Id's POV
Malas lah aku mau fikir pasal bra ku tu. Pedulilah tu, tekuyak suda pun talinya.
Dari tadi aku berdiam ja renung ceiling sambil praktis magik ku. Kira-kira dari jam 6 petang lagi ni aku praktis magik sehinggalah sekarang iaitu hampir pukul 10 malam sudah.
Aku lukis lukis diatas ceiling muka katun katun.
"Bosannya time weekend ni." Aku becakap saturang.
"Cuba la kan ada something terjadi kah sama aku. Terus ada adventure kah, kan best kalau begitu? Ini, malar mereput,"
Masih lagi aku melukis...
Tiba-tiba ada bunyi ketukan di jendela.
"Tok"Aku toleh lah ke arah jendela.
"Tok"
Ada orang umban batu di jendela ku. Uinah, pecah la tu.
Lantas aku pegi dekat jendela.
Aku buka jendela ku dan aku terkejut.
"Kenapa? Tida cukup kah satu bra kau ambil?" Balik-balik mukanya ja aku nampak ni hari. Bagus kalau handsome, ew
"Aku mau minta maaf la ni," dia bilang. Aseh, punya senang dia cakap.
"Aku mau iphone 6 baru aku kasi maaf kau," aku renung dia. Eh? Ada kotak hadiah la dia pegang. Untuk aku kah tu?
"Aku naik ni," katanya.
Sebelum aku dapat respond, masuk suda dia dalam bilik ku.
Cepat juga.
Aku terpaku.
"Hi." Dia menyapa.
"Nah, untuk kau," katanya lagi.
Ai full of surprises bah dia ni. Dia menghulurkan sekotak hadiah kecil kepadaku. Kotak tu cukup dihias. Uinah takkan la...
"Untuk aku kah ni? Silap orang kau ni,"
Dia mengelengkan kepala."Untuk kau la ni. Sori aku ambil bra kau tadi. Aku kehabisan bra bah. Tula aku curi hahaha," sempat lagi dia belawak.
Tapi seriously, sweetnya dia bagi aku hadiah. ♥
Aku ambil la kotak kecil tu.
"Ohya.." katanya, aku pun renunglah mukanya. Apa lagi yang dia mau cakap?
"Ah. Tu kapal bebulu!" Dia menujuk ke arah kiriku. Aku pun yang terlampau curious ni pun tingu la ke arah yang dia tunjuk tu.
Cup.
Pipi kananku dikucup.
Aku terpegun.
Kami bertentang mata. Macam ada keraguan dalam expresi mukanya, tapi cepat dia bagi senyuman.
"Buka la hadiahmu," si Jul senyum.
Takut ja aku cincin yang ada dalam kotak hadiah ni. MANATAU DIA MAU LAMAR AKU KAH. nerves gilaa.
Tapi aku kuatkan diri.
Idiey boleh!
Aku pun membuka kotak tu.
Tapi dalam kotak tu kosong.
Aku menghembus nafas yang dari tadi aku tahan. Nasib bukan cincin. Belum ready lagi ni mau malam pertama hahaha.
"Aiik? Tiada apa-apa dalam kotak tu?!" Si Jul tekejut.
Hmm.. dah agak dah. Mesti bukan dia yang bagi ni. Mesti orang lain yang suruh dia.
Baru ja aku mau buka mulut untuk marah dia...tiba-tiba kotak tu terbang.
Dan angin dalam bilik aku semakin kuat siap ada petir lagi.
Elektrik dalam dormitory terputus meninggalkan aku dan orang gila saturang dalam kegelapan.
Tapi at least okay la sikit sebab ada cahaya bulan yang menerangi bilik.
Kotak tu macam membesar suda aku nampak.
"ahhhhhh tolong!" Si Jul berteriak. Aku try magik ku tapi tiada yang berkesan. Si Jul semakin lama semakin temasuk suda dalam kotak tu. Angin dalam bilik semakin kuat.
Aku tida mau mengalah. Aku peluk tiang yang terdekat dengan sepenuh tenaga.
Lama-lama, surut la juga keadaan.
Aku mengeluh. apa yang terjadi tadi?!
Aku scan sekeliling, darah ja aku nampak ._.
Gulp.
Darah siapa?
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasyWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...