Dah agak dah. Mesti Rin akan pilih dating punya. Tersengih-sengih Zaril apabila Rin cakap sebegitu.
"Tonight lepas maghrib saya ambil awak"
"Esok la" Ala tak best la cenni. Malam ni ada cerita Shah Rukh Khan.
"No. Tonight!" Kena pujuk Rin habis habisan ni. Puas aku prepare romantic dinner untuk malam ni.
"Fine fine" menyampah menyampah menyampah!
Zaril tersenyum kegembiraan. Rin memang tak boleh lawan kata dia huhu.
•••
Malam tu Rin memakai dress biru dan selendang hitam.
Mana pulak mamat ni? Cakap nak dating. Lambatnya ambil. Ewah Rin macam kau je yang lebih-lebih
Pinpin. Ha sampai pon kau singa buas.
Terpaku Zaril melihat Rin.
"Ya allah cantiknya Rin. Fuh sabar Zaril kuatkan iman kau" Desis Zaril di dalam hati.
Mamat ni dah pahal pandang aku macam nak terkam. Tumbuk nak tumbuk?
"Bila nak jalannya?" Rin mematikan lamunan Zaril. Naik bulu roma aku bila Zaril tenung aku.
Zaril malu. Aduh macam mana kau boleh berangan ni. Haih Rin, makin bertambah tambah tambah sayang aku kat kau!
Apahal pulak mamat ni bawak aku pergi restoran macam ni? Kat sini patutnya orang bercinta je. Eeii gelinya lelaki purpose perempuan.
•••
"So how our dinner just now?" Zaril nak tahu jugak riaksi si Rin ni.
"Too bad"
"Why" Zaril memandang Rin pelik. Minah ni memang tak suka romantik ke apa?
"Kat situ tempat orang bercinta je! Pastu dengan ada orang main muzik kat tepi masa makan! Menyemak je. Pastu dengan makanan dia, nak cakap tak sedap,sedap. Cuma kedekut. Sikit sangat blablabla" Fuh minah ni kalau dapat membebel memang tak ingat dunia.
Tapi kenapa tak menjadi pulak eh? Sebenarnya semua plan ni aku tanya Farhan. Dia buat macam ni bila nak ngorat Dahlia dulu.
Tu yang aku try buat jugak. Tapi tak menjadi. Hati keras betul minah ni.
Zaril hanya diam mendengar Rin membebel. Biarlah dia lepaskan semua yang terbuku. Kalau tak Rin menyumpah nyumpah si Zaril.
"Thankyou for the bad dinner boss" Rin terus keluar dari kereta Zaril. Buang masa! Laparnyaaa. Terpaksa masak maggi lepasni huhu.
Maafkan saya Rin. Tak tahu pulak hati awak bukan macam Dahlia.
•••
Tak sangka harini Dahlia sah jadi isteri pada Farhan. Sama cantik sama padan. Dahlia nampak lawaaaaaaaaaaa sangat. Farhan pon handsome!
Maafkan kawan baik yang paling comel ni Dahlia. Dahlia teringin sangat nak aku jadi pengapit dia. Tapi aku memang dah tolak awal-awal. Yelah, orang cakap kalau jadi pengapit takde seri masa kahwin nanti. Dan terima kasih pada Dayana sudi menjadi pengapit kakak kau. Itupun selepas bagi nombor singa buas tu. Kahkah.
Bila tengok Dahlia kahwin ni, terfikir pulak.. bilalah aku nak kahwin kan? Kalaulah Shah masih hidup... mesti aku dah ada anak sekarang.
So sweet perkahwinan Dahlia dan Farhan ni. Farhan farhan. Playboy macam kau pon dah kahwin. Aku ni? Tak kahwin kahwin hm.
Zaril jealous tengok Farhan bersanding dengan Dahlia dekat pelamin. Bilalah turn aku nak bersanding? Hm.
Dahlia dan Farhan menghampiri Rin dan Zaril.
"Tahniah bro" Zaril dan Farhan berpelukan. Gay pulak aku tengok.
"Bila pulak turn kau Zaril" Farhan saja nak mengapi-apikan Zaril.
"Takde jodoh lagi"
"Apa kata boss kahwin je dengan Rin. Yelah kita kan bestfriend nanti takde lah terpisah" Dahlia saja nak menyakat Rin. Tapi betul jugak. Rin dan Dahlia bff. Farhan dan Zaril pon bff. Kahwin je la.
Rin terbatuk-batuk mendengar kata-kata Dahlia. Dahliaaaaa! Aku kerat kepala kau satgi baru kau tahu! Melepas kau malam ni kahkah.
"Betul tu sayang. Zaril kau kahwin je la dengan Rin" Farhan mengiakan kata-kata Dahlia. Zaril kalau boleh memang nak kahwin dengan si Rin. Tapi tulah Rin ni hati batu. Mungkin sebab si Zaril ni tak romantik kot.
Geli-geleman Rin dengar si Farhan panggil Dahlia sayang. Dulu kemain benci bagai? Sekarang kehkeh. Menyampah mak tau!
Bila fikir balik, dulu Dahlia benci dengan si Farhan ni, last-last kahwin. Rin! Jangan benci singa buas! Kalau tak kau kahwin dengan dia. Yelah orang tua-tua kan cakap ' benci-benci lama-lama jadi cinta '.
Tapi si Zaril ni ha. Ada je buat aku naik angin dengan dia. Makin lama makin menyampah aku dengan Zaril ni.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...