya melayan Tiara.
Selepas membaca Yasin, Zaril mencabut rumput yang berada di kubur Rin. Sebak.
"Assalammualaikum sayang. Sayang nak tahu tak, Aisya dah bersalin dapat baby girl. Sebab tu dia tak datang ziarah sayang harini. Nama adik tiara is Tiana Eril. Aisya tak kesah saya letak nama Eril. Baginya dia suka nama yang sayang reka tu. Sayang, saya rindu sayang. Rindu nak dengar sayang potpet. Rindu nak tengok sayang melompat atas saya. Sayang. Saya takkan pernah buang sayang dalam hati saya. Sayang nak tahu tak? Saya bukak hotel dekat bora bora. Rindu kenangan kita dekat bora bora dulu... Sayang, sayang ingatkan harini annivesary kita? Dulu sayang selalu buat suprise. Suprise yang agak mengejutkan. Sayang, Tiara dah 5 tahun. Dia dah pandai baca ABC. Dia pon dah makin bulat sekarang. Asyik makan je kerja dia. Sayang, saya balik dulu ye. Nanti saya datang ziarah awak lagi. Bye itik potpet. I loveyou. Assalammualaikum"
Zaril bangun dan melipat tikar. Zaril memimpin tangan Tiara menuju ke keretanya. Semoga kita akan berjumpa satu hari nanti sayang. Nama Erin Alana takkan pernah terpadam dalam hati Zaril Idham.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...