"Jangan tanya aku, tanya Farhan." Dahlia menjawab pertanyaan Rin. Dah agak mesti Rin tanya. Tapi dia sokong jugak bila Farhan bawak Zaril. Mana tahu Zaril kahwin dengan si Rin ke nanti.
Dah agak dah. Mesti kerja Farhan. Haish Farhan. Kau memang cari pasal la. Eii eii nyampah nyampah nyampah. Rin dah mula menyumpah Farhan. Marah benor ni.
"Jangan menyumpah hubby kesayangan aku" Rin mencebik apabila Dahlia berkata begitu. Hek eleh. Dulu aku menyumpah si Farhan tu kau sokong. Sekarang, aduh back up si Farhan. Haih nyampah nyampah.
Setelah 30 minit Rin berperang seorang diri si dapur. Akhirnya siap juga lepat pisang yang diidamkan Dahlia. Dahlia nak tolong, tapi Rin yang bagi. Katanya nanti cemar dia punya lepat pisang HAHAHAHHAHA. Mulut puaka betul si Rin ni.
Si Zaril pulak yang mengacau Rin buat lepat pisang. Asyik dok snap gambar. Masa Rin buat air pon dia snap. Dia cakap boleh buat buku resepi. Buku resepi taik singa dia la. Dia ingat aku ni chef ke apa. Masak pon malas HAHAHAHH.
Dulu masa ada Dahlia, Dahlia yang masak. Dia tolong potong potong je. Masa Dahlia dah kahwin ni, dia selalu beli kat luar. Ala buat apa nak masak sorang je kat rumah. Pastu sekarang dah duduk rumah abang Ezat. Isteri abang Ezat yang masak. Balik terus pergi dapur makan. Huhu senang nya hidup kau Rin.
Dahlia , Farhan dan Zaril enjoy makan lepat pisang Rin. Sedap katanya. Ha mulalah si Rin ni kembang kempis. Eleh Rin ni pon resepi mama kau kan.
Rin tidak melayan mereka. Hahahahaha apa la kau ni Rin tetamu pon tak nak layan. Dia lebih tengok kim soo hyun nya.
"Rin rin "
"Ha apa" Yang si Dahlia duk terpekik panggil aku ni pahal. Aku tak pekak lagi.
"Baru nak dengar ke, aku punya dah terpekik telolong panggil kau" Dahlia geram. Panggil si Rin ni pun dah boleh sakit tekak.
"Mana nak dengar asyik tengok korea je" Farhan menyampuk. Nasib baiklah Dahlia tak minat. Huhu.
"Memanglah aku tengah tengok future husband aku nih" Rin membela diri. Balik lah cepat wahai mambang mambang sekalian. Aku nak layan korea pon susah.
"Future husband" Zaril menanya. Alah Rin kena jadi isteri aku! Bukan orang lain!
"Yes kenapa" Rin menaikkan sebelah keningnya.
Farhan dengan Dahlia hanya diam melihat Zaril dan Rin bertekak. Lantak korang lah.
•••
Dalam kereta...
"Weyh Farhan, kalau aku dengan mamat korea tu mana lagi handsome" Zaril menanya.
"Excuse me, his name is kim soo hyun" Dahlia menyampuk. Geli hati apabila Zaril bertanya begitu.
"Of course mamat korea tu. Kau ada apa je ?" Farhan ketawa mengekek ngekek. HAHAHAHAHHAHA Zaril, Zaril. Memang dah angau separuh mati kau ni.
"Hello aku handsome okay. Badan aku pon ada six pack, bukan macam kau. Keping." Zaril membela diri.
"Uwekkkk" Dahlia memanaskan lagi keadaan. Ada hati kutuk laki orang.
Farhan menjeling tajam. Woh nak hina aku janganlah depan bini aku.
Selesai menghantar Farhan dan Dahlia di rumah mereka, Zaril balik ke rumahnya.
Handsome sangat ke mamat korea tu? Aku double triple qriple lagi handsome ah! Kenapa awak minat korea Rin. Haih makin hari makin takde harapan je....
Gambar Rin yang diambil oleh Zaril dijadikan wallpaper handphonenya. Setiap kali dia rindu Rin mesti dia tengok gambar tu. Lepas tu mula la tersengih sengih macam kerang busuk.
•••
"Zaril bonda nak tanya sikit" Puan Sri memandang Zaril dengan muka yang serious. Zaril apalagi cuak ah
"Ada apa bonda" jawab Zaril takut takut. Aku ada buat salah ke? Ke bonda bendera merah?
"Bila nak bawa balik menantu bonda?" Pasal menantu pon nak buat muka serious ke bonda? Aduh buat orang cuak je!
"Dah bawah dah" jawab Zaril selamba.
"Bila?" Bonda pelik. Bila masa pulak si Zaril ni bawa bakal menantu dia.
"Cuba bonda ingat" Zaril tersenyum. Harap-harap bonda suka dengan pilihannya.
"Rin ke" Zaril mengangguk. Puan Sri dah tersenyum gembira.
"Ha kalau Rin bonda sokong 100%. Bonda suka dengan Rin tu. Memang baguslah kalau jadi menantu bonda" Zaril apalagi gembira tak terkata la bila bondanya dah setuju.
"Bila nak masuk minang nya?" Amboi bonda ni. Bonda yang nak kahwin ke Zaril?
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Novela JuvenilZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...