25: Penculikan

409 35 3
                                    

Idiey's POV

Kedua tangan ku masih digengam erat oleh si Jul. Lama suda kami sampai di Darkworld, tapi aku malas bersuara. Lagipun siok tu hati kalau hold hands begini walaupun aku diteriakkan tadi...

Eh?!! Kau sepatutnya masih marah dengan dia Idiey! Jangan kau terpedaya dengan muka hensem babun dia ni ja.

Sekali aku teringat peristiwa kena teriak tadi, aku pun tarik tangan ku dari gengamannya. Lantas tebuka mata si Jul yang dari tadi dia tutup.

Tekejut lah tu dia tapi trep seja sebab ego tinggi.

Ada awkward silence jatuh diantara kami. Lama kami berdiri dalam awkward silence tu, aku merenung mukanya yang merenung mukaku juga.

Kenapa lelaki ni kan, kadang-kadang baik tapi jahat in the same time sama aku?

Beberapa tahun kemudian eh- maksudku... beberapa moment kemudian,

"Ehem," ada suara berdehem dari arah kanan kami. Serentak kami berpaling ke arah orang yang berdehem tadi.

Dan dihadapan kami, berdiri si Ashfri- eh bukan, adiknya si Rafen senyum-sengum dalam ruang pintu istana. Sama ja tu hairstyle, warna mata, badan dan muka dorang. Tapi hanya satu benda ja yang lain.... auranya yang rendah sikit dari si Ashfri.... oh yah, ada lagi pula satu benda yang berbeza diantara dorang ni... gigi dorang....si Rafen tiada gigi taring.

Eh? Mesti kamu tida tau kan pasal gigi taring tu? Haha biasa lah, Si Idiey ja tu yang tau kalau pasal gigi taring; lasit bilang kalau dalam dusun.

Dan gigi taring tu la yang menampakkan lagi kehenseman si Ashfri.

"Yo bro!" Si Jul menyapa Sambil melambai ke arah si Rafen.

Si Jul pun berlari ke arahnya lalu dorang bepeluk. Nampak sangat dorang ni rapat...

"Idiey!" Si Jul membawa aku balik ke dunia reality.

"Ini baru si Rafen yang real!" Jelasnya sambil menampar bahu si Rafen.

"Ainah, aku terajang kau Jul," kata si Rafen lalu dia ketawa.

Aku buat poker face ja.

"Apa maksud kau aku Rafen yang real?" Si Rafen bertanya sambil meningu si Jul.

"Err...Si Idiey ni fikir si Ashfri tu kau,"

"Ohhhh. Hahahaha, sama kan muka kami?" Si Rafen membalingkan soalannya kepada aku.

Kalau sama tu memang samalah tapi Ashfri lebih hensem sebab dia ada gigi taring, kau ndada :p

Tapi oleh kerana aku ni bukan jenis yang suka kasi sakit hati orang...

"Ya sama ni," aku jawab ringkas.

Hipokrit kan aku. Wkwkwkwkwkw

"Bah yala, jom masuk," pelawa si Rafen.

Layak kah aku masuk istana ni?

Eh kejap. Kalau si Jul yang begitu gila layak, aku pun layak lah bah kan?

Aku pun masuk istana tersebut. Dorang si Jul sana sudah di dapur. Lapar lah tu si gaman.

Sebenarnya kan, aku masih binggung bah ni. Macam mana kami perlu tewaskan penjahat tu? Aku bukanlah witch yang pandai sangat. Walaupun aku dalam kelas elite di SMK Sandakan namun, aku bukan witch yang terbaik. Lebih banyak witch yang selalu dapat A+ dalam exam.

Sebagai contoh si Onnie Swan, yang digelar Queen witch dalam kelas. Dia ni top witch ni. Idol ni. Kenapa bukan dia ja yang dipilih?

Sedangkan teleporging ku tu pun aku dapat Gred D ja. Cukup-cukup makan ja tu markah. Apa lagi kalau spell-spell yang berat-berat kan?

Entah lah ni macam mana tau. Harap-harap ada lah plan si Prince Darkworld--

"Buk!" Ada bunyi benda berat tejatuh.... lalu bunyi tersebut diikuti dengan suara lantang seorang perempuan.

"Rafen?!"

Uina apa yang terjadi sudah di dapur tu?

"Idiey! Cepat pegi sini!" Ini pula suara si Jul....yang seakan cemas? Aik?

Laju jo jatungku bertindak. Berdegup dengan rancak suda dia.

Dup dap dup dap...

Aku pun berlari lah ke arah dapur.

Dan punya aku tekejut. Macam flashback balik jo.

Si Rafen pengsan dipangkuan si Jul. Muka si Jul penuh dengan kerisauan. Teringat pula aku beberapa jam yang lalu....peristiwa yang sama berlaku tapi instead of Jul and Rafen, aku dan Ashfri dalam situasi ni. Karma? Maybe.

Tapi Kenapa dia pengsan ni? Apa sebabnya?

Macam melaikat dengar ja pertanyaanku sebab tanpa diundang, suara seorang perempuan bersuara...memberi pendapatnya.

"Mesti sebab si Ashfri ni," lantas aku berpaling ke arah perempuan itu. Berkerut dahiku merenung mukanya.

Tersekat sikit nafasku...sebab aku nampak matanya.

Matanya putih....macam mata yang mau bunuh aku tu. Ertinya dorang sama spesis lah ni.

Nymph.

"Apa maksudmu?" Si Jul bertanya.

"Sebelum kamu datang, si Rafen ada pengsan tadi. Terus time dia bangun, dia bilang dia jumpa dengan abangnya. Maybe ini pun sebab si Ashfri juga kan?"

"Oh...maybe lah tu," jawap si Jul.

Baru ja aku mau tanya tu perempuan siapa dia, si Rafen berteriak.

"AHHHHHHHHH!!!"

"Uii Rafen! RAFEN!" Si Jul try bangunkan budak tu.

Dengan satu tarikkan nafas yang panjang, si Rafen pun pelan-pelan membuka matanya.

Semua kami menghembus nafas yang dari tadi kami tahan.

Tenang suda hatiku ni tapi benda yang si Rafen cakap seterusnya telah menandang ketenangan ku jauh ke rumah si Obama.

"Si Ashfri diculik,"

Magicka SMK Sandakan (Sabahan)Where stories live. Discover now