Part Sixteen

20.2K 674 1
                                    

Rin akhirnya mengambil keputusan menelefon ibu Shah.

"Assalammualaikum ibu"

"Waalaikummussalam Rin"

"Ibu, Shah ada kat rumah tak? Kalau ada panggil dia kejap Rin nak cakap.

Ibu tersentak. Mesti Rin hilang ingatan ni. Banyak kali Rin seperti ni.

"Shah takde sayang"

"Shah pergi mana?" Pelik. Oversea takde, rumah pon takde. Mana Shah?

"Shah dah menghadap penciptanya sayang" Ibu mengalirkan air mata. Ya allah, kesian Rin. Dia selalu jadi begini.

"Ibu jangan main-main. Tak lawak la" Rin tersentak. Dia berharap ibu hanya membuat lawak.

"Ibu tak tipu sayang. Shah dah pergi" Air mata ibu mengalir deras. Ya allah, hati ibu mana tak sakit melihat anaknya dalam keadaan sebegini. Walaupun Rin tidak bukan anaknya dan tidak menjadi menantunya, ibu sayang Rin seperti anaknya sendiri. Disebabkan Rin juga ibu kuat selepas Shah pergi.

Rin terdiam. Air matanya mengalir. Laju.

"Shah!!!!!! Kenapa awak tinggalkan saya? Awak dah janji nak kahwin dengan saya. Awak dah janji nak mendirikan rumah tangga dengan saya. Awak dah janji nak jadi imam saya. Awak dah janji...." Rin tidak tentu arah.

"Sayang.. enough sayang." Eril menahan air mata. Pedih melihat adik kesayangan jadi sebegitu.

Dahlia sudah mengalirkan air mata. Dia terus memeluk Rin untuk menenangkannya.

Zaril terdiam. Fikirannya kosong sekarang. Hatinya terluka melihat Rin dalam keadaan begini.

"Abang sakit" Rin memegang kepalanya. Ya allah sakitnya.

Rin pengsan. Ezat segera memanggil doktor untuk merawat Rin.

Emmir menelefon Dato Khalid dan Datin Roslinda. Rin teramat memerlukan ibubapanya sekarang.

Dato Khalid terus menempah tiket apabila mengetahui keadaan anaknya. Datin Roslinda menjadi tidak tentu arah. Mana taknya, Rin satu-satunya anak perempuan mereka.

•••

Rin sedar.

"Abang, Rin mintak maaf. Rin tahu Rin salah. Rin menuduh abang. Rin mintak maaf abang" Rin mengalirkan air matanya. Ya allah aku berdosa pada abang-abangku ya allah.

Ezat, Eisyraf, Emmir dan Eril hanya tersenyum dan mengangguk.

Bagi mereka benda dah jadi, biarlah berlalu. Now bukak buku baru.

•••

Dato Khalid dan isterinya tiba di KLIA. Mereka terus ke hospital. Perasaan risau membuak-buak di dalam diri mereka.

"Mummyyyyyyy Daddyyyyyy" Rin menjerit keriangan apabila melihat ibubapanya datang. Kalau boleh dia nak je lompat dari katil hospital yang keras tu.

"Anak mummyyyyy" jangan tanya kenapa Rin perangai macam budak-budak. Datin Roslinda lah puncanya kehkeh. Dua-dua kanak-kanak ribena.

Zaril menggeleng melihat gelagat Rin. Dah macam umur 5 tahun. Dengan pendek dia,dengan suara ala-ala upin ipin dia tu. Haih Rin Rin. Kenapalah awak susah nak lupakan Shah..... saya dah angau gila kat awak, tahu tak?

Semenjak Rin masuk hospital. Semua yang Zaril buat semua tak kena. Dalam fikiran dia hanya ada Rin Rin dan Rin. Masa meeting pon dia fikir pasal Rin. Jadi Zaril tidak meeting dengan mana-mana client atau masuk kerja. Sebaliknya dia menjaga Rin di hospital.

Rin pelik dengan Zaril. Dah kenapa sampai jaga aku dekat sini? Kalau kau family aku ke suami aku ke, aku tak hairan. Ni boss? Kena santau ke apa dia ni?

•••

Sudah tiga hari Rin berada di hospital. Akhirnya dia boleh pulang ke rumah. Apalagi gembira tak terkata ah. Yelah kat sini bukannya boleh tengok SRK and LMH pon. Kalau nak layan youtube, mmg hm menyampah. Line dekat hospital ni alahai ciput. Lembab macam siput babi.

Rin tidak lagi duduk di rumah sewanya. Dia kini duduk di rumah abang Ezat. Abang Ezat yang paksa dia. Kalau tak memang tak nak lah dia duduk. Bukannya dendam lagi ke apa, cuma yalah. Abang Ezat ada anak aka anak buah dia. Nanti mesti dia gaduh dengan anak buahnya sebab nak tengok tv. Budak-budakkan tak habis-habis dengan cartoon. Memang takde chance la nak tengok pujaan hati lepas ni!

Abang Ezat ni harap je kayo, rumah besar tapi tv ada satu betul-betul dekat ruang tamu. Dia cakap dia taknak pasang banyak-banyak sebab nanti selalu mengadap tv la blablabla. Wifi pon takdo. Haih memang aku alone la lepasni. Dah tak boleh nak feeling. Sedih.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now