"Fine fine saya ikut" Zaril tersenyum sinis. Senang sangat nak ugut Rin ni. Rin mengambil beg tangannya. Dia terus pergi ke lift meninggalkan Zaril.
"Marah la tu" Zaril tersenyum. Bagi dia semua perwatakan Rin teramatlah comel.
Tah angin apa Zaril haritu, dia yang nak memandu kereta. "Muncung la lagi bibir tu senang saya nak cium awak" Zaril tersenyum sinis. Mesti lepas ni Rin mengamuk. Kahkah.
Rin menjegilkan matanya pada Zaril. Ada hati nak cium anak orang.
Zaril membawa Rin ke restoran kegemaran. Nasi kerabu mu tunggu aku datang!! Dah macam gendang perut Zaril.
Rin terkesima. Aduh aku mana makan nasi kerabu ni. "Nasi kerabu ikan goreng tepung pastu letak solok lada dua. Air nak tembikai eh" Zaril order makanannya. Tak sabar betul nak makan.
"Fresh orange je" Zaril memandang pelik pada Rin. Minah ni tak nak makan ke?
"Awak tak nak makan ke"
"Taknak"
"Rezeki jangan ditolak, saya nak belanja awak makan"
Haih singa buas ni nak sepak je rasa.
"Saya tak makan nasi kerabu wahai encik Zaril yang tersayang"
Jap jap Rin cakap dia sayang aku ke? Yes! Tersenyum sumbing Zaril apabila Rin berkata begitu.
Diam pon kau singa buas. Tapi kasihan, baru cakap sayang sikit dah cair. Hahahah aku bukannya sayang kau pon. Perasan je lebih singa buas ni.
•••
"Laparnyaaaaaaa" aku tahu aku tak hingin ikut kau singa buas. Kelaparan dah ni. Nak pergi makan, masa rehat dah habis. Benci nyaaaaaaa
"Rin masuk bilik saya sekarang" kau nak apa lagi singa buas? Semak la semak
"Nak apa" Rin menyergah Zaril. Marah benor minah ni.
"Garangnya" Zaril mengekek-ngekek ketawa. Comel benor muka Rin bila marah.
Ya allah kenapalah kau wujud dekat dunia ni singa buas. Kalau kau bukan boss dah lama aku kau makan penumbuk gergasi aku ni. Dah tahu aku tengah marah nak buat aku marah lagi. Blablabla. Marah benor Rin pada Zaril.
Diam.
"Encik Zaril saya ada kat depan encik ni" Rin membuat muka menyampah. Dah lama aku tercongok kat depan ni dia buat derk je.
"Dah habis menyumpah saya"
"Belum" jawab Rin bersahaja. Tahu pon aku tengah menyumpah kau.
"Okey then teruskan" Zaril kembali memandang kertas kerja. Sakit perutnya menahan ketawa.
Sengal la singa buas ni.
"Encik Zaril nak apa sebenarnya ni" tidak sempat Zaril menjawab pertanyaan Rin, pintu biliknya diketuk.
"Encik Zaril, ni pizza yang encik pesan tadi" kata salah seorang pekerja encik Zaril.
"Bagi kat anjing kelaparan tu" Zaril memuncungkan bibirnya ke arah Rin.
Wtf? Singa buas samakan aku dengan anjing? Melampau betul kau singa buas! Takpe takpe. Ada lori ada bas, ada hari aku balas!
Rin mengucapkan terima kasih pada pekerja itu. Ah lantaklah singa buas tu nak cakap apa. Aku dah lapar ni. Rin keluar dari bilik Zaril menuju ke biliknya. Tak sabarnya nak makan!!
Zaril mengekek-ngekek ketawa. Ingatkan nak tolak pizza tu. Rupanya ambil. Haih Rin Rin. Makin bertambah sayang aku dekat kau!
•••
"Amboi kak, makan tak ingat orang" Zaril menegur Rin. Saja nak bagi Rin marah.
"Awak nak apa" singa buas kalau sehari tak kacau hidup aku memang tak sah kan?
"Saya nak duit saya balik"
"Bukan ke awak beli untuk saya" buruk siku betul singa buas ni. Baghil ! Kedekut !
"Memangla, but i'm boss. Awak pekerja jadi awak kena la bayar balik"
Rin membuat muka menyampah. Dia mengeluar wang berharga 50 ringgit.
"Nah"
"Tak cukup" menipu sangat tak cukup. Beli pizza yang personal punya je.
"Abistu nak berapa"
"Tak nak duit, nak dating" Zaril membuat muka nakal.
Geli geleman Rin mendengar ayat Zaril. Aku dating dengan kau? Haha, takkan terjadi.
"Taknak saya dating dengan awak"
"So then bayar 10 ribu kat saya"
What? Mamat ni gila ke? Pizza yang kecil ni kena bayar 10 ribu? Woh melampau.
"Gila ke"
"I'm serious. Bayar sekarang kalau tak saya saman awak" Rin, Rin. Awak tak boleh lari dari saya sayang.
Rin membuat muka masam. Suka sangat paksa orang singa buas ni.
"So now pilih antara nak bayar 10 ribu atau dating dengan saya" Zaril sudah tersenyum kemenangan. Memang sah la Rin pilih dating dengan dia.
"Fine saya dating dengan awak" Rin menjeling menyampah.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Ficção AdolescenteZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...