"Yes you not like that anymore" Rin senyum ikhlas pada Zaril. Zaril apa lagi sudah berbunga bunga la hati dia!
Zaril menghadiahkan Rin sebakul chocolate. Zaril terbayang wajah Rin yang sangat gembira apabila menerima pemberiannya. Tetapi, sangkaannya meleset. Rin hanya mengucapkan terima kasih dan tersenyum hambar.
Rin melihat bakul yang dipenuhi chocolate yang diberikan oleh Zaril. Dulu, bila Shah dapat gaji mesti dia akan bagi Rin macam ni. Ya allah, rindunya aku pada Shah.
Harini Rin terpaksa duduk di bilik Zaril kerana salah seorang pekerja mengambil exam. Pelikkan Zaril holdings ni? Setiap pekerja mesti duduki exam. Kononnya nak meningkatkan taraf syarikat.
"Masuk"
"Ya allah Dahlia" Rin dan Dahlia berpelukan. Zaril membuat muka pelik. Dah macam sinetron dah depan dia ni.
"Ehem" Mereka melepaskan pelukan setelah mendengar Zaril berdehem. Tebalkan muka wahai Rin dan Dahlia. Malu benor berpelukan depan Zaril.
Zaril tersenyum sinis. Tahu pon malu.
Dahlia memberikan buah tangan pada Zaril. Dahlia pergi ke honeymoon selama dua minggu. Orang lain pergi seminggu je, Dahlia dengan Farhan tu gedik sangat sampai nak pergi dua minggu.
"Untuk aku takde ke?" Rin membuat muka tak puas hati.
"Of course ada. Aku dah letak dalam bilik kau"
Dahlia berjalan ke arah Rin dan duduk disebelahnya.
"Boss bagi kami masa nak bergosip dulu eh" selamba derk je Rin cakap macam tu.
"Nanti budak yang tengah exam tu dah siap kitorang sambung kerja" Dahlia menyokong Rin. Sekarang Zaril bukan singa buas lagi. Jadi dia tidak takut lansung dengan Zaril.
Zaril hanya mengangguk. Lantak korang lah.
Zaril curi curi dengar apa yang digosipkan oleh Dahlia dan Rin. Dasar telinga lintah.
Rin menceritakan tentang kejadian yang berlaku di Ace Holdings. Terkejut beruk Dahlia dibuatnya. Tak sangka abang Rin bersikap sebegitu.
"So kau dah ke?" Rin menaikkan sebelah keningnya.
"Dah apa?" Dahlia membuat muka blur
Eh eh minah ni takkan tak faham kot. Dahlia terdiam. Dia terus mencubit paha Rin.
"Sebok la kau"
"Sakitlah" Rin mengadu kesakitan. Dahlia ni tangan ketam. Aku sanggup kena tampar atau sepak, tapi janganlah kena cubit. Bisa wooo!
"Padan muka" Dahlia tak puas hati. Ada ke patut Rin tanya soalan macam tu? Dahlia melihat Zaril. Nasib baik Zaril khusyuk membuat kerja. Mesti dia tak dengar.
Zaril menahan ketawa. Mesti Dahlia malu sekarang. Rin, rin. Kenapalah awak tanya Dahlia soalan macam tu kesian dia.
"Aku nak anak buah comel tau" Rin masih menyakat Dahlia. Merah muka Dahlia. Aduh janganlah sampai Zaril dengar.
"Diamlah"
Rin tersengih dan membuat 'peace' pada Dahlia. Padan muka kau! Cubit aku lagi!
Mereka sambung kerja selepas puas berborak. Rin terfikir tentang Shah. Sejak kebelakangan ni dia asyik teringatkan Shah.
"Boss saya nak cuti esok boleh?"
"Nak buat apa"
"Nak balik kampung"
"Ok"
Yes! Zaril dah bagi cuti. So then jom kemas barang esok balik kampung! Kedah mu tunggu aku datang.
Zaril sengih. Dia mengemas barangnya. Mesti esok Rin terkejut beruk.
"Zaril nak pergi mana ni siap berbag ni" Puan Sri memandang pelik pada anaknya.
"Zaril nak keluar bercuti dengan kawan-kawan" Zaril menipu Puan Sri. Takkanlah dia nak bagitahu yang dia ikut Rin balik kampung? Kang dapat ceramah percuma.
"Bonda, Zaril pergi dulu ya" Zaril mencium tangan Puan Sri.
"Bawa kereta baik-baik" Puan Sri menasihati Zaril. Zaril ni kadang-kadang sengal. Bawak kereta tak ingat had laju. Banyak kali kena saman. Dia still tak berubah.
Zaril hanya tersengih. Tahu sangat bonda memerlinya. Zaril memasukkan begnya dalam boot car. Dia taknak terlambat.
"Fuh nasib baik Rin tak gerak lagi" Zaril meninjau kereta Rin. Sementara menunggu Rin keluar Zaril makan roti gardenia yang dibeli olehnya di stesen minyak.
Rin memasukkan begnya di dalam boot kereta. Dia membaca doa membawa kenderaan. Ah tak sabarnya nak sampai kampung!
Zaril mengikut Rin dari belakang. Hehe tak sabar nak tengok muka terkejut Rin.
Setelah 6 jam membawa kereta. Akhirnya sampai pon di kedah. Rin keluar dari kereta. Rindu betul dekat Rumah Arwah opahnya.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Novela JuvenilZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...