Jul's POV
Aku rasa semakin lemah badanku. Tapi aku perlu kuat, bukan untuk diriku. Tapi untuk nyawa-nyawa yang sedang berjuang untuk mempertahankan pihak diraja.
Terutama untuk dia.
Dia yang telah korbankan dirinya untuk aku.
Aku tarik nafas panjang.
semuanya perlu berakhir sekarang juga.
Shadow raksasa yang telah ku panggil dari dunia puak shadow masih melakukan tugasnya. Satu demi satu troll yang merupakan kuli-kuli Nymph sial itu jatuh.
Tapi aku belum puas.
Aku belum puas hati.
Aku menoleh kearah si Mea. Nampaknya, si Mea berabis sudah mempertahankan dirinya. Tangan kirinya berlumuran darah. Hati ku sayu bah juga ni sebab Aku kesiankan juga dengan dia, tapi itu semua pilihannya sudah. Mengkhianati semua orang, termasuk kakaknya sendiri. Aku rasa macam memori beberapa hari yang lalu hanya mimpi, sebab macam aku tidak dapat percaya ja apa yang aku buat sekarang. Baru ja kemarin kami berkawan, tapi sekarang... haish.
Susah mau cakap.
Cubalah kan masa boleh diputar semula...
Mataku mulai tertutup.
Cubalah aku tida curi bra si Idiey tu...
"JUL! BANGUN!" Suara si Kina kedengaran dari jauh. Tapi sakit sudah kepalaku, susah sudah aku mau buka mata.
"JUL! JUL! BANGUN! RATNA, GUNA SIHIR MU CEPAT!" Aku dapat dengar suara cemas si Kina sebelum aku jatuh ke tanah.
"Sorry Kina, aku tidak sekuat itu. Kuasa aku tidak kuat untuk patahkan sumpahan yang ditanggung oleh si Jul ni,"
"BELUM LAGI KAU TRY PUN! JANGAN CAKAP BEGITU BA—" Belum sempat si Kina habis becakap, si Ratna terus memotong kata-katanya.
"KINA, TENGO SITU! Takkan wahyu telah dimakbulkan?"
Tiba-tiba suasana yang sebelumnya riuh-rendah, senyap.
Aku dapat rasa tubuhku surrender sudah dengan takdir. Tapi apa-apa pun, lega hatiku.
Sebab dorang dua masih hidup.
Aku harap kau jaga dia lah Ashfri.
Aku hadiahkan kemenangan mereka dengan senyuman terakhirku.
A/N
First of all, aku mau minta maaf sebab lama sangat postponed cerita ni. Dan aku mau minta maaf juga sebab habiskan part si Jul dalam hidup si Idiey.
Sorry guys, Author sedih juga tapi hmmm apa boleh buat. Last but not least, happy new year guys! belum terlambat bah kan mau ucap? X) Thanks again kepada yang masih setia dengan cerita ni <3 Saranghae :3
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasíaWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...