Mana taknya, hari-hari kena mengadap muka Zaril. Aku lebih rela layan Zaril yang singa buas daripada Zaril yang kucing parsi ni.
Nak tahu tak? Bila Zaril dah berubah ni. Ya allah perangai dia gedik gila! Kalah sotong. Nak tahu sebab apa? Meh aku cerita.
Dulu kemain garang bagai. Tapi sekarang aduhmak. Lembut dia euw meremang bulu roma aku. Bila makan nak suruh aku teman la, suruh aku suap dia makan la.
Pastu bila nak pergi pantry ambil biskut pon nak suruh aku teman. Ha dulu aku yang kena bawak kereta. Sekarang, dia yang bawak. Lepas habis meeting mesti dia bawak aku pergi jalan-jalan. Belanja aku itu ini. Naik menyampah aku dibuatnya.
Bukan apa, aku bukannya typical perempuan yang suka mengambil kesempatan ni. Kalau betullah dia nak belikan aku macam-macam, jadilah suami aku. Eh? Kau macam nak je Rin singa buas tu jadi suami kau.
•••
Rin pergi ke Ace Holdings untuk meminta maaf pada abang-abangnya. Dia parking keretanya di luar. Jadi dia kena seberang jalan untuk ke Ace Holdings. Rin ternampak abangnya diluar. Mungkin mereka nak keluar.
Perasaan bersalah serbu diri Rin. Dia tidak melihat kiri dan kanan. Dia terus melintas begitu sahaja. Ada kereta menghampirinya.
"Rin watch out!" Eril terkejut melihat Rin menuju ke arahnya.
"Abanggggg"
Rin pengsan. Dia kehilangan banyak darah akibat kemalangan itu. Nasib baik pihak hospital ada pack darah sama jenis dengan Rin punya darah.
"Siapa di sini keluarga Erin Alana?" tanya Doktor Syed merangkap doktor yang merawat Rin sebentar tadi.
"Saya" Ezat mengikuti langkah Doktor Syed. Doktor kata ada benda penting kena bincang.
•••
"Ya Allah. Okey okey saya datang sekarang" Dahlia terkejut apabila abang Rin memberitahu bahawa Rin terlibat di dalam kemalangan.
"Boss, Rin masuk hospital" Zaril terkejut. Perasaan gelisah datang di dalam dirinya.
"Awak ambil beg awak sekarang. Kita pergi sama-sama" oh ya, lupa nak bagitahu. Dahlia sekarang dah mengandung. Sebab tulah Farhan yang selalu hantar dan ambilnya. Yelah anak pertama katakan.
Dahlia mengambil handbagnya. Dia sempat meminta izin Farhan untuk ke hospital. Farhan akan pergi selepas meetingnya habis. Farhan sempat berpesan pada Zaril, jaga Dahlia. Dahlia kan sedang mengandung. Dia taknak lah apa-apa jadi pada Dahlia.
Mereka tiba di Kelana Jaya Specialist Hospital. Lega Dahlia dan Zaril apabila melihat keadaan Rin yang tidak berapa teruk.
•••
Setelah sejam, akhirnya Rin sedar dari pengsan.
"Eh abang, Rin kat mana ni?"
Doktor Syed memberitahu Ezat bahawa Rin akan menghidapi amnesia sebentar. Takdelah lama berejam je. Cuma kita kena paksa dia ingat apa yang dah berlaku bila dia sedar nanti. Kalau tak Rin akan menghadapi amnesia berbulan bulan.
Ezat, Eisyraf, Emmir dan Eril hanya diam dan tersenyum pada Rin. Sungguh, mereka sangat merindui layanan baik Rin pada mereka.
"Abang dah call Shah ke" Rin meninjau di sekelilingnya. Dia mencari kelibat orang yang tersayang itu.
Diam. Mereka tidak menjawab pertanyaan Rin.
"Eh Dahlia, sape sebelah kau tu" Rin memerhatikan Zaril.
"Saya boss awak Rin" Zaril menjawab pertanyaan Rin lemah.
"Saya kerja dengan awak ke? Kenapa pulak saya kerja dengan awak?" Sekali lagi mereka hanya diam. Mereka tidak menjawab pertanyaan Rin.
Rin kusut. Kenapa kepala aku rasa berat je ni? Kenapa aku rasa pening je ni?
"Abang dah call Shah ke?" Sekali lagi Rin tanya pasal Shah.
"Shah dah takde sayang"
"Maksud abang, Shah pergi oversea eh?" Dulu Shah ada cakap bila duit dia dah cukup dia nak sambung belajar dekat oversea. Supaya dia dapat kerja yang boleh dia menanggung perbelanjaan Erin bila mereka kahwin nanti.
"Tak sayang"
"Habistu?" Rin pelik. Kalau Shah tak pergi oversea, Shah pergi mana?
"Shah dah tinggalkan kita sayang. Dia dah pergi menghadap penciptanya"
"Abang tipu" Rin diserang histeria. Tak mungkin Shah dah mati! Tak mungkin!
Rin mengambil handphonenya di atas almari. Dia segera mendail nombor Shah.
"Nombor yang anda dail, tiada dalam talian"
Rin banyak kali mendail nombor Shah. Tapi seperti biasa jawapannya nombor Shah tidak digunakan lagi.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...