Part Thirteen

20.4K 754 6
                                    

"Kenapa awal sangat pergi?" Zaril pelik jugak awal sangat mereka keluar rumah. yelah setakat nak melawat kubur opah dan tokwannya yang berdekatan di rumah ni keluar lambat pon takpe.

Rin diam. Dia pergi ke destinasi yang dituju. Rasa sebak menghantui dirinya sekarang.

Mereka sampai di tanah perkuburan kampung werak.

Rin pergi ke kubur Shah. Zaril membentang tikar. Rin tidak mendapat tahan air mata. Air mata Rin sentiasa mengalir apabila Rin membaca Yasin.

Zaril kasihan melihat Rin. Betapa sayangnya Rin pada Shah.

Selepas selesai membaca yasin. Rin memandu pergi ke rumah ibu. Rin keluar dari kereta.

"Ya allah rin" Rin berlari mendapatkan ibu. Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa dia sangat merindui ibu.

"Rin ziarah Shah ke tadi?" Tanya ibu lembut.

Rin mengangguk. Emosinya begitu tidak stabil sekarang.

"Ni siapa"

"Kawan Rin" Zaril segera menyalami tangan ibu.

"Ibu, Rin nak masuk bilik Shah boleh?"

"Pergilah sayang"

Rin terus meninggalkan dapur. Dia teramat merindui Shah.

•••

"Kamu ada perasaan pada Rin kan" ibu melihat muka Zaril.

Zaril hanya mengangguk. Tak guna nak tipu kalau ibu dah perasan air muka. Zaril cemburu melihat Rin yang masih cintakan Shah walaupun Shah sudah pergi meninggalkannya selama 3 tahun.

"Zaril boleh tolong?"

"Tolong apa makcik?"

"Tak payah panggil makcik, panggil je ibu" ibu melemparkan senyuman pada Zaril.

Zaril membalas senyuman ibu.

"Zaril tolong bahagiakan Rin balik. Dah tiga tahun Rin menderita selepas Shah pergi." Ibu menitiskan air mata. Sungguh dia sangat sebak apabila mengingati peristiwa lalu.

"In Sha Allah ibu" Zaril cuba menenangkan Ibu.

•••

Rin masuk ke dalam bilik Shah. Ya allah rindunya. Rin ternampak album di atas meja. Rin mengambil album tersebut dan melihat satu persatu gambar. Air matanya mengalir laju. Dia sangat merindui Shah.

Eh cd apa ni? Sedang Rin membelek-belek album tersebut Rin terjumpa satu cd. Rin menekan suis dan menekan butang on tv. Rin memasukkan cd itu.

Shah....

"Assalammualaikum my princess, mungkin masa awak tengok ni saya dah takde. Awak, saya nak mintak maaf kat awak sebab saya tak boleh mengotakan janji saya. Saya menghidapi penyakit barah otak. Awak cakap terima kasih tau kat abang awak. Disebabkan abang awak, saya dapat hidup lama dan gembirakan awak. Abang awak yang membayar semua bil rawatan saya. Awak, pasal harta tu, itu semua saya komplot dengan abang awak. Saya buat semua tu sebab taknak awak sedih. Awak jangan marahkan abang awak eh? Awak saya ada hadiah untuk awak. Awak cuba buka almari meja saya. Awak, walaupun saya pergi meninggalkan awak, tapi saya tetap sayang awak. Awak sentiasa berada dalam hati saya. Awak, carilah lelaki yang boleh bahagiakan awak. Kalau awak dah kahwin nanti, ada anak kenalkan saya pada anak awak tau. Cakap saya papa dia. Yelah awak mesti mummy dan suami awak mesti daddy. So saya jadilah papa. Hehe. Last, awak janji dengan saya, awak takkan sedih. I love you Erin Alana"

Air mata Rin mengalir deras. Sungguh dia tidak boleh kawal emosinya. Maafkan Rin abang. Rin tak sangka abang komplot dengan Shah semua ni.

Rin membuka almari meja Shah. Dia ternampak sekotak cincin dan cd.

Zaril masuk ke dalam bilik Shah. Dia kasihan melihat mata Rin yang makin membengkak. Zaril duduk di katil Shah.

Rin memasang cd tersebut.

•••

"Happy birthday to you, happy birthday to Erin, happy birthday to you" Shah menyanyi lagu happy birthday sambil memegang kek. Dia menuju ke arah Erin. Erin tiup kek itu. Semua ahli keluarga Shah bertepuk tangan.

Mereka semua memberikan Rin hadiah. Hanya Shah sahaja yang tidak memberikan Rin apa apa.

"Mana hadiah"

"Takde" Shah membuat muka derk nya. Rin terus mencubit Shah. Suka sangat buat muka derk dia tu.

Rin pergi ke arah ibu. Malas dia nak layan Shah. Menyampah.

"Merajuk la tu"

Shah mula menjalankan misinya.

"Erin Alana Bt Dato Zainal"

Erin memalingkan mukanya memandang Shah. Dia melihat Shah sedang melutut.

"Will you be my makmum , a mother for my child and my bantal busuk ?"

Air mata Rin mengalir deras. Ya allah happynya dia.

"Terima terima terima" kedengaran keluarga Shah bersorak.

"I will" Shah memasang cincin pada tangan Rin.

"Mission complete" Shah menari kegembiraan. Yeay tak lama lagi aku jadi suami.

Rin menggeleng melihat perangai Shah. Macam kanak-kanak ribena. Sebijik betul.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now