Part Two

29K 1K 14
                                    

Sesi interview berjalan seperti yang biasa. Semua yang datang kena sound dengan Zaril. Ada yang tak cukup kain. Ada yang slow sangat suara. Ada yang nak mengorat dia.

"takde sorang pon bole jadi PA aku. Semua plastik" Zaril rengus. Menyampah dia tengok muka-muka yang di interview tadi.

"Ayahanda tak kira no PA, Zaril kena kahwin dengan Sally" Aduh Ayahanda ni.

Dahlia tahu semua yang interview tadi ditolak secara sampah oleh Zaril.

"Masuk"

"Boss, kalau kawan saya datang interview esok boleh" Dahlia terfikir. Kenapa tak suruh Rin interview kat sini je?

"Kenapa tak datang harini" Zaril bersuara tegas.

"Dia balik kampung. Jenguk mak dia sakit" Dahlia menipu Zaril. Dia tahu sekarang mesti Rin di rumah melayan cerita hindustan dia.

"8.30 am. Jangan lambat!" Tegas suara Zaril. Terkejut Dahlia dibuatnya. Hak alah singa ni. Aku tak pekak lagi la. Tak payah nak jerit jerit.

Dahlia keluar dari bilik Zaril. Nak tak nak malam ni kena pujuk Rin habis-habisan!

•••

"Rin pergilah interview tu" puas Dahlia memujuk Rin. Tapi Rin masih tidak mengendahkannya.

"Rin, kalau kau kerja kat situ nanti hari-hari kita dapat jumpa. Yelah kau tahukan bila aku kahwin nanti aku sibuk dengan rumah tangga aku. Kalau kau kerja kat situ. Boleh aku jumpa kau,gosip dengan kau. Kita kan tak boleh berpisah"

Alolo dah buat dah ayat jiwang dia.

"Fine esok aku pergi" Rin akhirnya mengalah. Betul jugak. Kalau dia kerja sana dapat jumpa Dahlia setiap hari.

"Yeayyyy" Dahlia bersorak kegirangan. Akhirnya dapat juga pujuk si Rin sengal ni.

Pagi itu, Rin tidak lagi tidur selepas subuh. Rin mengenakan baju kurung putih bercorak bunga biru dan selendang biru. Rin mengambil fail yang penuh dengan sijil-sijilnya.

Pagi itu, mereka bersarapan bersama. Bukan senang mereka nak duduk semeja masa bersarapan. Yalah patutnya sekarang ni Rin membungkang lagi.

"Rin aku nak cakap sikit"

"Apa dia"

"Boss aku tu singa buas tau"

"Maksud kau, dia playboy?"

"Bukanlah, dia panas baran" tersedak Dahlia apabila Rin cakap Zaril playboy. Setahu dia lah, semenjak dia kerja disitu, Zaril tidak pernah melayan mana-mana perempuan. Kalau ada pekerjanya memakai pakaian tak cukup kain, terus Zaril pecat pekerja itu. Memang tabik spring lah!

Rin membuat muka seposennya. Ingat aku takut dengan orang panas baran? Dah biasa. Abang aku tu panas baran.

"Rin kau jenis yang happy go lucky. Kau pernah terasa dengan apa yang orang buat dengan kau tapi kau tak pernah ambil peduli. Kau pon jenis yang cepat maafkan orang. Aku rasa kau dapat ubahkan singa buas kepada kucing parsi" tak dinafikan Rin ni memang penyabar orangnya. Yelah, Dahlia selalu tepek Rin. Tapi Rin tak pernah terasa hati. Dia buat endah tak endah je. Sebab tu Dahlia sayang sangat dekat Rin.

Rin kembang kempis apabila Dahlia memujinya. Ubahkan singa buas kepada kucing parsi? Ok ni misi paling lawak gila!

•••

"Masuk"

Terpaku Zaril melihat Rin. Lawanyaaaaasss

"Assalammualaikum, saya Erin Alana. Saya kawan Dahlia" Rin memerhatikan Zaril. Not bad.

"Have a seat" Zaril melihat sijil-sijil Rin. Hm. Pandai jugak minah ni.

"Sebelum ni kerja mana?"

"Tak kerja"

"Seriously?" Zaril memandang Rin pelik. Pandai camni tak kerja? Takkan tak dapat kot.

Rin dah agak Zaril akan terkejut. Yelah sijil dia peringkat master kot.

"Tomorrow datang kerja pukul 8 am. Jangan lambat." Betul cakap Dahlia. Bila dengar Zaril cakap boleh pekak telinga. Mungkin masa kecil dia telan mikrophone kot.

•••

Keesokannya, Rin datang awal ke office. "Ada 5 minit lagi. Boleh la aku kemas bilik ni" Rin tidak sempat mengemas biliknya semalam. Yelah, lepas interview terus pergi beli baju kerja.

"Ha cantik pon" Rin berpuas hati setelah mengemas biliknya. Besar jugak. Tapi tak sebesar bilik Zaril.

"Mana pulak mamat ni" Rin kebosanan menunggu Zaril datang.

Rin mengambil keputusan masuk ke bilik Zaril.

"Ya Allah sepahnya" Rin mengemas bilik Zaril. Rin ternampak gambar keluarga Zaril. Handsomenya Zaril. Tapi kasihan panas baran tak dapat kawal.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now