Okey harini hari aku bersanding belah keluarga Zaril. Minggu lepas bersanding belah keluarga aku.
Terkejut jugak lah, mummy, bonda, Dahlia and Farhan semualah bila tahu aku tak nak duduk serumah lagi dengan Zaril.
Zaril diam je. Sebenarnya dia nak aku duduk dengan dia. Tapi dia dah janji dengan aku. Jadi dia diam jelah. Huhu maaf ya encik suami.
•••
Ha sampai pon rumah. Penat wooo layan tetamu tadi. Paling penat bila kena jalan pakai heels. Kalau 1 inci aku tak kesah. Ni 3 inci. Mengamuk jugaklah aku bila kena pakai. Tapi takpelah Rin. Kita redha jelah.
Nasib baiklah tidur rumah bonda. Yelah, sekarang dah pukul 11. Bonda yang ajak tidur rumah dia dulu. Esok lusa baliklah rumah sendiri. Aku setuju kan aja. Sebab aku penat gila ni. Sekarang dalam otak hanya fikir 'katil'
Zaril masuk ke dalam bilik. Dia membuka baju melayu. Rin cepat-cepat menutup matanya.
"Awak boleh tak kalau nak bukak baju dalam bilik air?"
"Sukehatilah ni bilik saya" Rin menyampah. Hek eleh kerek gila.
"Alah takyah nak tutup mata sangat. Saya bukak baju je. Lagipun badan saya sado mesti awak cair tengok." Zaril tergelak apabila melihat Rin yang dok tutup matanya.
Sado? Ew ew ew. Bapak geli la siaa.
"Dah la saya nak mandi" Rin terus masuk bilik air malas nak layan si Zaril ni.
"Nak ikut boleh?"
"Don't you dare!" Rin menjerit. Zaril gelak terbahak-bahak. Tahu pon takut!
Ah leganya mandi. Melekit gila badan.
Ok. Nak keluar bilik air, tapi nak free hair ke pakai tudung eh? Kalau pakai tudung macam tak selesa je. Kalau free hair, nak cakap dosa pon tak. Aduh fikir Rin fikir. Ah free hair jelah, aku kesah apa.
Rin keluar dari tandas dengan keadaan free hair. Zaril terpegun melihat Rin.
"Aduh lawanya isteri aku ni. Pakai tudung lawa free hair pon lawa. Iman goyah!!!" Zaril dari tadi menelan airliur. Woh kuatkan iman Zaril. Kuatkan iman!
"Apa pandang-pandang? Pergi mandi lah" Rin tak selesa apabila Zaril menenungnya macam nak terkam. Seram sejuk mak!
Zaril segera masuk dalam bilik air. Lagi lama dia dengan Rin. Lagi goyah iman dia. Fuh kuatkan iman Zaril. Kuatkan iman.
Ok malam ni aku nak tidur mana? Sekatil ke? Ke tidur sofa? Yelah ni rumah dia. Takkanlah aku nak halau dia tidur sofa kot. Aku ni bertimbang rasa okay!
Zaril sudah baring di katil. Alah dia ni tak nampak ke aku tengah terpinga pinga ni. Rin bangun dari katil dan mengambil bantal. Dia menuju ke sofa.
Zaril pelik. Pahal pulak minah ni?
"Yang awak tidur atas sofa tu kenapa?"
"Habistu saya nak tidur mana"
"Sini sebelah saya" Zaril menepuk nepuk katil.
Rin pasrah. Dia berjalan menuju ke katil. Okey, betul ke aku nak kena sekatil dengan mamat ni?
"Jangan risau lah, saya takkan buat apa apa. Saya akan mintak hak saya secara baik-baik. Saya tahu awak tak bersedia lagi" Zaril sebenarnya kecil hati pada Rin. Tapi dia mengetepikan semua itu. Dia faham Rin tak jatuh cinta padanya lagi.
"Sorry" Rin lega apabila Zaril kata begitu. Tapi perasaan bersalah menyerebu dirinya.
Zaril hanya tersenyum. Takpe Zaril. Satu hari nanti Rin akan terima kau jugak.
"Disebabkan kita dah kahwin, kita kena tukar nama panggilan" Zaril memulakan perbualan. Sebenarnya dia tak boleh tidur. Kecewa.
"Tukar?" Rin pon tak boleh tidur. Dia masih rasa bersalah pada Zaril. Ya allah, kau bukakanlah hati aku untuk mencintai suamiku Ya allah.
"Yes, i call you sayang. You call me abang"
"Taknak. Cukuplah saya dah ada 4 orang abang" Rin nekad. Dia takkan panggil orang lain abang selain abang-abangnya.
"Then call me biy"
"Ew. No way!"
"Habistu awak nak panggil saya apa?" Haih Rin ni. Kesian Zaril melayan perangai kau.
"Hm...saya panggil awak singa buas lah" apa salahnya panggil suami singa buas? Bukan nak mengejek or apa. Tapi dalam dunia ni biar aku and Zaril je conversation macam tu.
"Kalau macam tu saya panggil awak itik potpet" Zaril tergelak. Entah kenapa terlintas dalam fikirannya untuk panggil Rin 'itik potpet'. Mungkin sebab Rin ni asyik nak membebel and menyumpah kot.
Rin mengiyakan aja. Lantak kau la nak panggik aku apa.
"Dah la saya nak tidur bye good night"
"Good night my sweetie itik potpet"
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...